Cara Analisis Use of Proceeds IPO: Panduan Prospektus Untuk Newbie

Loading...

Kenapa anda perlu belajar teknik kajian “use of proceeds”? Pelaburan dalam Initial Public Offering (IPO) sering dianggap sebagai “golden ticket” untuk meraih keuntungan pantas di Bursa Malaysia. Namun, realitinya jauh berbeza. Ramai pelabur baru (“newbie”) terjebak membeli saham syarikat yang “indah khabar dari rupa” kerana gagal melakukan satu perkara asas: membaca prospektus.
Di dalam dokumen setebal ratusan muka surat itu, terdapat satu bab yang paling kritikal untuk menentukan hala tuju wang anda. Bab tersebut adalah “Use of Proceeds” atau Kegunaan Dana.
Artikel ini akan membongkar secara mendalam teknik “kajian use of proceeds” supaya anda boleh menilai sama ada sesebuah syarikat itu sedang mencari dana untuk berkembang maju, atau sekadar mencari “talian hayat” untuk membayar hutang lapuk.
Newbie yang masih blur dan tertanya-tanya apa tu saham IPO? Baca Selanjutnya Disini:Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?
Secara asasnya, Use of Proceeds adalah bahagian dalam prospektus IPO yang memperincikan bagaimana syarikat merancang untuk membelanjakan wang yang bakal dikutip daripada orang ramai (pelabur) melalui penyenaraian saham baharu.
Bayangkan anda meminjamkan wang kepada seorang kawan yang nak memulakan bisnes burger. Soalan pertama yang anda pasti akan tanya adalah: “Duit RM10,000 ni kau nak buat apa?”
Jika dia menjawab “Beli dapur canggih dan buka gerai baru”, anda mungkin kedengaran meyakinkan.
Tetapi jika dia bagi tahu “Nak bayar hutang kad kredit aku”, anda pasti akan tarik diri.
Begitulah konsep analisis use of proceeds. Ia memberitahu anda niat sebenar pengurusan syarikat gunakan dana yang dikutip dari pelabur.
Dalam dunia pelaburan profesional, dana yang dikutip dari IPO sepatutnya menjadi “bahan api” untuk enjin pertumbuhan syarikat.
Penganalisis saham melihat bab ini untuk memahami Equity Story syarikat tersebut.
Syarikat yang berkualiti biasanya memperuntukkan sebahagian besar dana untuk Capital Expenditure (CAPEX). Ini termasuk pembinaan kilang baru, pembelian mesin automasi, atau pembukaan cawangan tambahan. Ini adalah perbelanjaan yang akan menjana pendapatan di masa depan.
Sebaliknya, jika dana banyak digunakan untuk Operating Expenditure (OPEX) atau Modal Kerja (Working Capital) tanpa justifikasi kukuh, ia mungkin bermakna syarikat mempunyai masalah aliran tunai (cash flow) dan memerlukan duit pelabur semata-mata untuk membayar gaji pekerja atau bil elektrik.
Cara dana diperuntukkan mengubah profil risiko pelaburan:
Bagi newbie, melihat jadual kewangan mungkin menakutkan. Berikut adalah langkah demi langkah untuk mengkaji jadual analisis use of proceeds dengan mudah.
Biasanya jadual ini mempunyai kolum “Amount (RM’000)” dan “% of Gross Proceeds”. Jangan hanya lihat nilai RM, lihat peratusannya.
Scenario Ideal: Majoriti dana (>50%) disalurkan kepada pengembangan perniagaan (Business Expansion/CAPEX).
Scenario Berjaga-jaga: Jika peruntukan untuk “Repayment of Bank Borrowings” melebihi 40-50%, anda perlu bertanya kenapa syarikat ini terlalu banyak hutang.
Setiap item dalam jadual akan mempunyai kolum “Estimated Timeframe for Use”.
Tip Pro: Jika syarikat teknologi mengutip dana tetapi hanya akan menggunakannya dalam tempoh 36 bulan untuk R&D, adakah teknologi itu masih relevan 3 tahun lagi? Dalam sektor pantas, timeline yang terlalu lama adalah satu risiko.
Adakah jumlah yang diminta logik? Contohnya, jika syarikat mahu RM10 juta untuk “Marketing” tetapi hasil jualan (Revenue) mereka hanya RM5 juta setahun, adakah kempen pemasaran itu realistik atau satu pembaziran?
Jika analisis use of proceeds syarikat lari jauh daripada norma industri, itu sudah pasti menimbulkan persoalan besar.
Untuk mencapai tahap analisis seperti pelabur institusi atau “Smart Money”, anda tidak boleh membaca jadual Use of Proceeds secara berasingan. Anda perlu melakukan “Cross-Reference”.
Cross-Check dengan “Business Overview”
Pergi ke bahagian Business Strategies and Future Plans dalam prospektus.
Cross-Check dengan “Financial Information”
Lihat kunci kira-kira (Balance Sheet).
Semak Burn Rate (Untuk Syarikat Tech/Startup)
Bagi syarikat yang belum untung (biasa dalam ACE Market), analisis use of proceeds adalah tentang kelangsungan hidup.
Dalam bahagian ini, kita akan membedah prospektus sebenar Wasco Greenergy Berhad, anak syarikat Wasco Berhad yang kini dalam proses penyenaraian di Pasaran Utama (Main Market) Bursa Malaysia.(ketika artikel ini sedang ditulis)
Ini adalah contoh klasik “Growth IPO” di mana syarikat mengumpul dana sepenuhnya untuk pengembangan, bukan untuk membayar hutang.
Maklumat IPO Sebenar:
Jadual Use of Proceeds Sebenar: Wasco Greenergy Berhad
Berdasarkan data rasmi prospektus, berikut adalah pecahan ke mana RM75 juta tersebut akan pergi:
| No. | Butiran Penggunaan Dana | Jumlah (RM Juta) | Peratusan (%) | Kategori |
| 1 | Pengembangan Perniagaan (Pemilikan Aset Tenaga) | 38.2 | 50.9% | Growth (CAPEX) |
| 2 | Penambahbaikan Fasiliti Operasi & Peralatan | 12.5 | 16.7% | Growth (CAPEX) |
| 3 | Perbelanjaan Penyenaraian (Listing Expenses) | 9.8 | 13.1% | One-off Cost |
| 4 | Pengembangan Operasi di Indonesia | 5.5 | 7.3% | Market Expansion |
| 5 | Digitalisasi & Infrastruktur AI | 5.0 | 6.7% | Efficiency |
| 6 | Penyelidikan & Pembangunan (R&D) | 4.0 | 5.3% | Innovation |
| 7 | Pembayaran Hutang Bank | 0.0 | 0.0% | Deleverage |
| Total | Jumlah Kasar | 75.0 | 100.0% |
(Sumber data: Prospektus IPO Wasco Greenergy Berhad, Nov 2025)
Prospectus Wasco Greenergy Berhad Anda boleh Download Disini
Sebagai pelabur, inilah cara anda patut membaca jadual di atas:
1.Sifar Pembayaran Hutang (The Zero-Debt Signal) Perhatikan item pembayaran hutang adalah KOSONG (0%).
2. Transisi Model Bisnes (The Pivot Story) Lihat Item 1: RM38.2 Juta (50.9%) diperuntukkan khusus untuk “Pemilikan Aset”.
3.Pertaruhan Pasaran Indonesia Sebanyak RM5.5 Juta (7.3%) dikhaskan untuk membuka cawangan dan operasi di Indonesia.
4. Kos Penyenaraian Yang Agak Tinggi Kos listing adalah RM9.8 Juta (13.1%).
Kesimpulan Kajian Kes:
Profil Use of Proceeds Wasco Greenergy adalah “Aggressive Growth”. Syarikat ini tidak bermain secara defensif (tiada bayar hutang).
Sebaliknya, mereka menggunakan RM75 juta ini sebagai “fuel” untuk mengubah model bisnes mereka kepada pemilik aset (Asset Owner) dan menakluk pasaran serantau.
Bagi pelabur newbie, ini adalah contoh prospektus yang menunjukkan keyakinan pengurusan terhadap masa depan syarikat.
Sebagai newbie, anda wajib mengenal “Red Flags” ini. Jika jumpa, sila buat kajian lebih mendalam atau elakkan terus.
Ini adalah konsep paling penting.
Red Flag: Jika majoriti IPO adalah OFS dan hanya sedikit Public Issue. Ini bermakna founder sedang “lari” atau cashing out, dan syarikat tidak dapat banyak duit untuk berkembang.
Jika 50% dana diperuntukkan untuk “General Working Capital” tanpa perincian, berhati-hati
Jika 60-70% dana untuk bayar hutang bank. Ini bermakna IPO ini hanyalah satu skim “bailout” oleh pelabur awam untuk menyelamatkan syarikat daripada bankrap atau ditarik kemudahan kredit oleh bank. Selepas hutang dibayar, syarikat mungkin tiada duit baki untuk berkembang.
Syarikat mahu guna 30% dana untuk R&D produk futuristik, tetapi sejarah syarikat hanya menjual produk asas. Ini risiko pelaksanaan (execution risk). Ada kemungkinan dana habis, produk tak siap.
Sebelum anda tekan butang “Apply” di apps Mplus Global tu, semak senarai ini dulu:
Menganalisis prospektus IPO bukanlah kerja yang menyeronokkan seperti melihat carta saham yang sedang naik, tetapi ia adalah benteng pertahanan pertama anda daripada kerugian.
Teknik analisis use of proceeds memberikan anda kelebihan psikologi.
Apabila anda tahu duit anda digunakan untuk membina kilang baharu (yang akan siap 2 tahun lagi), anda tidak akan panik jika harga saham jatuh sedikit pada bulan pertama. Anda melabur berdasarkan fundamental, bukan spekulasi.
Bila anda mulakan Fundamental Analisis,mindset anda sekarang sebagai Seorang Business Analyst dan Bukan lagi sebagai seorang punter Technical analisis
Ingatlah prinsip ini: Syarikat yang bagus menggunakan IPO untuk memacu perniagaannya ke hadapan, manakala syarikat yang lemah menggunakan IPO untuk menutup lubang dan basuh kekotoran yang dah lepas.
Warren Buffet Pernah berpesan:
If a business does well, the stock eventually follows
Ia nya bermaksud nilai sebenar sesuatu saham ditentukan oleh prestasi perniagaan, bukan sentimen pasaran jangka pendek.
Jika syarikat mempunyai asas kukuh — keuntungan meningkat, aliran tunai stabil, pengurusan baik dan model bisnes yang berkembang — lambat laun harga sahamnya pasti mencerminkan kekuatan itu .
Sebaliknya, saham yang naik kerana hype tetapi disokong oleh perniagaan yang lemah biasanya tidak bertahan lama.
Buffett mengingatkan pelabur supaya fokus pada bisnes di sebalik saham, bukan pergerakan harga harian.
Sebagai pelabur bijak, tugas anda adalah membezakan kedua-duanya melalui jadual Use of Proceeds.
Langkah Seterusnya Untuk Anda?
Jika anda sudah faham konsep ini, saya cadangkan anda muat turun satu prospektus IPO terkini di laman web Bursa Malaysia.
Terus pergi ke bahagian “Particulars of the IPO” atau “Use of Proceeds” dan cuba aplikasikan Checklist di atas. Adakah syarikat itu lulus ujian anda? Selamat melabur dengan ilmu!
Use of Proceeds ialah bahagian dalam prospektus yang menerangkan bagaimana syarikat akan menggunakan dana yang dikutip daripada pelabur melalui IPO, sama ada untuk pengembangan perniagaan, bayar hutang, atau modal kerja.
Bahagian ini mendedahkan niat sebenar syarikat — sama ada dana digunakan untuk pertumbuhan perniagaan atau sekadar membayar hutang sedia ada. Ia membantu pelabur menilai sama ada IPO tersebut berbaloi.
Red flag termasuk peratusan tinggi dana untuk bayar hutang, kos penyenaraian yang berlebihan, dan peruntukan yang tidak jelas.
Muat turun prospektus dari laman Bursa Malaysia dan cari bahagian Particulars of the IPO atau Use of Proceeds.
Selepas mahir menilai Use of Proceeds, anda boleh mula memohon IPO yang memenuhi kriteria pelaburan anda.
Buka akaun CDS anda melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula memohon saham IPO di Bursa Malaysia.
Baru nak mula belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan saham sebelum mula melabur.
Bacaan lanjut: