Pasaran Menurun? Fokus Kaunter Dividen?

Loading...

Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu dan menurun ke bawah ini, pelabur tertanya-tanya, apakah yang patut dilakukan? Adakah perlu menjauhi pasaran? Atau masih terdapat kaunter dan syarikat berpotensi yang boleh dicari ketika pasaran merudum? Boleh ke fokus syarikat yang beri dividen?
Saham adalah salah satu bentuk pelaburan yang popular di kalangan pelabur. Terdapat pelbagai strategi pelaburan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan, dan salah satu daripadanya ialah melabur dalam syarikat yang membayar dividen.
Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibahagikan kepada pemegang saham. Jadi, apakah kepentingan untuk memberi tumpuan kepada syarikat yang secara konsisten membayar dividen ketika pasaran sedang menurun?

Sebelum kita meneruskan pembahasan, penting untuk memahami apa itu dividen. Dividen adalah bayaran tunai daripada keuntungan syarikat yang dibahagikan kepada pemegang saham. Biasanya, dividen dibayar secara berkala. Boleh jadi setahun sekali. Ada juga yang beri setiap suku tahun. Manakala jumlahnya bergantung kepada prestasi syarikat dan mengikut kepada keputusan yang dibuat oleh syarikat atau ‘dividen policy’ yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Keuntungan daripada pelaburan dalam saham yang membayar dividen adalah pemegang saham menerima pendapatan pasif tambahan selain daripada potensi kenaikan harga saham itu sendiri (capital gain).
Pelabur tertarik untuk melabur dalam saham yang membayar dividen kerana beberapa sebab berikut:
Salah satu kelebihan utama saham yang membayar dividen ialah ia menyediakan pulangan yang stabil. Walaupun harga saham mungkin turun naik semasa pasaran tidak menentu, dividen tetap dibayar secara berkala. Ini memberikan kestabilan kepada pemegang saham dan membantu untuk menangani ketidakstabilan ekonomi.
Syarikat yang mampu membayar dividen secara konsisten menandakan prestasi kewangan yang kukuh. Ini bermakna syarikat tersebut mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham. Pemilihan syarikat yang kewangannya mantap dapat memberi keyakinan kepada pelabur mengenai pelaburan mereka.
Pelaburan dalam saham yang membayar dividen boleh menjadi cara yang baik untuk melabur secara berhemat. Pemegang saham dapat menggunakan pendapatan dividen untuk melabur semula dalam saham yang sama atau mengembangkan portfolio mereka dengan melabur dalam saham lain.
Boleh jadi kebanyakan syarikat akan mengalami kejatuhan mengikut kepada sentimen semasa walaupun sebenarnya syarikat tersebut tidak terlalu terkesan dengan ekonomi semasa dan kewangan syarikat masih dalam keadaan yang baik. Untuk syarikat yang memberi dividen, saham yang dibeli bukan sahaja mempunyai potensi untuk naik dari segi harga, namun dividen yang diberi juga akan lebih baik kerana dividen diberikan mengikut bilangan unit saham yang dimiliki.
Dengan membeli saham ketika harga jatuh, bilangan unit saham yang dibeli boleh dimiliki dengan bilangan yang lebih berbanding ketika harga tinggi.

Untuk mencari kaunter atau syarikat yang memberi dividen yang berkualiti, beberapa perkara perlu diambil kira:
Lakukan penyelidikan yang teliti tentang syarikat-syarikat yang berpotensi. Tumpukan kepada aspek seperti sejarah dividen syarikat, dividen yield, prestasi kewangan, industri di mana syarikat itu beroperasi, dan strategi pengurusan.
Pilih syarikat yang secara konsisten membayar dividen selama beberapa tahun. Kecekapan dalam memberikan dividen menunjukkan kesihatan kewangan syarikat dan komitmen kepada pemegang saham.
Meskipun saham yang membayar dividen boleh memberikan kestabilan, ia tetap mempunyai risiko pelaburan seperti saham lain. Analisis risiko yang baik perlu dijalankan untuk memahami risiko-risiko yang mungkin terlibat.
Pelaburan saham yang membayar dividen adalah pelaburan jangka panjang yang memerlukan kesabaran. Menjadi seorang rakan jangka panjang syarikat yang baik dapat memberikan faedah yang lebih baik.
Kaunter dividen adalah saham syarikat yang secara konsisten membayar dividen kepada pemegang saham. Semasa pasaran menurun, kaunter dividen penting kerana ia memberikan pendapatan pasif yang stabil walaupun harga saham jatuh, sekali gus mengurangkan kesan kerugian modal.
Pilih syarikat yang mempunyai rekod pembayaran dividen yang konsisten, nisbah pembayaran dividen yang mampan, kewangan yang kukuh, dan berada dalam industri yang stabil. Lakukan analisis fundamental dan semak sejarah pembayaran dividen sekurang-kurangnya 5 tahun kebelakangan.
Ya, pasaran menurun sebenarnya boleh menjadi peluang untuk membeli saham berkualiti pada harga yang lebih rendah. Namun, analisis risiko yang teliti tetap perlu dilakukan dan pelabur harus bersedia untuk pelaburan jangka panjang.
Secara umumnya, kadar dividen (dividend yield) melebihi 4-5% setahun dianggap baik untuk saham di Bursa Malaysia. Namun, kadar dividen yang terlalu tinggi juga perlu diteliti kerana ia mungkin tidak mampan dalam jangka panjang.
Strategi pelaburan dividen memerlukan kesabaran dan penyelidikan yang teliti. Dengan memilih kaunter dividen yang tepat, anda boleh membina portfolio yang memberikan pendapatan pasif secara konsisten.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.