Pelaburan Untung 80% Satu Kaunter Saham
<p>Nak tahu macam mana saya dapat untung 80.88% untuk kaunter A dan 50.89% untuk kaunter B? Baca ‘tulisan’ saya ini. . Dalam livestream bersama dengan klien, saya ada tunjukkan beberapa…</p>

Nak tahu macam mana saya dapat untung 80.88% untuk kaunter A dan 50.89% untuk kaunter B? Baca ‘tulisan’ saya ini.
.
Dalam livestream bersama dengan klien, saya ada tunjukkan beberapa kaunter saham yang saya beli sendiri menggunakan ‘Teknik Jerung’.
.
Saya tunjuk sendiri dalam ‘live’ yang saya memang beli beberapa kaunter saham, salah satu kaunter saya beli ialah ‘kaunter A’ sebanyak tiga kali ‘at intervals’, dan sekarang dah ada 250 lot. Semua catatan tu ada dalam rekod simpanan saya, saya panggil sebagai ‘nota saham’.
.
Setiap kali nak beli saham, saya akan buat nota saya sendiri. Jadi lain kali bila saya nak ‘refer’, saya tahu dengan lebih ‘detail’ bila tarikh saya beli, harga semasa kaunter tu, jumlah lot, siap ‘snapshot’ lagi ‘chart’ kaunter tersebut mengikut tarikh pembelian secara berasingan.

.
Jadi, bila-bila saya nak tengok balik kajian kaunter saham yang saya beli, saya dah tahu dekat mana nak ‘refer’. Dengan buat nota saham, saya juga boleh lihat perubahan ‘chart pattern’ untuk setiap tarikh pembelian. Saya juga ada jelaskan faktor yang mendorong saya beli saham pada ketiga-tiga tarikh tersebut.
.
Sebagai contoh, pada 29 Januari, masa tu kaunter tersebut dah pun berada di fasa ke-4 menghampiri fasa ke-5 di mana berlaku ‘breakout’. Kemudian, nampak ada kenaikan ‘volume’, dan ‘gap up’ iaitu ruang kosong antara ‘stick’ sebelum dan selepas kenaikan. Selepas ‘gap up’, ‘candlestick’ kelihatan seperti ‘marubozu’. Boleh lihat dalam gambar (1) yang saya kongsikan di posting ini.
.
Pembelian seterusnya pada 7 Februari, saya tetap beli walaupun ‘chart’ tak menunjukkan kenaikan terus menerus. Sebaliknya, dia ‘retrace’, turun sedikit sebelum dia melantun semula untuk naik dengan lebih tinggi.

.
Kali terakhir saya beli iaitu pada 28 Februari. Walaupun tak sama dengan waktu saya beli pada 29 Januari sepenuhnya, tapi ‘Chart pattern’ tu nampak ada kenaikan sedikit kemudiannya dia jatuh balik.
.
Hasil keuntungan yang saya berjaya dapat setelah membeli kaunter tersebut ialah sebanyak 80.88% dengan menggunakan ‘Teknik Jerung’.
.
Saya juga terangkan cara nak aplikasikan teknik ini sesuai dengan beberapa contoh kaunter yang lain. Kenapa saya terapkan pada klien-klien supaya sentiasa buat ‘homework’, atau cari kaunter-kaunter yang lain adalah untuk latih mereka supaya pandai buat ‘decision’, bila masa yang sesuai untuk beli sesuatu kaunter.
.
Lagipun, ‘chart’ untuk setiap kaunter sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang, kalau tak biasa tengok, memang boleh pening.
.
Ada lagi satu contoh kaunter yang saya beli, iaitu ‘kaunter B’, dengan modal sebanyak RM7,469. Sekarang ni, ‘value’ kaunter tersebut dah cecah RM11,270, iaitu untung sebanyak RM3,801 bersamaan 50.89%. boleh tengok dalam gambar (2) yang saya kongsikan dalam posting.
.
Saya beli beberapa kali. Yang first beli tu harga RM1.21, jual RM1.18. Cuma yang last ni sampai 7000 unit ni saya beli hujung bulan Disember, 2023. Mungkin sebab saya rasa macam dia masuk fasa ke-2. Kemudian saya beli lagi 12 April tahun ni. ‘Likely’ waktu ni tengah berlaku ‘breakout’ melepasi Moving Average 200.
.
Saya tunjukkan mereka demo secara PERCUMA, hanya untuk klien-klien yang buka akaun CDS dengan saya sahaja, dan yang betul-betul bersemangat nak buat untung dalam pelaburan saham.
.
Alhamdulillah, ‘Teknik Jerung’ ni banyak bantu klien-klien saya kenalpasti bila waktu yang sesuai untuk mereka beli saham-saham yang bagus.
.
Ramai juga pelabur yang baru atau dah lama dalam pasaran saham, tak tahu cara nak kawal risiko kerugian bila harga saham jatuh. Disebabkan itu, saya ajarkan teknik ini supaya klien saya tak rugi teruk dalam pasaran saham.
.
Strategi ini sesuai bagi pemula yang ingin belajar melabur tetapi risau dan takut rugi besar. Jadi, teknik ini merupakan solusi untuk hilangkan kerisauan mereka. Di samping itu, ianya juga mudah untuk diaplikasikan.
.
Dengan teknik ini juga, klien saya tak perlu lagi selalu buat ‘cut loss’ dan jual kaunter saham yang rugi walaupun saham tersebut ‘retrace’ sekejap. Mereka hanya perlu ‘monitor’ saham tersebut supaya ia masih berada dalam fasa yang betul.
.
Mereka boleh terus ‘ride the trend’ sehingga nampak tanda-tanda, atau fasa-fasa tertentu yang mana saham tersebut akan ‘breakout’ dan mereka boleh terus jual saham tersebut untuk dapatkan keuntungan. Saya juga sarankan kepada klien supaya melabur mengikut jumlah modal yang ada. Kalau modal banyak, boleh ‘top-up’ dan beli lagi beberapa lot. Sebaliknya, kalau modal ciput, biarlah beli sekali sahaja, kemudian tunggu dan lihat hasilnya.
.
Selain itu, klien saya juga turut diberikan akses ‘Mahersaham Telegram Bot’ dan ‘App Mahersaham’ sebagai panduan berguna untuk mereka tahu industri dan sektor pelaburan mana yang berpotensi di samping info-info lain berkaitan kaunter-kaunter saham.
.
Kemudian, mereka boleh terus aplikasikan teknik jerung setelah membuat analisa tentang saham-saham yang diperolehi melalui kedua-dua sistem aplikasi mahersaham yang disebutkan tadi.
.
Sesiapa yang belum ada akaun CDS dengan saya, jom buka akaun CDS dengan saya dan sertai sesi coaching bersama saya sekarang. Klik link di bawah.
.
Saya akan ‘guide’ anda menggunakan teknik ‘Jerung’ dengan betul, supaya anda juga boleh dapat untung sama seperti saya atau klien-klien saya yang lain.
.
Jika anda rasa perkongsian ini menarik, klik butang ‘like’, ‘share’ dan komen di Facebook.