Loading...
Pelan anti rasuah bakal dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menyokong pencegahan rasuah nasional.
Pada 18 Julai lalu, SC telah mengambil tindakan dengan mengemukakan cadangan bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran korporat untuk mencegah amalan rasuah, salah laku dan penipuan.
Cadangan tersebut telah diusulkan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pencegahan Rasuah (JKKMAR).
Kabinet ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tindakan tersebut dianggap penting bagi meningkatkan imej baik Malaysia dalam tinjauan dwitahunan Corporate Governance Watch oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia.
Menurut SC, JKKMAR turut bersetuju dengan beberapa langkah yang dicadangkan oleh pihak SC.
Dan usul itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama Pejabat Pengurusan Hutang.
Ia bertujuan untuk membina rangka kerja bagi melahirkan pentadbiran yang bertanggungjawab dan telus.
Pada 31 May 2019, SC melaporkan hanya 59% sahaja syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, mempunyai polisi pencegahan rasuah.
Namun, kebanyakan polisi tersebut didapati mempunyai kekurangan.
Hal ini kerana polisi ini tidak menepati ciri-ciri jika dibandingkan dengan Garis Panduan Tatacara Mencukupi.
Oleh itu, pihak SC menggesa syarikat-syarikat yang tersenarai untuk mewujudkan polisi pencegahan rasuah yang efektif.
Ia hendaklah menepati Garis Panduan Tatacara Mencukupi sebelum peruntukan liabiliti korporat dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa pada Jun 2020.
Ia telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Objektif garis panduan ini adalah untuk membantu organisasi komersial memahami kaedah pelaksanaan bagi mencegah berlakunya rasuah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.
Garis panduan ini diwujudkan berasaskan lima (5) prinsip utama yang boleh dijadikan asas rujukan oleh organisasi komersial untuk melaksanakan apa-apa polisi, prosedur dan langkah kawalan berkaitan anti-rasuah yang bersesuaian ke arah mencapai matlamat mempunyai tatacara mencukupi sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
“Komitmen kerajaan adalah untuk mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”. – Tun Dr. Mahathir Mohamad-
Pelan Antirasuah Nasional (2019-2023) merupakan inisiatif kerajaan untuk melindungi hak rakyat, menghentikan ketirisan dana awam, memperkuatkan keselamatan negara dan memacu pertumbuhan ekonomi.
Pelaksanaan pelan anti-rasuah meningkatkan ketelusan dan tadbir urus korporat syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Ini memberi keyakinan lebih tinggi kepada pelabur — terutama pelabur institusi dan asing — yang seterusnya menyokong aliran modal masuk dan kestabilan pasaran saham.
Pelabur boleh menyemak laporan tahunan syarikat, khususnya bahagian Corporate Governance dan Statement on Risk Management. Perhatikan komposisi lembaga pengarah, kebebasan juruaudit, dan sebarang isu perundangan. Syarikat dengan tadbir urus kukuh biasanya lebih telus dalam pelaporan kewangan.
SC bertanggungjawab mengawal selia dan memastikan integriti pasaran modal Malaysia. Ini termasuk menguatkuasakan undang-undang sekuriti, menyiasat penipuan korporat, dagangan orang dalam (insider trading), dan memastikan syarikat tersenarai mematuhi piawaian tadbir urus yang ditetapkan.
Syarikat dengan tadbir urus yang lemah berisiko tinggi terlibat dalam skandal kewangan, penyelewengan dana, atau manipulasi akaun — yang boleh menyebabkan harga saham jatuh mendadak. Pelabur bijak mengutamakan syarikat yang telus dan mempunyai rekod tadbir urus yang baik untuk melindungi pelaburan mereka.
Memahami aspek tadbir urus dan regulasi pasaran modal membantu anda menjadi pelabur yang lebih bijak — mampu menilai bukan sahaja prestasi kewangan syarikat, tetapi juga integriti pengurusannya.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham syarikat yang mempunyai tadbir urus kukuh di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar cara menilai dan memilih saham yang berkualiti.
Bacaan lanjut: