Semak Lesen Remisier Atau Perancang Kewangan Anda

Bagus juga bila ada orang tanya saya atau client-client saya, di mana nak semak jika seseorang itu berlesen ataupun tidak. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara-caranya.
Kewujudan suruhanjaya sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah sebuah badan yang bertanggungjawab untuk ‘monitor’ pelaburan di Malaysia. Nama lain bagi Suruhanjaya Sekuriti adalah SC. SC kena melapor dengan Menteri Kewangan dan dalam masa yang sama juga dia kena bekerjasama dengan Bank Negara dalam urusan-urusan tertentu seperti pelaksanaan akta berkaitan money laundering.
Untuk mereka yang sama ada dalam bidang kewangan sebagai remisier, dealer, financial planner dan unit trust advisor, SC adalah nama yang biasanya ditakuti. SC adalah badan yang akan melihat sebarang salah laku oleh orang yang berlesen – sama ada mereka bertindak luar daripada skop lesen mereka ataupun tidak.
Dalam bidang kewangan di Malaysia, bagi nak memastikan kebajikan rakyat secara umumnya, mereka yang nak mempromosikan sesuatu pelaburan mestilah berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti.
Jenis-jenis Lesen
Lesen yang dikeluarkan oleh SC ada dua, iaitu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Perwakilan Pasaran Modal (CMSRL).
Lesen ini ada beberapa skop yang spesifik, berikut antaranya adalah :
- Urusniaga dalam sekuriti / ekuiti / saham
- Urusniaga dalam derivatif – contoh FCPO
- Perancangan kewangan (Financial Planner)
- Pengurus Dana
Kebiasaannya bila sebut CMSL biasanya kita refer kepada syarikat broker sebagai prinsipal, manakala orangnya barulah ada lesen CMSRL.
Semak Di website Suruhanjaya sekuriti
- Laman web SC boleh dilawati di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Laman Utama (sc.com.my)
- Tekan menu Kawal Selia (Regulation) dan pergi kepada sub menu Perlesenan (Licensing)

- Scroll ke bawah dan pergi ke Daftar Awam Pemegang Lesen

- Tekan gambar tertulis Public Register of License Holders

- Masukkan nama orang yang anda berurusan. Macam dalam kes saya, saya masukkan nama Maher.

- Terus keluar hasilnya – ada atau tidak orang yang dicari. Tanpa perlu terkejut memang nama saya ada dalam senarai tersebut. Klik nama untuk maklumat lebih lanjut.

- Daripada gambar ini boleh difahami saya bekerja dengan Malacca Securities Sdn Bhd sebagai seorang yang berlesen dalam bidang ‘Dealing in Securities’ – Remisier saham.

Soalan Lazim (FAQ)
1. Di mana saya boleh semak lesen remisier atau perancang kewangan?
Anda boleh menyemak di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bahagian 'Registered Individuals'. Cari nama individu tersebut untuk mengesahkan status lesennya.
2. Apakah bezanya remisier dengan perancang kewangan?
Remisier adalah ejen berlesen yang menjalankan urusan jual beli saham bagi pihak pelanggan di Bursa Malaysia. Perancang kewangan pula memberi nasihat kewangan menyeluruh termasuk insurans, unit trust, dan perancangan harta.
3. Bagaimana jika remisier saya tiada dalam senarai SC?
Jika nama remisier anda tiada dalam senarai SC, kemungkinan besar individu tersebut tidak berlesen. Anda dinasihatkan untuk tidak berurusan dan melaporkan kepada SC melalui Investor Alert List mereka.
4. Adakah Marketing Representative sama dengan remisier?
Tidak sama. Marketing Representative biasanya bekerja di bawah syarikat pengurusan dana atau unit trust, manakala remisier khusus untuk urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Kedua-duanya perlu berlesen.
Langkah Seterusnya
Pastikan anda berurusan dengan profesional yang berlesen. Keselamatan pelaburan anda bermula dengan langkah ini.
Buka Akaun CDS: Ingin memulakan pelaburan saham dengan remisier berlesen? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook percuma asas pelaburan kami untuk panduan lengkap sebelum mula melabur.