Penjawat Awam Mohon Saham IPO MITI

Seorang kakitangan kerajaan perlu menyediakan surat kebenaran daripada ketua jabatan untuk memohon saham khas bumiputera IPO.
IPO merupakan proses di mana syarikat swasta memperoleh dana dengan menjual sebahagian sahamnya kepada orang awam melalui pasaran saham. Ini adalah langkah awal syarikat untuk disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia.
Umum mengetahui, orang awam boleh memohon saham IPO melalui dua cara iaitu :
- Permohonan melalui online banking
- Permohonan melalui MITI
Untuk permohonan melalui MITI, penjawat awam mempunyai satu langkah tambahan. Sekiranya anda merupakan seorang kakitangan kerajaan, anda perlu menyediakan ‘surat kebenaran bertulis’ daripada ketua jabatan anda.

Surat Kebenaran Ketua Jabatan
Tiada format khas surat yang perlu disediakan. Hanya sepucuk surat daripada Ketua Jabatan yang menyatakan kebenaran daripada Ketua Jabatan kepada anda untuk melanggan saham-saham di MITI seperti yang tertakluk di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyediakan surat rasmi yang diberikan ke ketua jabatan anda. Dalam surat tersebut perkara yang perlu ada ialah :
- Tajuk surat : Kebenaran Melanggan Saham Khas Bumiputera
- Nama penuh pemohon
- Nombor kad pengenalan
- Sertakan sekali penyata berkaitan, sebagai bukti kemampuan anda seperti : penyata bank, penyata Tabung Haji, penyata ASB, dan lain-lain

Surat kebenaran ini hanya sah digunakan selama 6 bulan sahaja dari tarikh surat disediakan. Sekiranya surat sudah tamat tempoh, anda perlu sediakan surat yang baru. Hanya ulang langkah yang telah diberitahu.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah semua penjawat awam boleh mohon saham IPO MITI?
Ya, semua penjawat awam boleh memohon saham IPO melalui MITI. Namun, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
2. Berapa lama tempoh sah surat kebenaran ketua jabatan?
Surat kebenaran daripada ketua jabatan hanya sah selama 6 bulan dari tarikh surat disediakan. Selepas tamat tempoh, anda perlu menyediakan surat yang baru.
3. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan IPO MITI?
Anda perlu menyediakan surat rasmi yang mengandungi tajuk surat, nama penuh, nombor kad pengenalan, serta penyata kewangan sebagai bukti kemampuan seperti penyata bank, penyata Tabung Haji, atau penyata ASB.
4. Apakah perbezaan permohonan IPO melalui MITI dan online banking?
Permohonan melalui MITI adalah khusus untuk saham khas Bumiputera dan memerlukan dokumen tambahan. Permohonan melalui online banking pula lebih mudah dan terbuka kepada semua pelabur yang mempunyai akaun CDS.
Mulakan Langkah Pelaburan Anda
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan Ebook Asas Pelaburan Saham secara percuma untuk memahami asas pelaburan dari A sampai Z.
Buka Akaun CDS: Bersedia untuk melabur? Daftar akaun CDS hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda.