Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u

By Shafiqah Sulaiman
Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u
A

Kebanyakan ramai ada akaun Maybank tetapi tak ramai yang tahu untuk beli IPO di Maybank.

Pernah dengar IPO, Initial Public Offering?

Jika anda masih baru boleh fahamkan dulu apa itu IPO

Tidak dinafikan sekarang memang banyak tawaran IPO dibuka untuk syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Boleh dikatakan setiap bulan pasti akan ada satu atau dua syarikat yang mahu ke Bursa melalui IPO ini.

Jadi bagi yang berminat untuk memohon IPO, salah satu caranya anda boleh mohon melalui Online Banking di Maybank2u.

Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara beli ipo di Maybank menggunakan Maybank2u.

Beli IPO di Maybank – Melalui Maybank2u

Pertama, pergi ke Maybank2u dan Login ke akaun anda. Masukkan User ID dan Password.

Kedua, selepas login pergi bahagian Apply.

beli ipo di maybank

Ketiga, klik Investment.

beli ipo di maybank

Keempat, bahagian eIPO klik ‘Apply Now’ 

ipo online

Kelima, masukkan details nombor CDS, jumlah unit yang anda nak mohon dan submit.

Keenam, done apply. Duit akan ditolak mengikut unit yang dipohon. Keputusan dapat atau tidak akan keluar pada hari balloting date ataupun listing date.

Jika tidak berjaya pihak bank akan refund ke akaun bank anda 3-7 hari bekerja.

Kenapa perlu beli semasa IPO?

IPO merupakan Primary Market sebelum saham mula didagangkan di Bursa Malaysia.

Kebiasaanya keuntungan semasa hari pertama listing adalah tinggi sekitar 5%-20% atau lebih lagi.

Jadi ramai yang akan ambil kesempatan IPO ini untuk mendapatkan profit hari pertama listing di Bursa.

Selain itu, harga saham sewaktu IPO juga lebih murah berbanding selepas saham didagangan dalam pasaran Bursa.

Caj Untuk Memohon IPO

Perlu diingat, terdapat caj yang dikenakan ketika memohon IPO melalui online banking. Berikut disertakan jadual caj yang berbeza mengikut bank :

NoBankFee*Remarks
1Affin Bank BerhadFreeAccount Holders Only
2CIMB Bank BerhadRM2.00CIMB CDS Account Holders
RM2.50Other CDS Account Holders
3CIMB Investment Bank BerhadRM2.00Payment via CIMB/MBB
4Malayan Banking BerhadRM1.00
5Public Bank BerhadRM2.00
6RHB Bank BerhadRM2.50
*Fees may be subject to GST

Kesimpulan

Sebelum memohon sesuatu IPO, anda perlu buat sedikit kajian dengan tahu bisnes aktiviti syarikat tersebut. Apa operasi bisnes yang dijalankan.

Kemudian, tahu details dan tarikh penting maklumat IPO supaya tak terlepas seperti:

  • Opening Date – Tarikh permohonan ipo dibuka
  • Closing Date – Tarikh tutup permohonan ipo
  • Balloting Date – Tarikh pengundian
  • Listing Date – Tarikh saham tersenarai

Soalan Lazim (FAQ) – Beli IPO di Maybank

1. Bolehkah saya beli IPO melalui Maybank2u?

Ya, anda boleh memohon IPO melalui platform Maybank2u jika IPO tersebut ditawarkan melalui Maybank sebagai salah satu agen pengumpul permohonan.

2. Apakah yang diperlukan untuk memohon IPO di Maybank?

Anda memerlukan akaun Maybank2u yang aktif dan akaun CDS. Pastikan kedua-dua akaun sudah dikemaskini dengan maklumat terkini sebelum membuat permohonan.

3. Apakah tarikh penting yang perlu diketahui semasa memohon IPO?

Tarikh penting termasuk Opening Date (tarikh buka permohonan), Closing Date (tarikh tutup), Balloting Date (tarikh pengundian) dan Listing Date (tarikh penyenaraian saham).

4. Adakah jaminan mendapat saham IPO jika memohon?

Tidak, permohonan IPO melalui proses pengundian (balloting). Jika tidak berjaya, wang permohonan akan dikembalikan ke akaun bank anda.


Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Anda wajib ada akaun CDS untuk memohon IPO. Buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang untuk mula melabur.

Muat turun ebook percuma dari Mahersaham untuk panduan asas pelaburan saham!

Bacaan Lanjut