Screener Mahersaham App

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sedang membaca artikel kali ini.
Saya mendokan agar korang selalu diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.
Doakan kami di Mahersaham agar sentiasa komited untuk memberikan perkongsian saham yang terbaik kepada korang.
Baik, kita teruskan dengan perkongsian ilmu hari ini iaitu mengenai Screener Mahersaham App.
Jom kita mulakan.
Bismillah.
Aplikasi lengkap dibangunkan oleh Mahersaham khusus untuk anda menjadi trader profesional di Bursa Malaysia
Kelebihan Mahersaham Apps, boleh diakses menggunakan komputer, laptop, tablet dan smartphone
Screener adalah satu proses untuk mencari kaunter-kaunter yang memenuhi buy signal berdasarkan kriteria technical analysis.
Adakah kita boleh terus buy?
Semestinya tidak.
Kita masih lagi memerlukan ilmu teknikal untuk validate:
Kenapa Perlu Guna Screener?
Memudahkan anda untuk screen atau filter kaunter-kaunter yang berpotensi tanpa membuang masa dan tanpa hala tuju
Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, saya akan tunjukkan di mana nak cari screener dalam Mahersaham app.
Macam biasa korang bukalah Mahersaham app menggunakkan website.
Bagi pengguna android korang boleh install siap-siap Mahersaham App dalam handphone dan tablet korang.
Apabila dah buka korang kena login dahulu.

Bagi mereka yang belum subcribe sebarang produk Mahersaham, jangan risau korang boleh signup free account.
Bila dah siap login, korang akan redirect ke home page.
Korang hanya perlu klik butang screener dalam kotak hitam seperti dalam gambar.

Terdapat 3 Screener yang dibangunkan:


Ia merupakan golden circle khas untuk student Mahersaham.
Terdapat screener eksklusif seperti BTST, MILO, Intraday dan Jerung.
Membantu pelabur membuat keputusan pemilihan kaunter dengan lebih tepat.

Jika korang dah lama dalam dunia saham semestinya screener sangat membantu anda dalam pemilihan kaunter.
Tanpa membuang masa nak pilih kaunter yang mana satu.
Sudah pasti keperluan screener bagi newbie saham juga penting.
Jika korang percaya pada fundamental analisis mampu memberi keuntungan dalam saham korang boleh rujuk fundamental screener.
Sebaliknya jika korang percaya teknikal analisis mampu memberi keuntungan dalam saham korang boleh rujuk technical indicators bullish signal.
Semoga bermanfaat!
Screener saham ialah alat digital yang menapis kaunter berdasarkan kriteria tertentu seperti fundamental, teknikal, dan volume dagangan. Ia membantu pelabur menjimatkan masa dalam memilih kaunter yang berpotensi tanpa perlu menganalisis satu persatu secara manual.
Screener fundamental menapis kaunter berdasarkan data kewangan syarikat seperti pendapatan, keuntungan bersih, dan nisbah PE. Manakala screener teknikal menapis berdasarkan petunjuk carta seperti RSI, MACD, dan bullish signal. Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada strategi pelaburan anda.
Ya, screener Mahersaham direka untuk memudahkan pelabur baru dan berpengalaman. Antara muka yang ringkas membolehkan pengguna memahami dan menggunakan fungsi penapisan kaunter dengan mudah, walaupun baru mula belajar saham.
Gunakan screener untuk menyenarai pendek kaunter yang memenuhi kriteria pelaburan anda. Selepas itu, buat analisis lanjut terhadap kaunter tersebut sebelum membuat keputusan jual beli. Screener bukan pengganti analisis penuh, tetapi ia alat pertama yang sangat berguna dalam proses pemilihan kaunter.
Berminat nak mula melabur saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan langkah pertama anda dalam dunia pelaburan.
Nak belajar asas saham dari kosong? Dapatkan ebook percuma Mahersaham sekarang dan fahami asas pelaburan dengan mudah.
Bacaan lanjut: