Perkara Wajib Tahu Tentang Bonus Issue

Loading...

Bonus issue adalah salah satu daripada corporate exercise.
Ia adalah pemberian saham percuma kepada SHAREHOLDER syarikat tersebut SECARA PERCUMA.

Hahh korang perasan tak saya ulang dua kali perkataan percuma. Itu tanda nak tekankan bahawa ini adalah pemberian saham secara percuma. Tak perlu beli.
Untuk faham lebih lanjut, jom kita terus belajar melalui study case.
Contoh study case kali ini adalah bonus issue yang dilakukan oleh syarikat Top Glove Corporation BHD.


Berdasarkan dua gambar rajah di atas, informasi apa yang korang dapat?
Apa makna ex date ni?

Ex date bermakna hari terakhir pengiraan untuk melayakkan diri mendapat bonus issue.
Berdasarkan contoh case study ini, ex date adalah pada 3 September 2020.
Jadinya kalau korang membeli saham semasa dan selepas 3 September maka korang tak layak untuk mendapatkan bonus issue.
Sekiranya korang beli saham tersebut pada 2 September memanglah korang layak untuk mendapatkan bonus issue tetapi akan berlaku adjusted price (perubahan harga).
Contohnya hari sebelum ex date harga saham adalah RM 28 seunit tetapi selepas ex date harga telah menjadi RM9 seunit.
Boleh jadi ada antara pelabur yang tidak perasan akan announcement tentang corporate exercise (bonus issue) ini lalu membelinya sehari sebelum ex date.
Maka perkara ini mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu emosi pelabur tersebut.
Ialah masa beli harga mahal tetiba bila check esok pagi harga sangat rendah berbandi harga beli.
Apapun sebelum korang beli sesuatu saham pastikan korang dah buat analisis dan ada trading plan masing-masing.
Apa itu conversion ratio pulak?
Bahasa mudah conversion ratio adalah berapa bahagian yang akan dapat.
Okay macam ni, kita rujuk semula announcement dalam bursa Malaysia dalam case study Top Glove.

Berdasarkan maklumat dalam gambar rajah di atas, shareholder akan menerima dua unit saham untuk setiap satu unit saham yang dipegang oleh mereka.
Convertion ratio= (new :existing)
Contohnya, Puan Taichy mempunyai pegangan saham Top Glove sebanyak 1000 unit. Apabila berlakunya bonus issue dengan conversion ratio sebanyak 2:1 maka unit saham terbaru Puan Taichy adalah sebanyak 3000 unit.

Berdasarkan gambar kat atas, ada dua tarikh iaitu 4 September dan juga 7 Semptember.
Korang rasa yang mana satu?
Jawapannya adalah pada 4 September 2020 akan transfer ke akaun trading anda tetapi akan masuk pada 7 september 2020.
Sudah semestinya unit saham korang semakin bertambah.
Korang pernah terpikir tak, kenapa nak buat bonus issue? Kenapa nak bagi saham secara percuma?

Jadi sebenarnya tujuan bonus issue adalah untuk menurunkan harga saham supaya menjadi murah.
Contoh case study Top Glove harga seunit saham Top Glove sebelum corporate exercise (bonus issue) adalah RM 28.00.
Selepas corporate exercise (bonus issue) seunit menjadi RM9.00 pada 3 september 2020.
Kenapa nak turunkan harga? Sebab nak bagi rakyat marhaen atau orang biasa macam kita ni, mampu untuk membeli saham syarikat tersebut.
Kata mudahnya untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli saham mereka.
Saya tahu korang tengah menyimpan persoalan di dalam minda korang.
Adakah bonus issue ini menguntungkan? Atau ia merugikan korang?
Jika korang beli sehari sebelum ex date memang rugi sebab akan berlaku adjusted price.
Seperti yang saya ulas kat atas tadi dalam case study, sebelum ex date harga seunit saham Top Glove adalah RM 28.00.
Selepas ex date harga seunit menjadi RM9.00.
Tetapi ia merupakan keuntungan bagi pelabur yang menyimpan saham sesebuah syarikat dengan target mid term to long term.
Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, saya ada satu soalan.
Korang beli saham ni sebagai trader atau investor?
Soalan itu korang kena pikir-pikirkan. Sampai berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Semoga bermanfaat!
Bonus issue adalah satu corporate exercise di mana syarikat memberikan saham tambahan secara percuma kepada pemegang saham sedia ada berdasarkan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah 1:2 bermaksud setiap 2 unit saham yang dipegang, anda akan menerima 1 unit saham bonus.
Bonus issue lebih menguntungkan pelabur jangka sederhana hingga panjang. Bagi pelabur yang membeli sehari sebelum ex-date, ia mungkin kelihatan merugikan kerana berlaku adjusted price. Namun, dalam jangka panjang, jumlah saham yang lebih banyak berpotensi memberikan pulangan yang lebih baik apabila harga saham naik semula.
Harga saham akan diselaraskan (adjusted) pada ex-date. Contohnya, jika saham berharga RM28 dan bonus issue nisbah 2:1, harga akan diselaraskan kepada sekitar RM9 seunit. Jumlah nilai keseluruhan pegangan anda kekal sama, cuma bilangan unit saham bertambah.
Tarikh penting termasuk announcement date (tarikh pengumuman), ex-date (tarikh pemotongan harga), dan entitlement date. Anda perlu memegang saham sebelum ex-date untuk layak menerima bonus issue. Pastikan anda semak tarikh-tarikh ini melalui pengumuman rasmi Bursa Malaysia.
Nak mula melabur saham di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS anda dengan mengikuti langkah mudah di sini.
Dapatkan ebook asas saham percuma kami untuk memahami asas pelaburan saham dengan lebih jelas.
Bacaan lanjut: