Permintaan Servis Akaun CDS: Reset Password, Market Depth & IPO Financing Terus Dari Dashboard

Dulu, kalau anda nak reset password M+ Online, request 5-level market depth atau mohon IPO Financing, anda kena isi Google Form atau tunggu team support kami proses secara manual. Sekarang semuanya boleh dibuat terus dari dashboard mahersaham.com — dan permintaan anda dihantar secara automatik kepada team M+ untuk diproses.
Dalam tutorial ini kami tunjukkan cara guna halaman Permintaan Servis Akaun CDS: apa yang boleh diminta, macam mana nak hantar, dan apa yang berlaku selepas anda tekan butang Hantar.
Belum ada akaun Mahersaham? Baca dulu cara daftar akaun Mahersaham — percuma dan ambil masa 2 minit sahaja.
Siapa Boleh Guna Ciri Ini?
Ciri ini adalah untuk semua client yang ada akaun CDS Mahersaham — iaitu akaun trading yang dibuka melalui Remisier Maher di Malacca Securities. Kalau anda belum jadi client, anda boleh buka akaun CDS melalui Mahersaham dahulu.
Satu perkara penting: log masuk ke mahersaham.com menggunakan email yang sama dengan email yang anda daftarkan semasa buka akaun CDS. Sistem akan padankan email anda dengan client code secara automatik — kalau email sepadan, client code anda akan terus keluar dalam borang tanpa perlu taip.
Cara Akses: Dashboard → Permintaan Servis Akaun

Selepas log masuk, pergi ke Dashboard dan cari bahagian Client's Access. Klik kad Permintaan Servis Akaun — atau terus buka mahersaham.com/dashboard/cds-request.
6 Jenis Permintaan Yang Tersedia

Buat masa ini ada 6 jenis permintaan yang boleh dihantar:
- Request 5 Level Market Depth — buka paparan 5 peringkat harga bid dan ask dalam M+ Online, supaya anda nampak kedalaman queue pasaran dengan lebih jelas. Nota: M+ ada syarat kelayakan untuk ciri ini, jadi permintaan mungkin ditolak jika akaun belum memenuhi syarat.
- Exclude Intraday — keluarkan akaun anda daripada ciri intraday pada platform M+ Online.
- Exclude Price Averaging — supaya harga belian dalam paparan portfolio M+ tidak dipuratakan secara automatik apabila anda beli kaunter yang sama beberapa kali.
- Reset Password — reset password log masuk M+ Online. Password baharu akan dihantar ke email berdaftar anda.
- Unblock Trading Pin — kalau trading PIN anda tersekat selepas tersalah masuk beberapa kali, permintaan ini akan buka semula PIN anda.
- Request IPO Financing 5X/10X — mohon pembiayaan IPO melalui M+ Global (kami terangkan dengan lebih lanjut di bawah).
Cara Hantar Permintaan
Prosesnya sangat mudah:
- Pastikan Client Code yang betul dipilih. Kalau anda ada lebih dari satu akaun, pilih dari senarai dropdown.
- Pilih Jenis Permintaan.
- Tekan butang Hantar Permintaan.
Itu sahaja. Permintaan anda akan masuk terus ke sistem kami dan dihantar secara automatik kepada team M+ untuk diproses — tak perlu WhatsApp, tak perlu isi Google Form.
IPO Financing 5X/10X: Syarat & Cara Mohon
Selepas hantar permintaan, butang 5X/10X hanya keluar bila M+ ada kuota. Penjelasan penuh tentang kuota, "Fully Subscribed" dan waktu topup ada dalam artikel Kenapa Butang IPO Financing 5X/10X M+ Tak Keluar?.

Bila anda pilih Request IPO Financing 5X/10X, borang tambahan akan terbuka. Sebelum mohon, pastikan anda faham syarat minimum modal dalam akaun Trust anda:
- 5X leverage — minimum RM100,000 dalam Trust
- 10X leverage — minimum RM100,000 dalam Trust
Jumlah ini tidak termasuk kos financing, jadi eloklah lebihkan sedikit daripada minimum. Kemudian lengkapkan maklumat berikut:
- Nombor CDS — biasanya diisi secara automatik dari rekod kami. Kalau kosong, masukkan 9 digit nombor CDS anda.
- Bangsa — Bumi atau Non-Bumi (mengikut peruntukan IPO).
- Saham IPO — pilih IPO yang sedang dibuka dari senarai. Senarai ini dikemas kini secara automatik mengikut borang rasmi M+ Global.
- Leverage — 5x atau 10x.
Pastikan semua maklumat tepat — jika tidak, permohonan akan ditolak oleh M+. Selepas anda tekan Hantar, sistem kami akan mengisi borang rasmi M+ Global bagi pihak anda secara automatik.
Nak faham asas IPO dulu? Baca artikel Apa itu IPO.
Apa Berlaku Selepas Anda Hantar?
Di sinilah kelebihan sistem baharu ini:
- Permintaan direkod — anda boleh semak semula bila-bila masa dalam bahagian Sejarah Permintaan Anda di halaman yang sama.
- Dihantar automatik kepada M+ — permintaan anda disalurkan terus kepada team dealer M+ pada waktu bekerja (Isnin–Jumaat, 8:30 pagi–6:00 petang).
- Status dikemas kini — bila M+ selesai memproses, status permintaan anda akan bertukar kepada selesai secara automatik.

Status permintaan ada tiga peringkat: Menunggu (belum dihantar kepada M+), Dihantar ke M+ (sudah disalurkan kepada team dealer, menunggu tindakan), dan Selesai (M+ sahkan sudah diproses). Jika permintaan ditolak oleh M+, sebabnya akan dipaparkan dalam ruangan Remarks - contohnya jika akaun belum memenuhi syarat kelayakan 5 Level Market Depth.
Untuk permohonan IPO Financing pula, ada jadual berasingan Sejarah Permohonan IPO Financing yang menunjukkan saham IPO, leverage dan status permohonan anda - termasuk status seperti "Disimpan - menunggu financing dibuka" jika kuota financing M+ belum tersedia.

Untuk permintaan yang melibatkan keselamatan akaun (reset password, unblock PIN), hasilnya akan dihantar oleh M+ terus ke email berdaftar anda — bukan melalui kami. Ini untuk melindungi akaun anda.
Error "Access Denied" atau "Unauthorised"? Ini Maksudnya
Ramai client menghubungi kami dengan mesej yang sama: popup "Access has been denied" semasa cuba login, atau paparan "Unauthorised" di web atau app. Dalam kebanyakan kes, ini bukan masalah teknikal pada device anda - ia bermaksud akaun telah dikunci secara automatik selepas salah password melebihi 3 kali.
Apa yang perlu dibuat:
- Berhenti mencuba password lama - setiap percubaan gagal tambahan hanya mengekalkan kunci pada akaun.
- Hantar permintaan reset password - guna borang permintaan servis di dashboard seperti langkah di atas, atau PM team kami di t.me/mahersahamplatform dengan client code anda.
- Tunggu email baru daripada M+ - M+ akan hantar password sementara ke email berdaftar anda. Login dengan password sementara itu dan tukar kepada password baru.
Jika error "unauthorised" berterusan walaupun selepas reset (contohnya di web atau laptop selama beberapa hari), hantar screenshot penuh paparan error bersama client code kepada team kami - kes sebegini memerlukan semakan terus dengan pihak M+.
Soalan Lazim
Berapa lama permintaan saya diproses?
Kebanyakan permintaan selesai dalam hari bekerja yang sama jika dihantar pada waktu pejabat. Permintaan yang dihantar pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Kenapa client code saya tak keluar dalam dropdown?
Kemungkinan besar email akaun Mahersaham anda berbeza dengan email yang didaftarkan semasa buka akaun CDS. Anda masih boleh taip client code secara manual — tetapi untuk permintaan sensitif seperti reset password, sistem hanya akan proses secara automatik jika client code tersebut memang berdaftar atas email anda. Kalau tidak sepadan, team kami akan semak secara manual terlebih dahulu.
Kenapa permintaan saya ditolak?
Sesetengah ciri seperti 5 Level Market Depth mempunyai syarat kelayakan yang ditetapkan oleh M+. Untuk IPO Financing pula, pastikan baki Trust anda mencukupi dan semua maklumat tepat. Jika permintaan ditolak, team kami akan dimaklumkan dan boleh bantu anda semak sebabnya.
Boleh saya hantar permintaan yang sama dua kali?
Boleh, tetapi tidak perlu — sistem kami mengesan permintaan berganda dalam tempoh 24 jam supaya team M+ tidak menerima permintaan yang sama dua kali. Kalau permintaan pertama anda belum selesai selepas 1–2 hari bekerja, hubungi kami melalui butang chat di bawah kanan laman web.
Saya bukan client Mahersaham. Boleh guna ciri ini?
Ciri ini khas untuk client Mahersaham sahaja. Anda boleh buka akaun CDS melalui Mahersaham — yuran pembukaan hanya RM11, dan anda akan dapat akses kepada semua kemudahan client termasuk ciri ini.
Portal saya kena block sebab salah password. Macam mana nak unblock?
Hantar permintaan reset password melalui dashboard atau PM team kami dengan client code anda. Selepas team request kepada M+, tunggu email password sementara daripada M+ - akaun akan terbuka semula sebaik anda login dengan password baru itu.
Berapa lama proses unblock atau reset password?
Biasanya cepat - dalam banyak kes client menerima email password sementara pada hari yang sama. Jika tiada email selepas satu hari bekerja, semak folder spam dahulu kemudian maklumkan team kami untuk follow up.
Kesimpulan
Halaman Permintaan Servis Akaun CDS menjadikan urusan servis akaun trading anda semudah beberapa klik — tak perlu lagi Google Form atau menunggu balasan WhatsApp. Log masuk, pilih jenis permintaan, hantar, dan pantau statusnya dalam Sejarah Permintaan.
Kalau ada sebarang masalah, team support kami sentiasa bersedia membantu melalui butang chat di laman web atau saluran WhatsApp rasmi Mahersaham.