Loading...
Perdagangan kuantitatif adalah strategi perdagangan berdasarkan analisis kuantitatif portfolio. Ia bergantung pada pengiraan matematik dan pengurangan angka untuk mengenal pasti peluang perdagangan.
Terdapat 2 cara untuk mendapatkan untung dalam dunia pelaburan.

Contoh pelaburan digital yang terdapat di Malaysia:
Beta sekuriti pelaburan adalah ukuran ketidakstabilan pulangan berbanding dengan keseluruhan pasaran. Selain itu, beta juga digunakan sebagai ukuran risiko dalam pelaburan.
Model Penetapan Harga Aset Modal (CAPM) akan menggambarkan hubungan antara jangkaan pulangan dan risiko dalam pelaburan.
CAPM akan menunjukkan pengembalian sekuriti dengan pulangan bebas risiko (risk free assets) dan premium risiko.
Kaunter syarikat dengan nilai beta yang lebih tinggi akan mempunyai risiko lebih besar dan jangkaan pulangan yang lebih besar.
Berikut merupakan maksud bagi petunjuk pekali beta (β): β = 1 ialah pasaran tidak menentu, β > 1 ialah pulangan lebih cenderung bertindak balas terhadap pergerakan pasaran, β < 1 ialah pulangan kurang cenderung bertindak balas terhadap pergerakan pasaran, β= 0 ialah tidak berkait dengan pasaran, β< 0 ialah berkolerasi negatif dengan pasaran


Ini adalah contoh bagi kajian risiko dengan menggunakan indikator Beta (β) di dalam tradingview.
Nilai beta pada 16 Mac 2020 adalah β = 2.797 iaitu nilai β > 1 yang bermaksud pulangan lebih cenderung untuk bertindak balas.
Berbanding nilai Beta (β) < 1 pulangan kurang cenderung bertindak balas terhadap pergerakan pasaran semasa.
Selain itu juga, faktor yang mempengaruhi inflasi dan GDP negara ialah;
Contoh jika nilai premium risiko λ = 0.01 bermaksud peningkatan 1% kadar inflasi akibat peningkatan 1% nilai λ.
Secara teori terdapat beberapa jenis pelaburan yang akan memberi pulangan tanpa risiko. Melalui model CAPM terdapat 2 jenis pulangan tanpa risiko atau risk free asset iaitu:
Dalam pelaburan saham, kita perlu pelbagaikan jenis aset untuk mengurangkan risiko. Pihak pelabur boleh mempelbagaikan aset dalam pelaburan melalui Model Markowitz.

Unsystematic risk (USR) boleh dihapuskan. Kepelbagaian aset dan systematic risk (SR) tidak boleh dihapuskan. Hal ini menunjukkan bahawa pada tahap ini pelabur perlu mengambil risiko itu dan tidak boleh dihapuskan.
Tujuan pelabur memilih pelaburan dalam jangka masa panjang melalui pelaburan digital berbanding pelaburan tradisional.
Pelabur boleh memilih pelaburan dalam masa jangka masa panjang bagi;
Perdagangan kuantitatif ialah strategi perdagangan yang bergantung pada analisis kuantitatif menggunakan pengiraan matematik dan data statistik untuk mengenal pasti peluang perdagangan dalam pasaran saham.
Ia membantu pelabur membuat keputusan pelaburan berdasarkan data dan angka, bukan emosi. Teknik ini juga membantu dalam kepelbagaian portfolio dan mengurangkan kos transaksi.
Perdagangan kuantitatif memerlukan pemahaman asas tentang matematik dan statistik. Pelabur baru disarankan belajar asas pelaburan terlebih dahulu dan membuat paper trade sebelum menggunakan strategi ini.
Pelaburan jangka panjang membolehkan pelabur mempelbagaikan jenis aset dalam portfolio dan mengurangkan jumlah transaksi serta yuran broker, menjadikan pulangan lebih optimum.
Mahu membina portfolio pelaburan yang kukuh? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan mulakan perjalanan pelaburan anda hari ini. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan asas pelaburan.