Prestasi Indeks Bagi Sektor-sektor Saham di Bursa Malaysia

11 Sektor
Gambar rajah dibawah menunjukkan prestasi semasa indeks bagi sektor-sektor di Bursa Malaysia
Mining
Indeks bagi sektor Mining mencatatkan kenaikan tertinggi tahun ini (sehingga 22 Mei) iaitu kenaikan sebanyak 57%. Namun begitu, hanya saham KUCHAI DEVELOPMENT BHD yang tersenarai di dalam indeks ini, membuatkan pergerakan mata indeks ini lebih volatile berbanding indeks-indeks yang lain.
Consumer
Sektor consumer menjadi pilihan para pelabur ketika berlaku ketidaktentuan pasaran. Ini dibuktikan apabila indeks bagi sektor ini mencatatkan kenaikan kedua tertinggi iaitu sebanyak 16%. Antara saham-saham sektor consumer yang menjadi pilihan para pelabur sepanjang tahun ini adalah,
- FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD
- PADINI HOLDINGS BHD
- CCK CONSOLIDATED HOLDINGS BHD
- CAELY HOLDINGS BHD
- LEE SWEE KIAT GROUP BHD
- dan sebagainya

Finance
Sektor finance mencatatkan kenaikan ketiga tertinggi bagi indeks sektor-sektor di Bursa Malaysia. Kenaikan harga saham-saham sektor Finance didorong oleh kenaikan OPR oleh Bank Negara pada penghujung Januari yang lalu,

Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam membuat sesuatu pelaburan kita perlulah mengkaji Technical Analysis dan Fundamental Analysis dengan baik untuk kita mengetahui prestasi sesebuah syarikat itu.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu indeks sektor di Bursa Malaysia?
Indeks sektor ialah penunjuk yang mengukur prestasi keseluruhan saham dalam sektor tertentu. Bursa Malaysia mempunyai 11 sektor utama termasuk Technology, Healthcare, Energy, dan lain-lain.
Sektor mana yang mencatatkan prestasi terbaik?
Prestasi sektor berubah mengikut kitaran ekonomi. Sektor Mining, Technology, dan Healthcare sering menunjukkan pertumbuhan ketara, tetapi pelabur perlu sentiasa semak data terkini sebelum membuat keputusan.
Bagaimana cara guna data indeks sektor untuk pelaburan?
Pelabur boleh mengenal pasti sektor yang sedang berkembang melalui data indeks, kemudian pilih saham terbaik dalam sektor tersebut menggunakan analisa fundamental dan teknikal.
Kenapa penting faham Fundamental Analysis dan Technical Analysis?
Fundamental Analysis membantu menilai nilai sebenar syarikat, manakala Technical Analysis membantu menentukan masa terbaik untuk beli atau jual. Gabungan kedua-duanya menghasilkan keputusan pelaburan yang lebih tepat.
Untuk melabur dalam sektor-sektor berpotensi di Bursa Malaysia, anda perlukan akaun pelaburan dan ilmu asas yang kukuh.
Belum ada akaun? Buka akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru bermula? Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham dan analisa sektor.
Bacaan lanjut:
