4 Kriteria Analisis Fundamental

Loading...

Analisis Fundamental merupakan satu kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti nilai sebenar atau ‘intrinsic value’ sesebuah syarikat.
Ia juga merupakan kajian terhadap bisnes syarikat, financial syarikat dan management syarikat.
Main point kajian adalah nak tahu sesebuah syarikat itu berkualiti ataupun sebaliknya.
Naik turun harga saham banyak dipengaruhi oleh prestasi syarikat.
Andai sesebuah syarikat itu mampu ‘buat duit’, boleh untung dan ada potensi besar maka harga saham akan naik secara long term.
Sekiranya bisnes tak bagus, tak untung dan ke arah nak bankrap maka harga saham akan jatuh.

Analisis fundamentali merupakan analisis yang paling kerap digunakan oleh pelabur-pelabur saham jangka masa panjang.
Di dalam Mahersaham, 4 kriteria yang kami akan tekankan pada student dan klien untuk di kaji adalah:
atau
PE ratio ni apa?
Berdasarkan rumus di atas, PE ratio ini adalah berapa kali ganda harga syarikat berbanding keuntungan syarikat.
Kebiasaannya, PE ratio yang tinggi menunjukkan harga sesebuah saham adalah “mahal” jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat.
Namun, kekurangan PE ratio ialah ia adalah lagging indicator
Apa pulak lagging indicator ni?
Lagging indicator bermakna kajian yang dilakukan berdasarkan perkara yang dah berlaku bukan forecasting (ramalan masa depan).
Sebarang Financial data adalah lagging indicator.
Data yang kita ketahui adalah keuntungan tahun lepas-lepas bukan keuntungan sekarang ini (tahun ini).
Lebih besar ROE, lebih efficient operasi syarikat dalam menghasilkan keuntungan berdasarkan modal yang dimiliki.
Gross profit (keuntungan kasar) = revenue (sales) – cogs (cost of good sales)
Contoh anda buka kedai makanan, harga jualan nasi goreng daging sepiring adalah RM5 maka itu adalah revenue (sales).
Untuk hasilkan nasi goreng daging kita memerlukan barang mentah seperti nasi, sayur, bawang, minyak masak dan daging.
Barangan mentah ini dipanggil sebagai cogs (cost of good sales).
Nota tambahan: financial syarikat boleh rujuk annual report atau quarter report syarikat.
Profit before tax = Gross profit – expenses
Bila kita buat bisnes sudah tentu kita akan bayar sewa tempat, bil api air dan bayar gaji pekerja dan lain-lain.
Yang ini dikira sebagai perbelanjaan atau expenses.
Net profit = profit before tax – tax
Mereka yang terlibat dengan bisnes akan membayar cukai dengan kerajaan.
Maka dapatlah keuntungan bersih setelah tolak nilai-nilai expenses, cogs (cost of good sales) dan tax.
Net profit margin = net profit / revenue
Jumlah shares saham sesuatu syarikat.
Korang boleh tengok jumlah saham dalam web malaysiastock.biz
Contoh kaunter XYZ

Kita kena tengok jugak kategori saham itu sama ada ia saham berat atau ringan.
Saham ringan atau berat ini ada dinyatakan dalam teori supply and demand (CANSLIM) dalam buku How To Make Money In Stock oleh William O Neil.
Apa yang menentukan saham itu berat atau ringan adalah jumlah number of shares.
Kalau terlalu banyak number of shares, saham boleh jadi berat dan bila ia jadi berat maknanya harga saham tersebut susah nak naik dan susah nak turun.
•Agihan pendapatan syarikat kepada pemegang saham
•Dividend Yield = DPS / Price per shares
•Ada syarikat yang mempunyai dividend policy, ada juga yang tiada
Korang juga boleh rujuk kat sini mengenai dividen:
Korang boleh baca artikel kat sini untuk menambah kefahaman lebih mendalam mengenai analisis fundamental.
Empat kriteria utama ialah PE Ratio, ROE (Return on Equity), Net Profit trend, dan jumlah saham beredar (shares outstanding). Keempat-empat ini membantu pelabur menilai sama ada sesebuah syarikat kukuh dari segi kewangan dan berbaloi untuk dilabur.
Secara umum, PE Ratio di bawah 15 dianggap munasabah untuk kebanyakan sektor. Namun ia bergantung kepada industri — syarikat teknologi biasanya mempunyai PE lebih tinggi berbanding syarikat utiliti. Bandingkan PE dengan purata industri untuk penilaian yang lebih tepat.
ROE mengukur kecekapan syarikat menjana keuntungan daripada modal pemegang saham. ROE melebihi 10% menunjukkan syarikat cekap mengurus modal, manakala ROE melebihi 15% dianggap cemerlang.
Anda boleh gunakan laman web seperti malaysiastock.biz, Bursa Marketplace, atau platform broker seperti Mplus untuk menyemak laporan kewangan, PE Ratio, ROE dan data fundamental lain secara percuma.
Menguasai keempat-empat kriteria fundamental ini membolehkan anda menyaring saham berkualiti dan membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak berdasarkan data, bukan emosi.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk panduan lengkap tentang analisis fundamental dari asas.
Sudah bersedia untuk mula melabur? Buka akaun CDS anda untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.