Proses analisis saham bagi noob. Anda noob lagi dalam saham? tak tau nak start analisis dari mana? Follow panduan ini.
<p>Kejayaan sesuatu pelaburan saham tu memerlukan disiplin untuk cari,buat kajian dan analisis kaunter-kaunter yang berpotensi.Bukan main bedal atau ikut-ikut orang saja nak beli saham ni.Bila rugi nanti,mula menunding jari pada…</p>

Kejayaan sesuatu pelaburan saham tu memerlukan disiplin untuk cari,buat kajian dan analisis kaunter-kaunter yang berpotensi.Bukan main bedal atau ikut-ikut orang saja nak beli saham ni.Bila rugi nanti,mula menunding jari pada orang lain. Panduan ini berdasarkan disiplin yang dipelopori oleh pengurus-pengurus dana yang berjaya.
Ini asas yang mereka terapkan sebelum buat sebarang keputusan nak buat pembelian sesuatu saham. Anda boleh follow,pelajari dan ubah suai ikut cita rasa dan trading style anda sendiri nanti.
Proses pencarian ini bermula dengan mengenal pasti kaunter yang berpotensi(guna screener),tapis keluar yang tidak mengikut criteria,mana yang tinggal tu akan dibuat kajian mendalam,kaunter yang terbaik akan dipilih dan seterusnya di set kan disiplin bila nak kena jual.
FOKUS PADA SAHAM YANG BERPOTENSI TINGGI SAHAJA.
Gunakan stock screener untuk cari calon yang terbaik berdasarkan criteria fundamental dan technical yang telah di setkan.Mana-mana calon yang tersenarai,tapi tidak ikut criteria sepenuhnya akan disingkirkan. Strategi ini dimulakan dengan pemilihan di antara 10-20 kaunter. Nak buat kajian sesuatu saham tu perlukan ketekunan dan masa,maka bila calon yang lemah dan tak ikut criteria tu dah disingkirkan,maka nak buat analisis yang mendalam pada baki yang tinggal tu jadi lebih mudah.
BUAT PRA SARINGAN PANTAS
Pra saringan pantas ni untuk singkirkan mana-mana kaunter yang tak fit dalam kriteria dan yang tak sesuai dengan trading style anda.Contoh kaunter-kaunter yang perniagaan nya tak seberapa menguntungkan,tapi banyak sangat hype dalam pasaran. Ataupun kaunter-kaunter yang tak sesuai untuk growth investor seperti terlalu banyak spekulasi dan perhatian.
Ini kriteria yang perlu anda masukan dalam pra saringan pantas:
Gambaran keseluruhan syarikat dan industry:
Kaji syarikat tu punya perniagaan dan industry. Kemungkinan syarikat ini dalam industry yang anda sasarkan dan industry yang anda nak elakan.Sebagai contoh,ahli ekonomi meramalkan permintaan untuk minyak mentah dunia akan melebihi penawaran pada masa akan datang,maka harga minyak dunia akan melonjak.Sebaliknya,ada yang tidak bersetuju.Perdebatan ini akan mempengaruhi corak pemikiran anda nanti terhadap syarikat-syarikat oil & gas berserta performance harga saham mereka nanti.
Market Capitalization:
(Shares Outstanding x harga Pasaran) mengambarkan nilai pasaran semasa keseluruhan syarikat.Nilai berapa yang anda perlu bayar jika nak beli keseluruhan saham tersebut.Syarikat-syarikat dalam kategori blue chip spt Tenaga,Maybank,IOI plantation tergolong dalam large cap, manakal syarikat-syarikat kecil tergolong dalam kategori mid caps,small caps dan micro caps.Tak ada baik buruk pun market capitalization ni,setiap size ada potensi pulangan dan risiko tersendiri.Kebiasaannya,syarikat dalam kategori large caps merupakan pelaburan yang selamat dengan pulangan dividend yang stabil,manakal syarikat dalam small caps kebiasaanya dalam syarikat yang ada potensi besar nak berkembang.
Valuation Ratios
Ratio seperti P/E dan sales (p/s) menggambarkan penilaian peserta pasaran berkenaan sesuatu kaunter tu.Valuation yang tinggi dalam pasaran mencerminkan saham yang memiliki potensi nak berkembang lagi pesat dimasa hadapan.Yang jenis ni memang kegemaran para growth investor.Sementara value investor pula,akan memilih saham yang memiliki ratio yang rendah,kerana beranggapan para pelabur growth memandang saham-saham jenis ini tak ada potensi nak meroket. Valuation ratio ini akan digunakan oleh anda untuk kenal pasti anda pelabur yang mana satu,sama ada value atau growth investor
Volume Dagangan (Trading volume)
Purata bilangan dagangan saham dalam sehari.Volume rendah cuba elakan,kerana senang nak dimanipulasi.Lagi satu,mutual fund dan jerung-jerung dalam stock market tak dibenarkan membeli saham jeni ni.Maka,mana yang jatuh dalam kriteria low volume anda sudah boleh singkirkan awal-awal.
No.of shares outstanding (Float)
Syarikat besar dalam kategori bluechip memiliki float yang yang agak besar.Kebiasaannya berbillion unit.Pelabur yang mahukan saham yangboleh berkembang dengan pantas secara maksimum kena lah cari float yang di bawah 25 juta unit.Senang nak naik kalau ada sesuatu berita baik berkenaan performance keuntungan semasa syarikat.Penawaran rendah sementara permintaan tinggi akan baut saham tersebut meroket dalam jangka masa singkat.
Aliran tunai (cash flow)
Aliran tunai adalah duit keluar masuk dalam akaun syarikat.Ini duit real,bukan macam net income dan revenue yang ikut standard accounting.Aliran tunai merupakan kayu pengukur sebenar yang syarikat ini betul-betul profitable atau sebaliknya.Kaunter growth kebiasaannya memilik aliran tunai positif,duit tunai sentiasa masuk dan ini menjadikan calon yang sesuai nak masuk dalam anda punya short list saham berpotensi.Elakan syarikat yang ada negative cash flow.
Lihat sejarah Rekod pertumbuhan jualan dan pendapatan Syarikat.
Pilih syarikat yang memiliki track record yang cemerlang dari segi pertumbuhan jualan dan pendapatan dari tahun ke tahun.Jika hasil screener masih ada syarikat yang tidak memiliki kriteria ini,cpeat-cepat keluarkan dan jangan buang masa nak kaji.Fokus pada syarikat yang terbaik Periksa produk jualan dan perkhidmatan syarikat yang anda kaji tu Buang masa saja jika anda fokus pada syarikat yang memiliki produk dan perkhidmatan yang tengah merudum jualan nya.
Kebiasaannya,syarikat dalam kategori ni tengah menghadapi persaingan yang sengit dalam industry,hinggakan makan mereka punya profit margin. Jika anda mencari calon untuk growth stock,berita kemelesatan sesuatu perniagaan syarikat adalah penting kerana saham nya anda dah boleh awal-awal singkirkan. Berdasarkan teknik pra saringan pantas,anda dah boleh keluarkan senarai-senarai saham yang tak lepas ujian screening di atas.Saham yang lepas saya berbaloi untuk anda buat kajian seterusnya kerana ia akan menjimatkan masa anda.
Pakej GOLD Mahersaham β Untuk Anda Yang Serius Nak Jana Untung Konsisten di Pasaran Saham
Sesuai untuk newbie dan pelabur/trader yang tak ada masa nak buat kajian dan monitor saham.
Nak belajar teknik advanced analisis saham dari sifu berpengalaman?
Pakej GOLD ni bukan untuk semua orang β hanya untuk yang betul-betul nak upgrade ilmu & hasil!
Jangan tunggu sampai βnantiβ. Ilmu ni pelaburan terbaik β sebab lepas ni, duit kerja untuk anda pula!