Rizab Antarabangsa BNM Meningkat

Loading...

Pada 15 Julai 2019, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan meningkat sebanyak 0.6% sejak 28 Jun yang lalu.
Jumlah itu meningkat daripada AS$102.7 bilion kepada AS$103.3 bilion dalam masa dua minggu.
Paras rizab pada 28 Jun yang lalu telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.
Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Berikut merupakan komponen yang terkandung dalam rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM):
⦁ Rizab mata wang asing : AS$ 97.1 bilion
⦁ Rizab simpanan dana kewangan antarabangsa : AS$1.1 bilion
⦁ Hak depositori khas : AS$ 1.1 bilion
⦁ Emas : AS$1.8 bilion
⦁ Rizab aset yang lain : AS$2.2 bilion
Berikut merupakan kronologi peningkatan dan penyusutan bagi rizab antarabangsa BNM dalam tempoh 5 tahun:
30 Jun 2015 :AS$ 105.5 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
30 Jun 2016 :AS$ 97.2 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
30 Jun 2017 : AS$98.9 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
29 Jun 2018 :AS$ 104.7 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
28 Jun 2019: AS$ 102.7 bilion
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Tugas Bank Negara Malaysia bukan sahaja pengeluar mata wang dan mengawalselia aktiviti-aktiviti kewangan di Malaysia.
Berikut merupakan antara tugas-tugas Bank Negara Malaysia:
Rizab antarabangsa dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia sebagai bank pusat.
Kebanyakan negara mewujudkan rizab antarabangsa bertujuan untuk persediaan sokongan kepada liabiliti termasuk mata wang tempatan serta deposit bank.
Setiap negara memerlukan sistem kewangan yang kukuh, stabil dan teguh sekiranya berlaku ketidakstabilan kewangan.
Setiap hari akan ada potensi risiko yang bakal melanda ekonomi negara.
Jadi, bank pusat perlu mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kejutan kitaran ekonomi, gangguan yang tidak boleh diramalkan serta trend dan cabaran teknologi pada abad ini.
Persediaan menghadapi serangan teknologi, kegagalan sistem dan bencana semula jadi.
Sekiranya tiada pelan persediaan bagi menghadapinya, ia akan menelan kos yang sangat tinggi untuk membaikinya.
Selain itu, krisis-krisis ini akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi samada jangka pendek atau panjang.
Negara juga berkemungkinan bakal menghadapi krisis kewangan yang boleh melumpuhkan ekonomi.
Rizab antarabangsa adalah aset dalam mata wang asing yang disimpan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong kestabilan ekonomi dan mata wang ringgit. Ia berfungsi sebagai penampan semasa krisis kewangan, membolehkan kerajaan membayar import dan menguruskan hutang luar negara.
Rizab yang meningkat menandakan kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia. Ini biasanya menyokong pengukuhan ringgit dan aliran modal masuk ke Bursa Malaysia. Pelabur asing cenderung melabur di negara yang mempunyai rizab kukuh kerana ia mengurangkan risiko mata wang.
Secara umum, rizab dianggap mencukupi jika mampu menampung sekurang-kurangnya 3 bulan import negara. Rizab BNM biasanya melebihi paras ini, memberikan keyakinan kepada pasaran antarabangsa bahawa Malaysia mampu menghadapi kejutan ekonomi tanpa memerlukan bantuan luar.
BNM bertanggungjawab mengawal inflasi melalui dasar monetari, mengawalselia institusi kewangan, menguruskan rizab antarabangsa, dan memastikan sistem pembayaran negara berfungsi dengan lancar. Semua fungsi ini secara tidak langsung mempengaruhi persekitaran pelaburan di Malaysia.
Memahami peranan rizab antarabangsa dan dasar monetari BNM membantu pelabur membaca keadaan makroekonomi — faktor penting yang mempengaruhi pergerakan pasaran saham secara keseluruhan.
Buka akaun CDS untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia dengan pemahaman makroekonomi yang lebih kukuh.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk belajar asas pelaburan saham dari perspektif yang betul.
Bacaan lanjut: