Keadaan Pasaran Saham Malaysia Jatuh

Loading...

Keadaan pasaran saham Malaysia jatuh kini banyak dilaporkan oleh Akhbar-akhbar tempatan.
Antara headline yang menjadi topik utama akhbar tersebut ialah “pasaran saham merudum hanya jangka pendek”, “Malaysia satu-satunya pasaran saham Asia susut tahun ini” dan banyak lagi.
Sila rujuk di sini
Suasana pasaran saham di Bursa Malaysia kini amat merisaukan pelabur-pelabur tempatan.
Ini secara tidak langsung membuatkan mereka segera menjual semua saham-saham yang ada dalam pegangan mereka.
Antaranya ada yang menjual dalam posisi rugi, kerana tidak mahu terus menanggung kerugian (dengan mengamalkan konsep “cut-loss”).
Manakala, sebahagian yang lain pula menjual saham dalam pegangan walaupun masih lagi meraih untung yang terlalu sedikit.
Namun begitu, adakah semua pelabur mampu menjangkakan keadaan pasaran saham akan sentiasa berkembang dan kekal stabil seiring dengan perkembangan ekonomi di luar negara?
Atau mereka langsung tidak dapat meramalkan keadaan pasaran saham boleh jatuh sekelip mata?
Dalam hal ini, pelabur-pelabur sangat perlu melengkapkan diri dengan segala pengetahuan berkaitan pasaran saham samada dari segi fundamental mahupun teknikal analisis.
Ini penting sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal berlaku ketika pasaran saham merudum.
Ada segelintir pelabur yang baru nak berjinak dengan dunia saham tentu mencari-cari kelas saham yang murah dan berpatutan terutama sekali apa yang dipelajari mampu difahami dan dipraktikkan dengan mudah.
Melabur sahaja tanpa ada ilmu pengetahuan tidak cukup.
Ini menjadikan pelabur-pelabur berhenti melabur serta merta kerana tidak tahu bagaimana mengatasi serangan-serangan sentimen dari semua penjuru.
Sebenarnya, tindakan pelabur inilah yang menyebabkan pasaran saham semakin merosot dan seterusnya menyebabkan ketidakstabilan kepada ekonomi dalam dan luar negara.
Oleh itu, terdapat banyak indikator dalam memahami trend pasaran saham.
Untuk mempelajari semua indikator ini tentunya mengambil masa yang lama dan berhari-hari.
Pasaran saham boleh jatuh disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen negatif, ketidakstabilan politik, kelembapan ekonomi global, dan tindakan pelabur yang panik menjual saham secara besar-besaran.
Pelabur bijak tidak akan panik menjual — sebaliknya mereka akan mengkaji semula portfolio, mencari peluang untuk membeli saham berkualiti pada harga murah, dan memastikan mereka mempunyai ilmu yang cukup.
Tidak semestinya — kejatuhan pasaran saham adalah sebahagian daripada kitaran pasaran biasa dan pelabur yang berpengalaman tahu bahawa pasaran akan pulih semula dalam jangka panjang.
Antara indikator termasuk sentimen pasaran yang negatif, penurunan dalam indeks utama, peningkatan jualan bersih oleh pelabur asing, dan berita ekonomi negatif dari dalam dan luar negara.
Nak fahami lebih lanjut tentang pasaran saham dan bersedia untuk sebarang keadaan? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk mula melabur dengan ilmu, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan.
Bacaan lanjut: