RSI- Analisis Dengan Screener Mahersaham

Loading...

RSI atau nama penuhnya Relative Strength Index adalah indikator teknikal yang mengukur perubahan harga dalam masa tertentu untuk menganalisa keadaan di market capai oversold atau overbought.
Default setting ialah 14, iaitu perkiraan selama 14 hari.
Angka bawah 30 menunjukkan harga telah mencapai Oversold. Terlalu banyak penjualan menyebabkan harga menjadi terlalu murah atau underprice.
Angka atas 70 menunjukkan harga telah Overbought. Terlalu banyak pembelian menyebabkan harga menjadi terlalu tinggi atau overprice.
Pertama:
Layari laman web app Mahersaham di https://app.mahersaham.com/
Paparan seperti di bawah akan keluar, log in guna emel dan password anda bagi yang ada akaun.

Bagi mereka yang tiada akaun boleh gunakan akaun free yang di sediakan, pastikan anda sign up terlebih dahulu.
Kedua:
Setelah log in, anda akan masuk pada home page, klik pada screener dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.

Pelbagai indikator yang tersedia untuk anda, terpulanglah kepada anda nak guna indikator yang mana satu semasa membuat analisis.
Tetapi kali ini akan fokus kepada indikator RSI.
Pertama:
Klik pada indikator RSI cross up 30

Setelah itu, paparan seperti di bawah akan keluar.

Senarai di atas adalah kaunter-kaunter yang terlibat dengan indikator RSI cross up 30 pada waktu yang dinyatakan.
Kalau anda perasan, kaunter yang berada di dalam kotak berwarna merah mempunyai tanda [S].
Tanda tersebut merupakan tanda bahawa kaunter itu adalah Shariah-compliant.
Bagi kaunter yang tiada tanda [S], bermakna kaunter tersebut bukan Shariah-compliant.
Kedua:
Anda buka tab baru dan layari laman web https://www.tradingview.com/ .

Paparan akan seperti di atas akan muncul kemudian anda klik sign in bagi yang ada akaun.
Kepada mereka yang tiada akaun, anda boleh daftar secara percuma tetapi ada sedikit kekurangan la.


Terpulang pada anda nak sign in guna platform yang mana satu sama ada google, facebook, twitter atau mana-mana yang tersenarai pada gambar rajah di atas.
Setelah sign in, anda akan berapa pada home page, klik pada chart.

Paparan seperti di bawah akan keluar.

Ada beberapa perkara yang perlu di ubah, jika rujuk gambar rajah di atas.
Klik icon fx indicator –> di bahagian search taip RSI –> pilih Relative Strength Index.
Klik kat kotak biru kemudian taip nama kaunter yang anda nak cari berdasarkan indikator RSI cross up 30 dalam screener Mahersaham pada step pertama tadi.
Dalam artikel ni pilih kaunter AirAsia berdasarkaan nama-nama kaunter dalam step pertama.
Klik icon dalam kotak kuning kemudian tukar kepada Malaysia (MYX)
Setelah ubah, paparan akan berubah seperti di bawah ini.

Berdasarkan gambar rajah, dalam bulatan merah itulah yang di maksudkan dengan RSI cross 30.
Anda boleh rujuk video yang telah kami sediakan agar dapat memahami dengan lebih mendalam.
Pertama:
Klik pada indikator RSI cross up 70

Setelah itu, paparan seperti di bawah akan keluar.

Senarai di atas adalah kaunter-kaunter yang terlibat dengan indikator RSI cross up 70 pada waktu yang dinyatakan.
Kemudian ikuti step 2 dalam RSI cross up 30, kali ini kaunter yang di pilih adalah POHUAT.
Paparan seperti di bawah akan keluar.

Berdasarkan gambar rajah, dalam bulatan merah itulah yang di maksudkan dengan RSI cross 70.
Anda boleh rujuk video yang telah kami sediakan agar dapat memahami dengan lebih mendalam.
Semoga bermanfaat!
RSI atau Relative Strength Index ialah indikator teknikal yang mengukur kekuatan pergerakan harga saham dalam tempoh tertentu (biasanya 14 hari). Nilai RSI berjulat antara 0 hingga 100 — bacaan di bawah 30 menunjukkan keadaan oversold manakala bacaan melebihi 70 menunjukkan overbought.
RSI cross up 30 bermaksud nilai RSI melepasi paras 30 dari bawah ke atas, menandakan saham mungkin mula pulih dari keadaan oversold. RSI cross up 70 pula bermaksud RSI melepasi paras 70, menunjukkan momentum belian yang kuat tetapi juga isyarat bahawa saham mungkin sudah overbought.
Tidak digalakkan menggunakan RSI sahaja. RSI perlu digabungkan dengan indikator lain seperti MACD, moving average, dan analisis volume untuk mendapat gambaran yang lebih tepat. Menggunakan satu indikator sahaja boleh memberikan isyarat palsu (false signal).
Anda boleh menggunakan screener saham untuk menapis kaunter berdasarkan nilai RSI. Tetapkan parameter RSI yang dikehendaki (contoh: RSI bawah 30 untuk cari saham oversold), dan screener akan menyenaraikan semua kaunter yang memenuhi kriteria tersebut secara automatik.
Untuk mula menggunakan indikator RSI dalam dagangan saham, anda perlu mempunyai akaun CDS terlebih dahulu — buka akaun CDS anda di sini dan mula membuat analisis teknikal.
Baru nak belajar asas pelaburan saham? Dapatkan ebook asas saham percuma untuk memahami konsep asas sebelum mula berdagang.
Bacaan lanjut: