SC- Tuntutan Saman Sivil terhadap Dato’ Sreesanthan

SC- Suruhanjaya Sekuriti Menang Saman Sivil Dagangan
Hai! Artikel kali ini saya akan share pada anda semua mengenai sebuah kes yang telah lama berlaku, tetapi baru semalam 4 Nov Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah berjaya membuktikan tuntutan saman sivil terhadap Datuk Sreesanthan Eliathamby, 60
Kes ini yang telah membabitkan dagangan orang dalam.
Menurut kenyataan SC Suruhanjaya Sekuriti , Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan mendapati Sreesanthan telah melanggar Seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
Beliau memperolehi sejumlah 600,000 saham Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) antara 7 Jun 2006 dan 11 Julai 2006 sewaktu memiliki maklumat material bukan awam.

Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mendapati Sreesanthan memiliki maklumat material bukan awam berkaitan dengan cadangan penswastaan Worldwide oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor melalui skim pengaturan ahli di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Cadangan penswastaan Worldwide tersebut kemudiannya diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 23 Ogos 2006.
Dato’ Sreesanthan merupakan rakan kongsi kanan sebuah firma undang-undang dan bertindak sebagai penasihat undang-undang CIMB Investment Bank Bhd bagi cadangan penswastaan Worldwide.
Kes ini diklasifikasikan sebagai ‘Insider Trading’ Tahukah anda apa itu maksud Insider Trading??
Insider Trading
Insider Trading merupakan kesalahan besar dalam dunia pelaburan.
Hal ini kerana, saham suatu yang diregulasi. Ia dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti SC. Jika tidak ada sistem rules and regulations pastinya sangat mudah untuk semua orang mengeksploit sistem kewangan di Bursa Malaysia.
Seperti yang anda sedia maklum, syarikat yang senaraikan dalam Bursa Malaysia adalah untuk mendapatkan dana.
Kebiasaannya, harga saham syarikat akan naik jika ada news mengenai projek baru atau keuntungan syarikat tersebut meningkat.
Buat pengetahuan anda, ketika sesuatu syarikat mahu mengeluarkan quarter report atau keputusan quarter report, orang dalam sendiri sebenarnya sudah terlebih awal tahu mengenai sebarang news yang berkaitan.
Sebagai contoh news: Projek yang akan mereka perolehi sebelum buat pengumuman kepada pihak umum.
Mengikut syaratnya, selagi maklumat itu tidak didedahkan kepada umum, orang dalam pun tidak sepatutnya membeli saham tersebut.
Jadi bila keluar news saham tu dah naik, akan ada sesetengah pihak yang nak menjual. Jadi itu tidak boleh kerana ia bertindak atas maklumat yang belum diketahui oleh orang ramai.
Ia menjadi suatu kesalahan kerana berlaku tidak adil kepada pelabur pelabur runcit.
Tuntutan SC dan Penalti Sivil
Menurut Suruhanjaya Sekuriti, dengan keputusan yang memihak kepada tuntutan SC ini. Terdapat sejumlah bayaran yang perlu dibayar oleh Dato’ Sreesanthan.
Mahkamah memerintahkan Dato’ Sreesanthan untuk membayar kepada SC sejumlah RM1,989,402.00 iaitu jumlah yang bersamaan tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada dagangan orang dalam tersebut.
Di samping itu, Dato’ Sreesanthan telah diperintahkan untuk membayar penalti sivil sebanyak RM1,000,000 kepada SC dan dilarang menjadi pengarah dalam mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 10 tahun bermula 18 November 2020. Suruhanjaya sekuriti juga diberi bayaran kos sebanyak RM100,000.
Moga artikel kali ini dapat menambah pengetahuan mengenai isu semasa buat anda semua!
Salam Sejahtera.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu dagangan orang dalam (insider trading)?
Dagangan orang dalam berlaku apabila seseorang individu membeli atau menjual saham berdasarkan maklumat material yang belum diketahui umum. Ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang sekuriti kerana mewujudkan ketidakadilan kepada pelabur runcit.
Apakah peranan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia?
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertanggungjawab mengawal selia dan membangunkan pasaran modal negara. SC memastikan pasaran beroperasi secara adil, teratur dan telus serta melindungi kepentingan pelabur daripada aktiviti penipuan dan manipulasi pasaran.
Apakah hukuman bagi kesalahan dagangan orang dalam di Malaysia?
Hukuman termasuk penalti sivil sehingga tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh, denda tambahan, larangan menjadi pengarah syarikat tersenarai awam, dan juga boleh dikenakan tindakan jenayah termasuk penjara.
Bagaimana pelabur runcit boleh melindungi diri daripada manipulasi pasaran?
Pelabur runcit boleh melindungi diri dengan membuat kajian sendiri, tidak bergantung kepada 'tips' daripada sumber tidak sah, memahami analisis fundamental dan teknikal, serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Suruhanjaya Sekuriti.
Jom mulakan perjalanan pelaburan saham anda dengan membuka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini.
Dapatkan ebook percuma Mahersaham untuk mempelajari asas pasaran saham dengan mudah.
Bacaan lanjut: