Sebab Syarikat Nak Tersenarai di Bursa Malaysia

Loading...

Menjadi syarikat berdaftar di pasaran saham Bursa Malaysia adalah cita-cita yang diimpikan oleh ramai usahawan. Ini kerana keuntungan yang besar boleh diperoleh apabila syarikat berjaya disenaraikan di pasaran saham. Di Malaysia, pasaran sahamnya ialah Bursa Malaysia. Terdapat beberapa sebab mengapa sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat yang tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia.
Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham akan memperoleh dana daripada penjualan saham kepada orang awam ketika proses IPO dilaksanakan. Dengan memperoleh dana, syarikat boleh membiayai projek-projek baru, memperluaskan pasaran, dan meningkatkan kemampuan untuk bersaing.

Tidak lupa juga, dengan modal yang diperolehi, kebanyakan syarikat juga menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang yang ada. Dengan cara ini, syarikat dapat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka dan mencapai matlamat mereka lebih cepat.

Disenaraikan di pasaran saham membolehkan syarikat untuk meningkatkan profil mereka. Mereka boleh mendapat liputan media yang lebih meluas dan diiktiraf sebagai syarikat yang berkualiti tinggi.
Ini akan memberi keyakinan kepada pelanggan, pembekal, dan pelabur mengenai kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

Syarikat yang disenaraikan di pasaran saham akan dianggap sebagai syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi. Ini akan membuat syarikat lebih menarik untuk bakal pekerja yang berkualiti tinggi.
Selain itu, syarikat juga boleh menawarkan skim saham pekerja (atau nama yang lebih dikenali ‘Employee Share Option Scheme’ (ESOS). Saham yang diberikan kepada pekerja boleh menjadi insentif untuk meningkatkan prestasi pekerja dan kesetiaan mereka kepada syarikat.
Proses untuk disenaraikan di pasaran saham memerlukan syarikat untuk memperbaiki struktur korporat mereka dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Ini akan membantu syarikat membangunkan sistem pengurusan dan kawalan yang lebih kukuh, dan memastikan bahawa syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk memperoleh dana bagi mengembangkan perniagaan, meningkatkan profil korporat, menarik pekerja berkualiti, dan memperbaiki struktur pengurusan syarikat mereka.
Syarikat perlu mempunyai rekod kewangan yang kukuh, prospek perniagaan yang baik, dan struktur korporat yang memenuhi standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Main Market adalah untuk syarikat yang lebih besar dan kukuh dari segi kewangan, manakala ACE Market lebih sesuai untuk syarikat baru atau sederhana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.
Pelabur perlu membuka akaun CDS dan akaun trading melalui broker yang berdaftar. Selepas itu, mereka boleh membeli dan menjual saham syarikat tersenarai melalui platform trading.
Nak mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia? Buka akaun CDS bersama Mahersaham hari ini dan dapatkan bimbingan eksklusif. Muat turun juga ebook percuma asas pelaburan untuk memahami selok-belok pelaburan saham.