Semak Akaun CDS Yang Kita Ada

Loading...

Pernah Ada Akaun CDS, Tapi Dah Lupa?

.
Zaman sekarang hampir semua orang sudah ada akaun CDS. Mungkin anda pernah buka sebab ikut kawan, atau dulu pernah nak belajar tapi berhenti di tengah jalan.
.
Anda tak ingat anda buka dulu-dulu dengan Maybank Investment Bank ke, Kenanga ke ataupun Mplus (Malacca Securities Sdn Bhd)
.
Maka langkah pertama sekali anda perlu install aplikasi Bursa Anywhere dan semak akaun CDS anda yang sudah ada. Anda boleh ikuti guide Bursa Anywhere di sini https://www.bursamarketplace.com/…/asset…/onboarding.pdf
.
Jika anda belum ada akaun CDS dengan Mplus lagi, boleh daftar di Buka Akaun CDS Dengan Maher Alias Untuk Dapat Pelbagai Manfaat.
.
Ini adalah paparan sekiranya anda berjaya install aplikasi Bursa Anywhere :

.
1. Paparan Utama akan menunjukkan senarai akaun CDS yang anda ada dengan broker-broker di Malaysia
2. Jika ditekan salah satu akaun tersebut, anda akan dibawa kepada paparan portfolio yang ada dalam akaun CDS tersebut

.
Dalam proses ini, saya juga belajar sesuatu.
Dengan melihat portfolio menggunakan Bursa Anywhere, saya boleh susun portfolio ikut Nilai Saham (Securities Value) dan juga ikut Perubahan Harga Harian (Daily Change %)
.
Ini adalah satu ciri yang saya kira dapat membantu kita kenal pasti saham mana yang dalam portfolio kita naik banyak hari ini atau jatuh banyak pada hari ini.
.
Jika anda belum ada akaun CDS, dan ingin saya guide anda, boleh ke Daftar Akaun CDS.
Anda boleh semak melalui aplikasi Bursa Anywhere yang boleh dimuat turun secara percuma. Selepas login, paparan utama akan menunjukkan senarai semua akaun CDS yang aktif di bawah nama anda.
Bursa Anywhere ialah aplikasi rasmi Bursa Malaysia yang membolehkan pelabur menyemak portfolio, akaun CDS, dan maklumat pelaburan mereka di mana-mana sahaja melalui telefon pintar.
Ya, anda boleh mempunyai beberapa akaun CDS dengan broker yang berbeza. Setiap broker biasanya hanya membenarkan satu akaun CDS sahaja di bawah nama anda.
Gunakan aplikasi Bursa Anywhere untuk menyemak semua akaun CDS aktif anda. Anda juga boleh menghubungi broker anda atau Bursa Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mengetahui status akaun CDS anda adalah langkah pertama untuk menguruskan pelaburan saham dengan lebih teratur.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.