Semak Siapa Remisier Saya
Pertama sekali anda kena tahu akaun CDS yang anda ada dan akaun CDS itu berada di bawah broker mana.
Kebiasaannya satu broker hanya akan ada satu akaun CDS sahaja. Untuk semak akaun CDS anda anda boleh install aplikasi Bursa Anywhere app.
Setelah anda tahu cds anda dengan broker mana sila hubungi broker anda tersebut dengan pergi ke laman web broker anda.
Anda Ada Akaun CDS Dengan Mplus
Jika broker anda adalah Mplus ataupun Malacca Securities Sdn Bhd maka anda boleh teruskan langkah berikut.
1. Buat carian dalam emel anda
Buat carian dalam e-mel anda untuk e-mel yang datang daripada support@mplusonline.com.my. Biasanya emel-emel awal yang anda dapat ada menulis siapakah remisier anda.
2. Login Di Mplusonline.com.my Dengan PC
Anda boleh login in Mplus Online di PC atau laptop dengan pergi ke laman web mplusonline.com.my kemudian setelah berjaya login pergi ke bahagian My Account > My Profile.
3. Semak Maklumat Dalam Aplikasi Mplus Global
Jika anda menggunakan aplikasi Mplus Global anda boleh pergi ke menu Me dan kemudian pergi ke bahagian My Dealer’s Representative. Anda akan dapat lihat siapakah anda punya remisier di situ.
Jika belum ada akaun Mplus Global boleh daftar di https://mahersaham.onpay.my/order/form/cdsmplus/website dan anda akan dihalakan kepada whatsapp untuk panduan selanjutnya.