GUNA APP SETEL UNTUK ISI MINYAK DI PETRONAS

Loading...

Sekali dengar perkataan Setel apa yang anda tahu?
Tahukah anda Setel adalah satu App dengan kerjasama stesen minyak Petronas bagi memudahkan pelanggan mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter lagi.
Macam mana tu? Macam pelik kan. Tapi betul ini bukan cakap kosong ya. Dengan hanya menggunakan App ini, pelanggan pergi ke pam minyak, bayar dalam kereta sahaja dan dapat isi minyak terus. Nak full tank pun boleh bosku, tiada hal.
Jika tidak dahulu leceh nak kena keluar kereta pergi kaunter bayaran. Kalau guna kad debit atau kredit pun masih perlu keluar kereta untuk cucuk kad di mesin pam minyak. Betul?
Tetapi, menggunakan App Setel ini boleh jimatkan masa anda lebih-lebih lagi jika menjelang musim perayaan. Mana tidaknya, bila musim cuti sekolah atau musim perayaan confirm banyak stesen minyak yang penuh kerana semua orang nak isi minyak.
Mesti ada yang tertanya-tanya selamatkah guna telefon semasa di pam minyak?
Walaupun perkhidmatan Setel memudahkan pelanggan melakukan pembelian minyak petrol tanpa ke kaunter lagi, namun keselamatan juga perlu diutamakan.
Bagi langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan Setel HANYA DI DALAM KENDERAAN SAHAJA dan BUKAN KETIKA BERADA DI LUAR KENDERAAN.
App ini amat digalakkan kepada pelanggan Petronas kerana ianya sangat mudah dan mesra pengguna. Sebab apa tahu tak?
Dengan hanya menggunakan App ini, anda boleh pantau kos penggunaan minyak anda secara bulanan atau mingguan.
Segala transaksi pembelian minyak akan direkodkan dan disimpan dalam bentuk PDF sahaja. Nak Download pun boleh!
Jadi setiap bulan anda boleh cek terus perbelanjaan minyak petrol yang telah anda gunakan. Best kan.
Jadi anda boleh ikut cara-cara berikut guna App Setel untuk isi minyak di Petronas
Pergi ke App Store dan search ‘SETEL’. Kemudian klik Install. Selasai install app Setel klik ‘Open’.

Untuk pertama kali menggunakan App ini perlu Register terlebih dahulu. Klik ‘Register’

Isikan details nama penuh, nombor telefon, alamat email dan Password. Dibahagian Promo code masukkan KOD ‘ufbcc’. Dengan menggunakan KOD ini, anda akan mendapat FREE RM5 selepas guna App Setel untuk isi minyak.
Selepas selesai klik ‘Register’.

Kemudian masukkan 6 digit kod pengesahan yang diberikan melalui sms nombor telefon anda

Selepas selesai, klik ‘Allow Location’. Kemudian klik ‘Create PIN’. Set pin nombor anda dan masukkan sekali lagi nombor pin yang sama sebagai langkah keselamatan

Anda boleh aktifkan fingerprint anda setiap kali pembelian minyak di stesen. Jika berminat klik ‘TURN ON’. Kemudian confirm kan cap cari anda

Anda juga boleh setkan nombor kad kredit atau kad debit untuk topup duit ke dalam App Setel. Jika tidak berminat klik sahaja skip

Klik ‘Get Started’. Anda klik pada butang ‘locate’ dan kemudian Setel akan keluarkan cadangan lokasi Petronas yang berdekatan dengan anda.

Untuk topup secara Online Banking, klik pada pilihan ‘Payments’.

Kemudian pilih Top-up >> Online Banking >> pilih Amount >> pilih Bank >> klik Proceed

Selesai Top-up!

Untuk buat pembelian minyak di stesen minyak, klik ‘Purchase Fuel’ >> Got It >> pilih nombor pam minyak >> masukkan Amount harga minyak atau Full tank.

Tunggu sehingga siap minyak diisi. Yang bestnya selepas selesai anda boleh terus semak point mesra yang diperoleh dan resit minyak anda. Senang dan cepat.

Dengan hanya mengisi minyak menggunakan Setel anda boleh buat pengiraan jumlah minyak bulanan anda setiap bulan dengan transaksi yang disimpan dalam App ini.
Contohnya, anda boleh semak semula resit dalam App ini sebagai catatan anda. Maka dengan cara ini dapat menjaga budget perbelanjaan bulanan dan pengurusan kewangan anda.
Ada Setel semuanya Settle!
Selain menggunakan app ini untuk mengisi minyak di Petronas, anda juga layak mempunyai pegangan saham Petronas iaitu saham Petronas Dagangan (PETDAG) dan Petronas Gas (PETGAS) di Bursa Malaysia.
Macam mana nak ada pegangan saham Petronas ni?
Kena lah beli saham kan.
Setel ialah aplikasi mudah alih kerjasama dengan stesen minyak Petronas yang membolehkan pengguna mengisi minyak, membuat pembayaran, dan mengumpul mata ganjaran tanpa perlu beratur di kaunter.
Ya, walaupun PETRONAS sendiri tidak tersenarai di bursa, anda boleh membeli saham anak syarikatnya seperti Petronas Dagangan (PETDAG) dan Petronas Gas (PETGAS) di Bursa Malaysia.
Status patuh syariah bergantung kepada senarai terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia — pelabur perlu merujuk senarai patuh syariah terbaru sebelum membuat keputusan pelaburan.
Kelebihan Setel termasuk kemudahan isi minyak tanpa tunai, penjejakan perbelanjaan minyak bulanan, pengumpulan mata ganjaran Mesra, dan kemudahan pembayaran di kedai Petronas.
Selain menggunakan app Setel, anda juga boleh memiliki pegangan saham anak syarikat Petronas di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: