Short Selling di Bursa Malaysia-IDSS

Loading...

Short selling merupakan urus niaga menjual dahulu sebelum membeli.
Kebiasaannya, pelabur (contohnya pelaburan saham di Bursa Malaysia) perlu mempunyai pegangan saham terlebih dahulu sebelum boleh menjual.
Secara logiknya pun macam mana kita nak jual barang yang bukan milik kita betul tak.
Tetapi, dalam short sell urus niaga beli dan jual ini terbalik. Maksudnya, pelabur jual dahulu saham dan kemudian baru beli saham tersebut.
Hah macam pening kan.
Dalam kes ini, pelabur bermula dan berakhir dengan tiada pegangan saham.
Short selling membolehkan trader membuat untung dalam keadaan market yang merudum jatuh.
Jadi short sell berlaku apabila pelabur meminjam saham daripada broker mereka dan jual saham tersebut.
Kemudian, pelabur mesti beli semula saham yang sama untuk menggantikan saham yang dipinjamnya tadi.
Pelabur menjangkakan harga saham akan jatuh. Jadi saham tersebut boleh dibeli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual pada mulanya.
Jika ini berlaku, maka pelabur akan memperoleh keuntungan daripada;
Harga jual – Harga beli semula
Short sell selalunya sesuai untuk trader otai. Newbie dan pelabur jenis mid-term atau long-term tidak digalakkan kerana short sell mesti berlaku secara intraday.
Contohnya, anda short sell saham X pada pagi setelah pasaran saham dibuka. Kemudian anda mesti dapat beli balik saham X sebelum pasaran ditutup pukul 5 petang iaitu pada hari yang sama.
Sekiranya gagal, pelabur perlu meminjam saham daripada pemberi pinjaman saham yang berlesen dan diluluskan oleh Bursa Malaysia. Atau dipindahkan dari akaun CDS yang lain.
Menurut peraturan, trader yang meminjam dari pemberi pinjaman berlesen mesti pulangkan semula saham tersebut pada T6. Manakala peminjam perlu membeli semula saham dalam T6.
Pengumuman oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia pada tahun 2018 yang lalu telah melancarkan Intraday Short Selling (IDSS).
Pelancaran semula IDSS ini adalah merupakan usaha untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran tempatan.
Sebelum terlibat dalam apa jua urus niaga, kita mesti ambil tahu hukumnya dahulu.
Persoalannya bolehkah kita menjual sesuatu yang tidak dimiliki?
Nabi SAW menyebut,
“Janganlah kamu menjual barang yang tidak kamu miliki”
Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan.
(Dr Ma’bad Ali Al- Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ; Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269)
Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling, RSS), ia adalah Harus.
… SAC at its 69th meeting on 18 April 2006 resolved that regulated short selling (RSS) is in line with the Shariah as the inclusion of SBL principles in RSS eliminates the element of gharar.
Short selling adalah strategi menjual saham yang dipinjam terlebih dahulu dengan harapan harganya akan turun, kemudian membeli semula pada harga lebih rendah untuk memulangkan pinjaman dan meraih keuntungan daripada perbezaan harga.
IDSS (Intraday Short Selling) membenarkan pelabur membuat short selling dalam tempoh satu hari dagangan sahaja. Saham yang dijual mesti dibeli semula sebelum penutupan pasaran pada hari yang sama.
Menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, regulated short selling (RSS) adalah harus kerana ia terkawal dan menghapuskan elemen gharar melalui prinsip Securities Borrowing and Lending (SBL).
Risiko utama ialah kerugian yang tidak terhad jika harga saham naik berbanding jangkaan, kos pinjaman saham, dan risiko dipaksa membeli semula (short squeeze) jika saham naik mendadak.
Memahami pelbagai strategi dagangan seperti short selling membantu anda menjadi pelabur yang lebih versaatil di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula berdagang saham di Bursa Malaysia dengan pelbagai strategi pelaburan.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami asas dagangan saham termasuk strategi beli dan jual yang berkesan.
Bacaan lanjut: