Soft Skill untuk Capai Simpanan 8 Juta Dolar
<p>. Dalam posting saya kali ni, saya tertarik nak berkongsi mengenai kisah seorang lelaki Bernama ‘Ronald Read’. Famous ke dia ni? Boleh dikatakan famous juga pada waktu tu dan saya…</p>

.
Dalam posting saya kali ni, saya tertarik nak berkongsi mengenai kisah seorang lelaki Bernama ‘Ronald Read’. Famous ke dia ni? Boleh dikatakan famous juga pada waktu tu dan saya yakin ramai orang dah pernah dengar tentang kisah dia, dan mungkin juga ada yang terlupa.
.
1. Siapa ‘Ronald Read’?
.
‘Ronald’ mula terkenal selepas dia meninggal, pada tahun 2014. Sebelum meninggal, tak ada sorang pun peduli pasal hidup dia. Pekerjaan dia hanyalah seorang ‘janitor’ iaitu orang yang bertanggungjawab menjaga kebersihan bangunan termasuk mencuci tandas.
.
Setelah dia meninggal, barulah orang ramai sedar dia punya simpanan dah cecah 8 juta dolar. Waktu cerita ni keluar, semua orang terkejut yang seorang ‘janitor’ pun boleh simpan duit sebanyak tu. Kalau tak silap ada diceritakan dalam sebuah buku yang ditulis oleh Morgan Housel, yang berjudul ‘Psychology of Money’. Walaupun kisah ni wujud 1 dekad yang lalu, ianya patut dijadikan sebagai inspirasi kepada kita semua tentang tabiat menyimpan duit.

.
2. Refleksi & Inspirasi Diri
.
Saya yakin, ramai orang termasuk diri saya sendiri memang simpan duit secara konsisten, tapi berapa banyak duit simpanan yang ada dan kalau ikut pengiraan sebelum kita pencen, adakah kita berjaya simpan amaun sebanyak 8 juta dolar atau kurang daripada tu?
.
Dan kisah ini sebenarnya membakar semangat ramai orang untuk ada banyak simpanan sebelum hari tua atau pencen, dan ramai juga golongan pekerja awam mahupun swasta yang rasa tercabar. Kalau ikutkan, yang bukan kerja janitor, sepatutnya boleh dapat lebih dari tu.
.
3. Rahsia Gaya Hidup Sederhana
.
Dia bukan menang loteri atau dapat harta pusaka pun. Dia cuma simpan duit setiap bulan secara konsisten selama bertahun-tahun sehinggalah dia meninggal dunia. Kalau fikir logik, mustahil dia boleh simpan banyak tu kalau dia amalkan gaya hidup mewah. Jadi, gaya hidup dia mestilah tak mewah macam orang lain.
.
Kalau compare dengan gaya hidup kebanyakan orang contohnya golongan T20, mungkin jauh beza, nampak jiran pakai kereta mewah, teringin nak pakai mungkin sebab ‘jealous’ atau memang terfikir nak beli kereta baru. Tapi kalau kita sentiasa muhasabah diri, sebenarnya yang lebih penting ialah kita dapat penuhi segala keperluan asas pun dah lebih dari cukup. Tak perlu nak bersaing dengan orang lain. Kalau kita selalu bandingkan diri dengan orang lain, kita takkan pernah rasa cukup.
.
Sedar atau tak, semua orang ada ‘preference’ masing-masing. Iaitu, perkara yang dia suka takkan pernah sama dengan orang lain. kalau laki bini jenis yang berada, bila ‘time’ laki bawa bini pergi ‘shopping’, kalau nak beli beg tangan, gelang dan sebagainya, asyik nak yang ‘high class’ atau yang ‘standard’. Jadi, si suami kenalah melayan kehendak si isteri sekali sekala. Kalau selalu sangat pun boleh rabak duit poket tu. Begitulah senario bagi yang dah berumahtangga.
.
Sementara orang lain yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak berapa nak ada duit, dan kurang mampu, akan sentiasa cari jalan simpan duit walau sesen pun yang dia dapat. Semuanya bergantung kepada latar belakang dan taraf hidup masing-masing. Kalau seseorang tu beli barang yang dia rasa harga barang tu murah, sebenarnya mahal untuk orang lain.
.
4. ‘Soft Skill’ dalam Pengurusan Kewangan
.
Selain itu, saya rasa kisah dia memang membuka mata orang ramai tentang betapa pentingnya pengurusan kewangan dan pelaburan. Kata ‘Morgan Housel’, iaitu penulis buku “Psychology of Money’, menyifatkan ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan sebagai suatu skil atau kemahiran yang tidak sama seperti ilmu sains. Ia adalah ‘soft skill’, yang penting untuk dipelajari berbanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain.
.
Sebenarnya, ‘soft skill’ tu memang dah lama ada dalam diri setiap orang. Antara ‘soft skill’ dalam pengurusan kewangan ialah cara macam mana kita nak cari duit supaya kita boleh beli barang yang kita nak. Selain itu, nak buat ‘decision’ untuk beli barang pun adalah ‘soft skill’, samada kita berpuas hati dengan barang tersebut, berbaloi tak dengan harga yang dibayar.
.
5. Pelaburan Saham dan ‘Risk Appetite’
.
Ada juga ramai orang yang sedang mencari-cari instrumen kewangan yang boleh menjana keuntungan yang sama dengan simpanan ‘Ronald Read’. Walaupun ada banyak instrumen kewangan di luar sana yang boleh memberikan pulangan secara konsisten, setiap orang kena ada skil dan kemahiran nak pilih instrumen yang berbaloi dan bijak buat keputusan yang terbaik untuk masa depan diri sendiri. Kalau yang dah berkeluarga, kena fikirkan masa depan semua ahli keluarga secara kolektif.
.
Sama seperti pelaburan, menilai kaunter-kaunter saham yang berkualiti dan boleh memberikan pulangan yang tinggi juga memerlukan ‘soft skill’ untuk membuat keputusan yang tepat dan berbaloi. Nak buat ‘decision’ pun kena ambil kira risk appetite masing-masing. Sebagai contoh, ada orang suka ambil risiko dengan melabur jumlah modal yang besar untuk dapat hasil keuntungan yang lebih tinggi, dalam tempoh yang lebih lama.
.
Saya bagi contoh, kalau 10 tahun lepas kita nampak kaunter saham A memang boleh untung banyak, kita mesti akan masuk semua modal kita ‘all-in’ dalam kaunter tu dan mungkin sekarang dah dapat banyak untung. Tapi, waktu tu, adakah mental kita dah cukup bersedia nak rugi kesemua modal, kalau nilai saham tiba-tiba jatuh lebih 80% lepas 10 tahun?
.
‘Risk appetite’ bagi orang yang melabur dalam ‘private mandate’, mungkin nak rasa lebih selamat dan tak nak ambil risiko. Kadang-kadang, jumlah modal yang dilaburkan besar, tak semestinya akan dapat kadar pulangan yang tinggi sebab ianya bergantung kepada kadar pulangan dividen tahunan, ditentukan oleh institusi yang menguruskan dana pelaburan tersebut.
.
Berbeza kalau kita labur dan beli saham secara individu tanpa ada ‘middlemen’. Sesetengah saham syarikat yang kita laburkan berpotensi menghasilkan jumlah keuntungan yang besar sehingga 100-300% dalam masa setahun walaupun jumlah modal yang dilaburkan kecil atau sederhana.
.
6. Diversifikasi Risiko & Konsep ‘Compounding’
.
Pelaburan saham memang berisiko tinggi, tapi kita boleh kawal risiko kehilangan modal kalau kita bahagikan untuk labur dalam beberapa saham syarikat. Misalnya, kalau kita ada modal sebanyak RM5,000, RM1,000 untuk syarikat A, dan RM 2,000 untuk syarikat B dan selebihnya dalam syarikat C. Ini dipanggil sebagai risk diversification.
.
Saya yakin kebanyakan orang tahu konsep compounding. Iaitu nilai akhir yang didarabkan dengan kadar pulangan tetap. Konsep yang sama boleh digunapakai dalam pelaburan saham di mana apabila kita ‘top-up’ modal yang kita ada untuk melabur dalam sesuatu kaunter, secara tak langsung, nilai pelaburan saham kita juga akan meningkat.
.
Ini salah satu cara macam mana kita boleh gandakan duit simpanan kita supaya semakin bertambah setiap tahun. Simpanan di sini, dalam erti kata lain, ialah duit simpanan yang dilaburkan dalam saham syarikat, bukan simpanan semata-mata dalam akaun bank tanpa menerima apa-apa hasil pulangan.
.
7. Pelajaran daripada kisah ‘Ronald Read’
.
Moral of the story, pengurusan kewangan dan pelaburan sebenarnya jauh lebih penting daripada kebijaksanaan seseorang. Kalau orang tu bijak dalam sesuatu bidang ilmu sekalipun, ia tidak menjamin yang dia sebenarnya bijak mengurus kewangan dan pelaburannya dengan baik.
.
Manakala, orang yang tak ada diploma dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta ataupun tidak bekerja dengan mana-mana syarikat pelaburan sekalipun, masih boleh ada simpanan yang banyak sekiranya dia bijak mengatur kewangan dan pelaburan.
.
8. Pelajaran dari Buku ‘Psychology of Money’
.
Ada beberapa perkara yang saya belajar daripada buku ‘Psychology of Money’. Antaranya adalah bersiap sedia untuk nak hadapi sebarang kemungkinan. Contohnya, pasaran saham jatuh teruk masa pandemik Covid-19 haritu.
.
Masa tu, ramai orang panik, dan jual saham-saham yang mereka pegang. Mungkin ada segelintir yang masih bertahan sehinggalah Covid-19 reda. Akhirnya, nilai saham pun kembali stabil macam biasa. Banyak juga berita-berita yang negatif masa pandemik yang buatkan orang ramai mudah terpengaruh. Bila dengar orang cakap pasal nilai sesuatu saham akan jatuh terus menerus, terus percaya bulat-bulat. Tapi, apa yang kita sangka tak semuanya betul.
.
Jadi, dalam pasaran saham, akan sentiasa ada fasa turun naik dan ada masa-masa saham jadi tak stabil. Itulah harga yang perlu kita bayar kalau nak melabur dalam pasaran saham. Kalau rasa takut rugi dalam pelaburan saham, carilah ilmu dengan mula buka akaun CDS dengan saya, untuk mantapkan skil dan kemahiran melabur. Adalah lebih baik beranikan diri untuk ambil risiko dan belajar melabur saham daripada langsung tak dapat apa-apa keuntungan.
.
Boleh klik link di bawah untuk buka akaun CDS, dan saya akan ajar skil pelaburan saham secara PERCUMA khas untuk klien-klien yang buka akaun CDS dengan saya.
.
.
Jom belajar melabur dengan saya sekarang! Jika anda rasa perkongsian ini menarik, klik butang like, share dan komen di Facebook.