Struktur Pasaran Saham Terbuka (Bursa Malaysia)

Loading...

Mungkin ada yang tidak begitu jelas berkaitan dengan ‘struktur pasaran saham terbuka’. Ada yang terlibat dalam dunia saham namun tidak dapat mendapat keseluruhan pandangan terhadap dunia pelaburan saham ini.
Sejak akhir-akhir ini, lebih ramai rakyat Malaysia yang celik berkaitan pasaran saham. Ini satu perkara yang positif dan ini juga salah satu matlamat penubuhan Mahersaham iaitu ingin mencelikkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya terhadap pelaburan saham.
Jadi dalam artikel ini, saya akan menerangkan secara dimanakah kedudukan pelabur, remisier, syarikat, broker dan Bursa Malaysia.

Disebalik syarikat ialah bisnes dan perniagaan yang dijalankan untuk mendapat keuntungan daripada produk ataupun servis yang ditawarkan. Terdapat banyak syarikat yang didaftarkan di Malaysia. Namun, untuk disenaraikan secara awam di Bursa Malaysia, syarikat perlu memohon dan terdapat kriteria yang melayakkan mereka untuk disenaraikan.
Untuk disenaraikan, ada proses yang dipanggil sebagai Initial Public Offering (IPO). Disinilah syarikat akan dapat modal yang dikumpul secara awam daripada pelabur-pelabur.
Antara contoh syarikat terkenal yang disenaraikan adalah : Petronas Dagangan Berhad, Nestle Berhad, UMW, Public Bank dan banyak lagi.
Bursa Malaysia (sebelum ini dikenal sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur, BSKL) adalah bursa saham utama di Malaysia.
Syarikat yang memerlukan dana, boleh menawarkan saham mereka untuk dibeli oleh orang awam dengan menyenaraikan syarikat di Bursa Malaysia. Disinilah para pelabur membeli dan menjual pemilikan saham.
Bursa Malaysia boleh dikatakan sebagai pengantara pelabur dan juga syarikat.
Istilah ‘broker’ dalam pasaran pelaburan saham merujuk kepada mana-mana syarikat berdaftar yang menjadi pengantara pelabur dan juga Bursa Malaysia.
Pelabur tidak boleh membeli pemilikan saham secara terus daripada Bursa Malaysia. Proses membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia perlu melalui syarikat pengantara yang digelar sebagai ‘broker’.
Syarikat inilah yang akan menyediakan platform untuk kita berjual beli saham.
Antara Syarikat Broker/ Investment Bank yang terdapat di Malaysia ialah Malacca Securities Sdn Bhd (Mplus), Maybank Investment Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad dan beberapa lagi.
Untuk membuat pembelian saham, pelabur perlu terlebih dahulu mempunyai akaun CDS. Pelabur boleh membuka akaun CDS melalui mana-mana syarikat broker atau investment bank yang berdaftar. Proses ini akan diuruskan oleh Remisier ataupun Dealer yang mewakili syarikat Broker.
Seperti saya, Maher Alias merupakan Remisier Berlesen yang berdaftar untuk Broker Mplus. Untuk menjadi dealer atau remisier, perlu mempunyai lesen yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti inilah yang akan memantau dari segi undang-undang segala pergerakan dalam dunia pelaburan di Malaysia.
Beza antara Dealer dan Remisier pula adalah, Dealer akan dibayar gaji secara tetap oleh syarikat broker manakala Remisier pula lebih independent, komisyen berdasarkan jumlah trade yang dilakukan oleh pelabur yang mendaftar dibawah mereka.
Pelabur inilah orang awam yang berjual beli saham di pasaran Bursa Malaysia. Untuk menjadi pelabur, anda perlu mempunyai akaun CDS yang boleh didaftar di Daftar Akaun CDS
Mungkin ramai yang tidak tahu secara keseluruhan keadaan pasaran di Malaysia khususnya. Jadi, dengan mengetahui gambaran tentang pasaran ini, kita akan faham bahawa pelaburan saham di Bursa Malaysia ini adalah dilindungi dan selamat.
Kita juga boleh terhindar daripada di 'scam' oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Bursa Malaysia ialah bursa saham rasmi di Malaysia yang menyediakan platform untuk syarikat tersenarai berjual beli saham secara terbuka. Ia dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Akaun CDS (Central Depository System) ialah akaun yang menyimpan rekod saham yang anda miliki. Ia wajib ada sebelum anda boleh membeli saham di Bursa Malaysia. Buka akaun CDS anda di sini.
Dealer dibayar gaji tetap oleh syarikat broker, manakala Remisier lebih independent dan mendapat komisyen berdasarkan jumlah dagangan pelabur yang berdaftar di bawah mereka.
Langkah pertama ialah membuka akaun CDS melalui broker berdaftar. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan langkah demi langkah bermula dari sifar.
Fahami struktur pasaran saham Malaysia dengan lebih mendalam. Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap pelaburan dari A hingga Z. Sudah bersedia? Buka akaun CDS sekarang dan mula melabur di Bursa Malaysia dengan selamat.