TABUNG HAJI ONLINE THiJARI APLIKASI DIGITAL

Loading...

Tabung haji Online THiJARI sangat membantu masyarakat terutamanya kepada pemegang akaun tabung haji sendiri.
Dikala semua servis sekarang kebanyakannya beralih kepada akses digital, Tabung Haji juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan Online THiJARI.
THiJARI adalah satu Aplikasi yang diperkenalkan oleh Tabung Haji bagi memudahkan pemegang akaun mengakses Akaun Tabung Haji secara Online.
Aplikasi ini membolehkan pengguna menguruskan semua hal berkaitan tabung haji tanpa sempadan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Kepada pemegang akaun tabung haji yang terpaksa keluar rumah untuk berurusan di kaunter akan lebih mudah dengan THiJARI kerana tidak perlu lagi keluar.
Teknologi digital THiJARI yang dilancarkan oleh Tabung haji ini membolehkan pendeposit dan Jemaah haji dapat berurusan dengan cepat dan menjimatkan masa.
THiJARI menyediakan perkhidmatan seperti:
1. Semua urusan berkaitan Deposit.
Sebagai contoh, anda boleh semak baki, pindahkan wang, penyata akaun termasuk dividen dan bonus tahunan serta kemaskini akaun.
2. Urusan berkaitan Haji.
Contohnya semakan status haji, pendaftaran haji, slip pendaftaran haji dan surat jadual penerbangan.
3. Melakukan urusan berkaitan Kelab Taha seperti status pendaftaran.
Ikut langkah dibawah untuk mendaftar Tabung Haji Online THiJARI.
Sebelum menggunakan perkhidmatan THiJARI, pendeposit perlu kemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu seperti Nombor Kad Pengenalan, Nombor Akaun Tabung Haji, Nombor telefon dan lain-lain di mana-mana Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.
Paling penting sekali pastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul supaya Nombor TAC dapat dihantar ke nombor telefon anda.
Pergi ke Laman Web Rasmi THiJARI dan daftar.
Masukkan 3 maklumat yang diperlukan:
1. Kad Pengenalan
2. Nombor Akaun Tabung Haji
3. Jika sepadan dengan details yang telah didaftarkan, masukkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan semasa di kaunter tadi
Semak maklumat yang telah dimasukkan tadi. Kemudian sahkan dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda.
Seterusnya isikan butiran yang diperlukan.
Anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI.
Maka daftarlah THiJARI sekarang!
Tak perlu lagi keluar rumah, jimat masa, dapat akses tanpa sempadan dan semuanya di hujung jari sahaja.
Namun kepada pengguna Online Banking, anda masih boleh transfer duit menggunakan Tabung Haji Online untuk semua jenis bank.Tetapi tidak selengkap seperti Aplikasi Tabung Haji Online THiJARI ini.
THiJARI ialah aplikasi digital Tabung Haji yang membolehkan pendeposit mengurus akaun, menyemak baki, membuat simpanan, dan melakukan pelbagai transaksi secara online tanpa perlu ke kaunter.
Untuk mendaftar THiJARI, anda perlu terlebih dahulu mendaftar di kaunter Tabung Haji, kemudian aktifkan akaun online melalui aplikasi THiJARI dengan memasukkan maklumat yang telah didaftarkan.
THiJARI adalah aplikasi rasmi Tabung Haji yang lebih lengkap berbanding transfer melalui online banking biasa — ia menyediakan akses penuh kepada semua perkhidmatan Tabung Haji secara digital.
Ya, aplikasi THiJARI adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan oleh semua pendeposit Tabung Haji untuk menguruskan simpanan mereka secara digital.
Selain simpanan Tabung Haji, anda juga boleh mempelbagaikan pelaburan melalui saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun ebook percuma Mahersaham untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: