“First Time Rugi Intraday Lepas Hadir Traders Gathering, Masih Kuat Semangat Nak Teruskan”

Loading...

Ramai yang tersalah langkah bila mula belajar intraday. Aku sendiri pernah tersalah apply intraday lepas join Traders Gathering. Tapi… kisah ni bukan pasal putus asa—ini tentang semangat untuk bangkit.
Saya banyak sangat kongsi kisah kerugian sejak kebelakangan ni. Kisah yang saya sendiri pernah rasa ada, kisah orang lain pun ada.
Bila asyik jadi kisah-kisah rugi ni, buatkan saya rasa nak teruskan berkongsi walau seribu kali sekalipun supaya ia jadi satu peringatan untuk diri saya sendiri, klien saya dan sesiapa sahaja.
Dan saya anggap kerugian merupakan perkara biasa yang ramai orang pernah rasa dan alami. Kita Cuma kena kawal dan urus risiko dari terus terjadi.
Macam-macam situasi rugi ada. Ada yang rugi puluh ribu malah ratus ribu sebab kena scam, love scam atau professional scam.
Setiap situasi dan jumlah kerugian yang terpaksa hadap berbeza-beza untuk setiap orang. Paling penting sekali ialah cara seseorang kawal emosi semasa rugi.
Katalah, saya rugi rm100, dan dalam akaun bank saya memang itu sahaja amaun duit yang saya ada.
Rasa-rasa apa agaknya saya nak buat dan usahakan supaya saya boleh teruskan hidup dalam keadaan kesempitan macam tu?
Paling tidak, mohon pembiayaan bank atau pihak berwajib untuk bantu selesaikan masalah saya.
Macam mana pula situasi kalau dalam akaun bank saya ada sejuta, tapi saya hanya rugi 100k, dan saya masih lagi boleh belanja, makan minum semua.
Dah tentu jauh beza emosi yang saya rasa dalam kedua-dua keadaan tadi.
Nak relate dengan emosi kerugian, kali ni, saya nak kongsi kisah salah seorang klien saya yang rugi intraday ribuan ringgit selepas beberapa minggu hadir traders gathering.
Dahlah baru lepas belajar pasal intraday, dan tak tahu trade intraday sebelum ni, alih-alih tersalah apply ilmu intraday.
Kalau tanya dia secara peribadi, mestilah dia pun kesal, marah dan sebagainya. Namun, dia tetap tak patah semangat, dan nak datang berjumpa saya untuk mendalami ilmu intraday.
Saya tak nafikan, walaupun jumlah kerugian kecil, saya sendiri dah rasa nak mengamuk. Inikan pula dia yang cuma ada sejumlah modal untuk trade.
Mungkin sebahagian digunakan untuk bayar yuran kelas.
Saya sendiri akui yang rasa rugi buat saya rasa kesal, marah dan kecewa seolah-olah nak give up dan tak nak teruskan.
Tapi apa yang buatkan saya move on ialah dorongan dan semangat untuk terus maju ke hadapan dan tak sesekali toleh ke belakang.
Jadi, rugi ni satu cabaran yang tak ramai orang boleh rasa tenang. Lagi-lagi melibatkan sejumlah wang yang besar.
Lagi perit kalau benda yang jadi tu adalah pertama kali, jumlah rugi pun besar, bukan puluh-puluh atau ratus-ratus, tapi cecah ribuan ringgit, dan kita sendiri tak pernah jangka akan berlaku.
Sepatutnya baru lepas belajar, bila apply ilmu yang baru belajar, selalunya kuranglah risiko rugi. Sebaliknya, makin banyak rugi, terbalik dengan situasi orang lain.
Bila saya dengar aduan klien saya, dalam hati saya kata, “dekat mana ilmu yang saya dah tersalah sampaikan”.
Tapi bila dia cakap dia tak jual hari yang sama, kemudian harga saham pun terus junam, dan tak cut loss, sebenarnya dah tak ikut teknik intraday yang betul.
Saya pun dah ajar selok belok intraday, tapi mungkin ada step yang kurang faham, atau tertukar dengan teknik btst, yang menyebabkan kita tersalah langkah.
Apa yang saya boleh nasihatkan ialah, kepada yang baru nak cuba trade intraday, practice dulu dengan beli 1 atau 2 lot. Jangan terus beli 10 lot, kalau rugi, memang sakitlah.
Untuk permulaan, beli 1 atau 2 lot untuk satu kaunter pun dah ok. Jadikan habit untuk intraday, sebab nak urus risiko rugi pun senang.
Kalau dah terbeli banyak, lepas tu rugi besar, anggaplah kesilapan itu sebagai pengajaran paling berharga buat diri kita agar kita tak ulang benda sama untuk kali kedua.
Saya faham situasi bila kita baru lepas belajar intraday, semangat berkobar-kobar nak trade, walaupun bukan long term, atau swing.
Tapi apakan daya, benda dah jadi, sebab tersalah apply, tak boleh nak putar balik masa. Nak belajar intraday boleh klik link berikut /blogs/teknik-intraday-saham
Kepada semua klien saya yang dah belajar intraday atau apa jua ilmu yang saya dah pernah kongsikan.
Baik di youtube, live petang setiap hari, kelas personal coaching dan traders gathering atau di mana-mana media sosial sekalipun
Jadilah orang yang ada sikap dan rasa ingin tahu yang mendalam dan sering bertanya untuk dapatkan lebih kepastian dan double confirm..
Kadangkala, mungkin rasa dah faham bila dengar dan belajar teknik intraday walaupun baru datang kelas sekali.
Tapi, kefahaman tu salah dengan apa yang saya sendiri sampaikan walaupun cuma beza sedikit dengan teknik btst atau teknik lain
Tak berdosa dan tak mengapa kalau kita tanya berulang kali, supaya kita lebih faham dan tak ada lagi rasa ragu-ragu dengan keputusan yang kita nak buat.
Kalau dah rugi, jangan down lama-lama, pupuk balik diri sendiri untuk terus bersemangat nak trade.
Tanamkan dalam diri untuk sentiasa perbaiki segala kesilapan dan cuba sehabis baik untuk tak ulang kesilapan tersebut
Saya doakan semoga satu hari nanti, semua yang dah pernah lalui fasa rugi yang bertimpa timpa akan berjaya buat untung berlipat kali ganda, insha Allah.
Jangan panik dan jangan buat keputusan emosi. Ambil masa untuk mengkaji semula apa yang berlaku — kenal pasti kesilapan sama ada dari segi timing, pemilihan kaunter, atau saiz posisi. Catat dalam jurnal trading dan pastikan kesilapan yang sama tidak berulang.
Kebanyakan trader baru tersalah apply teknik yang dipelajari kerana kurang pengalaman praktikal. Mereka mungkin keliru antara teknik intraday dengan teknik BTST atau swing trading. Ia memerlukan latihan berulang dan pemahaman mendalam sebelum boleh dikuasai sepenuhnya.
Tiada angka tetap kerana setiap individu berbeza. Namun, kehadiran berulang kali sangat digalakkan supaya pemahaman teknik semakin mendalam. Jangan segan bertanya berulang kali sehingga benar-benar faham dan yakin sebelum apply dalam trading sebenar.
Ya, ia sangat normal. Hampir semua trader berjaya pernah melalui fasa kerugian pada permulaan. Yang penting ialah belajar daripada kesilapan, perbaiki strategi, dan jangan putus asa. Kerugian awal adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi trader yang lebih baik.
Kerugian dalam intraday trading bukan penghujung perjalanan — ia adalah permulaan proses pembelajaran yang lebih bermakna. Teruskan belajar, perbaiki kesilapan, dan jangan pernah berhenti meningkatkan kemahiran trading anda.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.