Threads, Pesaing Terbaru Twitter?

Loading...

Meta, syarikat yang memiliki Facebook dan Instagram, baru-baru ini mengumumkan pelancaran aplikasi terbaru mereka yang menarik perhatian banyak pihak di seluruh dunia. Aplikasi ini bernama Threads dan menawarkan pengalaman baru yang menarik bagi para pengguna untuk terhubung dengan rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.
Aplikasi ini dikatakan lebih mirip dan seakan-akan aplikasi Twitter. Hal ini kerana paparannya yang agak serupa dan istilah ‘bebenang’ yang sebelum ini lebih familiar didengari dalam kalangan pengguna Twitter.

Seperti aplikasi Facebook dan Instagram, aplikasi Thread ini juga membolehkan kita untuk berkongsi gambar, video, dan penulisan. Namun, perbezaan yang ketara ialah fungsi ‘bebenang’ yang terdapat dalam aplikasi ini.
Pengguna juga boleh ‘like’, ‘comment’, ‘repost’ dan ‘share’ status atau konten pengguna yang lain.

Pengguna boleh membuat status seperti aplikasi Facebook dan Instagram, cuma mungkin yang bebezanya ialah untuk aplikasi Threads ini, lebih sesuai menulis penulisan yang lebih ringkas.
Threads membenarkan kita mengawal dan memilih pilihan privasi yang dikehendaki. Kita boleh memilih dengan siapa kita ingin kongsikan status dan juga gambar yang dikongsi. Kita boleh membuat kumpulan yang khas yang terdiri dari kawan-kawan yang lebih rapat sebagai contoh.
Selain itu, Threads juga boleh berintegrasi dengan Instagram. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk dengan mudah berkongsi gambar dan video yang mereka upload di Instagram terus ke Threads. Ini akan memudahkan lagi kepada pengguna yang untuk berkongsi status tanpa perlu membuka aplikasi Instagram secara berasingan.

Dalam dunia yang semakin pantas ini, Meta sedar akan pentingnya aplikasi yang boleh berhubungan secara pantas, ringkas dan mudah.
Threads merupakan satu aplikasi yang mempunyai tarikannya yang tersendiri dengan harapan dapat menarik minat golongan yang tidak menggunakan Facebook dan Instagram sekaligus bersaing secara sihat dengan pesaingnya iaitu Twitter.
Jangan lupa untuk mengikuti Platform Mahersaham di aplikasi Threads ini. Tekan link ini.
Umum mengetahui syarikat yang memiliki aplikasi Facebook, Instagram dan terkini, Threads adalah Syarikat Meta Platforms Inc. Syarikat ini disenaraikan di Nasdac iaitu pasaran di Amerika Syarikat.

Sebelum Syarikat ini mengumumkan aplikasi terbaru, Threads, kita boleh lihat graf saham untuk syarikat Meta menunjukkan kenaikan yang agak ketara sejak November 2022. Kemudian melakukan 2 kali ‘gap up‘ yang agak tinggi sehari selepas pengunguman ‘quarter report’ pada 1 Febuari dan 26 April. Quarter report syarikat Meta ini melebihi daripada jangkaan penganalisa.
Gap up ialah istilah untuk harga saham dibuka lebih tinggi berbanding harga tutup pada hari sebelumnya.
Kini, harga seunit saham Meta ialah 291USD berbanding 88USD pada November 2022. Dalam masa hampir 8 bulan sahaja, kenaikan meta ialah sekitar 229%!

Threads adalah aplikasi media sosial yang dibangunkan oleh Meta Platforms Inc., syarikat yang memiliki Facebook dan Instagram. Ia direka sebagai platform perkongsian teks yang menjadi pesaing langsung kepada Twitter (kini dikenali sebagai X).
Pelancaran Threads memberi kesan positif kepada saham Meta. Saham Meta yang disenaraikan di NASDAQ telah menunjukkan kenaikan ketara sejak November 2022, dengan peningkatan sekitar 229% dalam masa 8 bulan, didorong oleh laporan kewangan yang melebihi jangkaan penganalisa.
Ya, pelabur Malaysia boleh melabur dalam saham Meta melalui platform trading yang menyediakan akses kepada pasaran saham Amerika Syarikat seperti NASDAQ. Anda memerlukan akaun CDS dan akses pasaran global untuk berbuat demikian.
Gap up ialah istilah yang merujuk kepada situasi di mana harga saham dibuka pada harga yang lebih tinggi berbanding harga tutup pada hari sebelumnya. Ini biasanya berlaku apabila terdapat berita positif seperti laporan kewangan yang melebihi jangkaan.
Perkembangan teknologi dan media sosial sentiasa memberi impak kepada pasaran saham global. Sebagai pelabur, penting untuk memahami bagaimana berita teknologi boleh mempengaruhi pelaburan anda.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.