Trading Plan Game Mahersaham: Simulator Dagangan Saham Dengan Modal Maya RM10,000

By Maher
Trading Plan Game Mahersaham: Simulator Dagangan Saham Dengan Modal Maya RM10,000
This article is also available in English
A

Mahersaham baru sahaja melancarkan game kedua di platform - Trading Plan Game. Jika anda pernah main game pertama kami (Teka Chart) yang menguji kebolehan meneka arah harga, game kedua ini membawa anda ke level seterusnya: bina trading plan sebenar, set Target Price (TP) dan Stop Loss (SL), lalu lihat hasilnya pada chart sebenar Bursa Malaysia.

Semua pemain bermula dengan modal maya RM10,000. Setiap bulan, modal di-reset dan perlumbaan bermula semula. Siapa yang paling bijak mengurus risiko dan mengenalpasti peluang akan berada di puncak leaderboard.

Jom kita lihat cara game ini berfungsi dan kenapa ia boleh jadi alat latihan terbaik untuk pelabur saham di Malaysia.

Apa Itu Trading Plan Game?

Trading Plan Game adalah simulator dagangan saham yang menggunakan data chart candlestick sebenar dari Bursa Malaysia. Bezanya dengan paper trading biasa - di sini, chart yang anda lihat adalah anonymized. Nama kaunter disembunyikan supaya anda fokus 100% pada bacaan chart, bukan pada emosi atau bias terhadap sesebuah syarikat.

Setiap kali anda buka satu challenge, anda akan nampak chart candlestick 120 hari. Tugas anda ialah:

  1. Analisa chart - baca pattern, support/resistance, trend
  2. Set jumlah pelaburan - berapa daripada RM10,000 anda nak allocate
  3. Set TP (Target Price) - berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan
  4. Set SL (Stop Loss) - berapa peratus kerugian yang anda sanggup tanggung
  5. BELI atau PASS - kalau chart tak meyakinkan, anda boleh pass tanpa penalty

Selepas submit, sistem akan simulasi 30 hari ke hadapan menggunakan data sebenar. Jika TP tercapai dulu, anda untung. Jika SL kena dulu, anda rugi. Jika 30 hari habis tanpa hit mana-mana, posisi ditutup pada harga penutupan hari terakhir.

Beza Trading Plan Game vs Teka Chart

Mahersaham kini ada dua game yang saling melengkapi:

Teka Chart (Game 1) adalah game teka arah harga - naik atau turun. Ia menguji kebolehan anda membaca isyarat teknikal secara asas. Sistem skor berasaskan poin: +1 betul, -2 salah. Fokusnya pada ketepatan bacaan arah.

Trading Plan Game (Game 2) membawa konsep ini lebih jauh. Bukan sekadar teka arah, anda perlu tentukan:

  • Berapa banyak modal yang anda sanggup risiko
  • Di mana target keuntungan anda (TP)
  • Di mana had kerugian anda (SL)

Ia meniru pengalaman sebenar seorang pelabur yang perlu buat keputusan lengkap sebelum masuk pasaran. Sistem skor pula berasaskan virtual equity - modal anda naik turun berdasarkan keputusan dagangan, sama seperti dunia sebenar.

Ringkasnya: Teka Chart mengajar anda membaca chart, manakala Trading Plan Game mengajar anda bertindak atas bacaan itu.

Perbandingan Teka Chart vs Trading Plan Game dan cara Trading Plan Game berfungsi
Perbandingan antara Teka Chart (Game 1) dan Trading Plan (Game 2), serta aliran permainan Trading Plan Game.

Cara Bermain: Step by Step

Berikut langkah-langkah untuk mula bermain Trading Plan Game:

Langkah 1: Buka halaman Game

Pergi ke mahersaham.com/game dan klik tab Trading Plan di bahagian atas. Anda perlu log masuk ke akaun mahersaham.com terlebih dahulu.

Langkah 2: Pilih mod permainan

Anda boleh pilih antara dua mod:

  • Trade Harian - percuma untuk semua ahli, satu chart baru setiap hari
  • Latihan Rawak - untuk ahli Gold, akses kepada 410+ chart yang belum di-trade

Langkah 3: Analisa chart

Satu chart candlestick akan dipaparkan. Nama kaunter disembunyikan - anda hanya lihat harga dan volume. Gunakan kemahiran analisis teknikal anda: kenal pasti trend, cari support dan resistance, perhatikan pattern candlestick, semak volume.

Langkah 4: Buat keputusan

Tetapkan tiga perkara:

  • Jumlah pelaburan - slider dari RM500 hingga baki modal anda
  • TP (Target Price) - berapa peratus keuntungan anda sasarkan (contoh: +8%)
  • SL (Stop Loss) - berapa peratus kerugian anda sanggup tanggung (contoh: -4%)

Sistem akan tunjukkan preview: harga entry (harga penutupan candle terakhir), harga TP dan SL yang tepat dalam ringgit, potensi untung dan potensi rugi dalam ringgit, serta risk-reward ratio.

Langkah 5: BELI atau PASS

Jika yakin, klik BELI. Jika chart tak meyakinkan atau risk-reward tak berbaloi, klik PASS. PASS tidak menjejaskan baki modal anda - ia dikira sebagai keputusan berdisiplin.

Langkah 6: Lihat simulasi

Selepas submit, sistem akan replay 30 hari continuation menggunakan data sebenar. Anda akan nampak candle-candle baru muncul satu per satu, lengkap dengan garisan TP dan SL. Jantung berdegup-degup tengok sama ada harga akan sampai TP dulu atau kena SL dulu.

Langkah 7: Lihat keputusan

Keputusan akan dipaparkan:

  • Trade menang - TP tercapai, modal anda bertambah
  • Trade rugi - SL kena, modal anda berkurang
  • Expiry - 30 hari habis tanpa hit TP/SL, posisi ditutup pada harga semasa

Anda juga boleh kongsi keputusan sebagai image card ke media sosial.

Dua Mod Permainan

Paparan utama Trading Plan Game - dua mod permainan dan leaderboard bulanan
Paparan utama Trading Plan Game: pilih Trade Harian (percuma) atau Latihan Rawak (Gold), lengkap dengan leaderboard bulanan.

Trade Harian (Percuma)

Setiap hari, satu chart baru dipaparkan - sama untuk semua pemain. Ini bermakna semua orang bersaing dengan chart yang sama, pada hari yang sama. Ia mewujudkan playing field yang adil dan membolehkan anda bandingkan keputusan dengan pemain lain.

Chart harian dipilih secara deterministik berdasarkan tarikh, jadi tidak ada bias dalam pemilihan. Mod ini percuma sepenuhnya untuk semua ahli yang mendaftar di mahersaham.com.

Latihan Rawak (Ahli Gold)

Untuk ahli Gold, anda boleh akses mod Latihan Rawak yang memberikan chart rawak daripada pool 410+ chart. Ini termasuk:

  • Setup bullish - chart yang menunjukkan potensi kenaikan
  • Setup bearish (trap) - chart yang kelihatan bullish tapi sebenarnya jatuh, dengan pergerakan minimum 18%

Campuran ini penting kerana dalam dunia sebenar, bukan semua chart yang nampak cantik akan naik. Anda perlu belajar mengenalpasti trap dan memilih untuk PASS apabila setup tidak meyakinkan.

Chart yang sudah anda trade dalam musim semasa tidak akan berulang, memastikan anda sentiasa berlatih dengan chart baru.

Paparan Trading Plan Player - chart candlestick dengan panel set TP, SL dan jumlah pelaburan
Paparan permainan: analisa chart candlestick di sebelah kiri, set jumlah pelaburan, TP dan SL di panel kanan, kemudian klik BELI atau PASS.

Bagaimana Untung dan Rugi Dikira?

Mekanik pengiraan Trading Plan Game meniru dagangan saham sebenar:

Harga Entry = Harga penutupan candle terakhir sebelum cutoff

Pengiraan unit: Unit = Jumlah Pelaburan / Harga Entry

Jika TP tercapai: Untung = Unit x (Harga TP - Harga Entry)

Jika SL tercapai: Rugi = Unit x (Harga SL - Harga Entry)

Contoh praktikal: Anda allocate RM3,000 pada saham berharga RM1.00. TP anda +8% (RM1.08), SL anda -4% (RM0.96). Anda beli 3,000 unit. Jika TP tercapai, untung anda ialah 3,000 x (RM1.08 - RM1.00) = RM240. Baki baru: RM10,000 + RM240 = RM10,240.

Penting: Jika dalam satu candle, harga menyentuh kedua-dua TP dan SL (contoh: gap besar), sistem akan anggap SL tercapai dulu. Ini pendekatan konservatif yang mengajar pemain untuk sentiasa mengutamakan pengurusan risiko.

Baki anda compound dari satu trade ke trade seterusnya - sama seperti portfolio sebenar. Untung dari trade pertama menambah modal untuk trade kedua, dan seterusnya.

Sistem Musim dan Leaderboard

Musim Bulanan

Trading Plan Game beroperasi mengikut musim bulanan. Setiap bulan baharu:

  • Semua pemain di-reset kepada RM10,000
  • Perlumbaan bermula semula
  • Chart yang sudah di-trade boleh dimainkan semula dalam musim baharu

Sistem ini memberi peluang kepada semua pemain untuk bersaing secara adil setiap bulan, tanpa dikuasai oleh pemain lama yang sudah kumpul baki tinggi.

Tiga Papan Leaderboard

Bulan Ini - Ranking berdasarkan baki semasa dalam musim aktif. Hanya pemain yang sudah buat sekurang-kurangnya satu trade dipaparkan. Ini menunjukkan siapa yang paling konsisten dan bijak dalam bulan semasa.

Sepanjang Zaman - Ranking berdasarkan baki tertinggi pernah dicapai (peak balance) sepanjang pemain bermain. Baki tertinggi ini tidak pernah di-reset, jadi ia merekodkan pencapaian terbaik anda selama-lamanya.

Hall of Fame - Paparan khas untuk juara Top 3 setiap musim yang sudah tamat. Apabila sebulan berakhir, kedudukan akhir top 3 pemain di-snapshot dan diabadikan di sini. Ini rekod kekal kehebatan anda.

Badge Musim

Pemain yang selesai dalam kedudukan Top 3 pada penghujung sebuah musim akan menerima badge khas:

  • Tempat 1: Badge Juara
  • Tempat 2: Badge Naib Juara
  • Tempat 3: Badge Ke-3

Badge ini boleh dikongsi sebagai image card ke media sosial - bukti kemahiran trading plan anda.

Kenapa Game Ini Berkesan untuk Belajar Saham?

Ramai pelabur baru terus terjun ke pasaran sebenar tanpa latihan. Hasilnya? Kerugian awal yang boleh dielakkan. Trading Plan Game menyelesaikan masalah ini dengan beberapa cara:

1. Latihan tanpa risiko kewangan - anda guna wang maya, tapi chart sebenar. Kesalahan jadi pengajaran, bukan kerugian sebenar.

2. Fokus pada proses, bukan hasil - dengan chart anonymized, anda tak boleh bergantung pada sentimen atau berita tentang sesuatu kaunter. Anda terpaksa bergantung sepenuhnya pada analisis teknikal.

3. Belajar position sizing - berapa banyak modal patut di-allocate untuk satu trade? Game ini mengajar anda secara praktikal bahawa all-in pada setiap trade adalah resipi bencana. Konsep ini sama seperti yang diterangkan dalam artikel Stop Loss & Position Sizing.

4. Merasai compound growth - baki anda compound dari trade ke trade. Anda akan nampak sendiri kuasa compounding apabila berjaya string beberapa winning trades berturut-turut.

5. Belajar kapan untuk PASS - dalam dunia sebenar, keputusan terbaik kadang-kadang ialah tidak buat apa-apa. Game ini menggalakkan anda PASS jika chart tak meyakinkan, dan itu dikira sebagai keputusan berdisiplin.

6. Competitive pressure - leaderboard bulanan memberi motivasi untuk terus improve. Bila anda lihat pemain lain membuat keputusan lebih baik, ia mendorong anda untuk belajar lebih mendalam.

Tips Untuk Skor Tinggi

Berikut beberapa strategi yang boleh membantu anda naik leaderboard:

Jangan all-in - Allocate hanya 20-30% daripada baki anda untuk setiap trade. Ini memberi ruang untuk recover jika satu trade rugi, dan memastikan modal anda bertahan sepanjang musim.

PASS itu kuasa - Bukan setiap chart perlu di-trade. Jika setup tidak jelas atau risk-reward tidak berbaloi, PASS. Pemain yang menang bukan yang paling banyak trade, tapi yang paling bijak memilih trade.

Risk-reward minimum 1:2 - Pastikan TP anda sekurang-kurangnya dua kali ganda SL. Contoh: jika SL -4%, TP anda perlu sekurang-kurangnya +8%. Dengan nisbah ini, anda boleh rugi 50% trade dan masih untung keseluruhan.

Perhatikan volume - Volume tinggi pada breakout mengesahkan kekuatan pergerakan. Volume rendah pada breakout mungkin petanda fakeout.

Kenal pasti support dan resistance - Set SL sedikit bawah support terdekat, dan TP pada resistance seterusnya. Ini memberikan basis teknikal yang kukuh untuk trading plan anda.

Konsisten > satu kemenangan besar - Skor tinggi datang daripada banyak trade kecil yang menang, bukan satu trade besar yang bernasib baik. Fokus pada konsistensi.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Trading Plan Game percuma?

Ya, mod Trade Harian adalah percuma untuk semua ahli yang mendaftar di mahersaham.com. Mod Latihan Rawak memerlukan keahlian Gold.

Berapa kali saya boleh trade dalam sehari?

Untuk mod Trade Harian, satu chart sahaja setiap hari. Untuk mod Latihan Rawak (Gold), anda boleh trade sebanyak mana chart yang tersedia dalam pool.

Adakah chart menggunakan data sebenar?

Ya, semua chart menggunakan data sebenar dari Bursa Malaysia. Nama kaunter disembunyikan supaya anda fokus pada bacaan chart sahaja.

Apa jadi kalau modal saya habis?

Anda boleh reset akaun secara manual kembali ke RM10,000. Modal juga di-reset secara automatik setiap awal bulan dengan bermulanya musim baharu.

Bolehkah saya trade chart yang sama dua kali dalam satu musim?

Tidak. Setiap chart hanya boleh di-trade sekali dalam satu musim. Anda boleh lihat semula keputusan, tetapi ia tidak akan memberi kesan pada baki. Dalam musim seterusnya, chart tersebut boleh dimainkan semula.

Bagaimana PASS berbeza dengan langkau?

PASS adalah keputusan aktif yang direkodkan dalam statistik anda. Ia menunjukkan disiplin - anda melihat chart, menganalisa, dan membuat keputusan untuk tidak masuk. Ini berbeza dengan langkau yang bermakna anda langsung tidak melihat chart tersebut.

Adakah nama saya dipaparkan di leaderboard?

Anda boleh pilih sama ada mahu nama anda dipaparkan (opt-in) atau tidak (opt-out) di leaderboard awam. Privasi anda terjaga.

Apakah perbezaan antara peak balance dan current balance?

Current balance adalah baki semasa dalam musim aktif. Peak balance pula adalah baki tertinggi yang pernah anda capai sepanjang bermain - ia tidak pernah di-reset dan kekal sebagai rekod pencapaian terbaik anda.

Kesimpulan

Trading Plan Game di mahersaham.com adalah cara terbaik untuk mengasah kemahiran dagangan saham anda tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Dengan chart sebenar dari Bursa Malaysia, sistem musim bulanan, dan leaderboard yang kompetitif, ia memberi pengalaman latihan yang tidak boleh didapati di mana-mana platform lain di Malaysia. Mula bermain sekarang di mahersaham.com/game dan lihat di mana kedudukan anda di kalangan pelabur-pelabur lain.

Apabila anda sudah yakin dengan kemahiran baca chart dan bina trading plan, langkah seterusnya ialah mula melabur di pasaran sebenar.

Buka akaun CDS melalui mahersaham.com untuk mula melabur di Bursa Malaysia dan juga saham luar negara seperti US dan Hong Kong. Buka Akaun CDS.

Muat turun ebook percuma Asas Saham untuk kuatkan lagi asas pelaburan anda. Dapatkan Ebook Percuma.

Bacaan Lanjut