Stop Loss & Position Sizing: Cara Lindungi Modal Sebelum Beli Saham

Ramai pelabur runcit Bursa Malaysia hanya fikir satu soalan sebelum tekan butang Buy: "Saham ini akan naik ke?" Mereka tidak fikir dua soalan yang sebenarnya lebih penting:
- Di mana saya akan keluar jika saya salah? (Stop loss)
- Berapa banyak saham yang saya patut beli? (Position sizing)
Inilah dua tools risk management yang akan menentukan sama ada anda kekal di pasaran lima tahun lagi atau bankrap dalam enam bulan. Penyelidikan oleh Van Tharp menunjukkan position sizing menyumbang 91% daripada variability prestasi trading - bukan pemilihan saham yang ramai pelabur obsess pasal. Sumber: Van Tharp Institute.
Dalam artikel ini, anda akan belajar:
- Mengapa stop loss perlu ditetapkan SEBELUM beli, bukan selepas saham jatuh
- 4 jenis stop loss dan bila guna mana satu (fixed %, ATR-based, support-based, time stop)
- Formula position sizing untuk hitung jumlah unit saham yang anda patut beli
- Worked example dengan saham Bursa Malaysia sebenar
- Cara stop loss & position sizing berkait secara matematik
- Common mistakes yang membuat pelabur runcit kerap muflis
- Trading checklist sebelum beli mana-mana saham
Mengapa Risk Management Lebih Penting Daripada Stock Picking
Bayangkan dua pelabur, A dan B. Mereka beli saham yang sama pada harga yang sama. Selepas 10 trade:
- Pelabur A menang 6 kali, kalah 4 kali. Tapi kerugiannya 5 kali ganda lebih besar daripada kemenangan setiap trade.
- Pelabur B menang 4 kali, kalah 6 kali. Tapi kemenangannya 3 kali ganda lebih besar daripada kerugian setiap trade.
Siapa untung? Pelabur B, walaupun pemilihan saham dia lebih teruk. Inilah konsep yang dipanggil R-multiple oleh Van Tharp - R = Risk per trade. Kalau anda risk RM100 dan untung RM300, itu 3R win. Kalau anda kalah, itu -1R loss.
Stop loss + position sizing membenarkan anda mengawal R dengan tepat pada setiap trade. Tanpa kedua-duanya, satu kesilapan boleh memusnahkan portfolio yang dibina bertahun-tahun.
Tahun lepas, kami sudah pun terangkan kenapa position sizing adalah 80% daripada strategi trading menggunakan kisah George Soros memecahkan Bank of England. Artikel ini adalah follow-up praktikal: bagaimana anda apply kedua-dua tools ini SEBELUM tekan butang Buy.
Bahagian 1: Stop Loss - Di Mana Anda Akan Keluar Jika Salah?
Stop loss adalah harga pre-determined di mana anda akan jual saham anda sekiranya pasaran bergerak melawan anda. Ia bukan "saya akan tunggu sampai stress, kemudian baru jual" - itu bukan stop loss, itu emosi.
Yang penting: stop loss ditetapkan SEBELUM anda beli, bukan selepas saham mula jatuh. Ini sebab apabila saham anda merudum, otak emosi anda akan reka 1001 alasan untuk "tunggu sebentar lagi" - dan loss yang sepatutnya 5% jadi 30%.
4 Jenis Stop Loss yang Anda Perlu Tahu
1. Fixed Percentage Stop Loss
Anda set stop loss pada peratusan tetap dari harga belian. Contoh: beli saham pada RM2.00, set stop loss pada RM1.86 (7% lebih rendah).
Kelebihan: Mudah dihitung, konsisten merentas semua trade. Kelemahan: Tidak mengambil kira volatiliti spesifik saham tersebut. Saham defensif seperti utility mungkin tidak pernah jatuh 7%, manakala saham teknologi mungkin swing 10% dalam sehari.
Bila guna: Pelabur jangka panjang yang nak protect downside. Biasanya 7-10% bagi saham defensif, 15-20% bagi saham growth.
2. ATR-Based Stop Loss (Volatility-Adjusted)
ATR (Average True Range) adalah indicator yang mengukur purata pergerakan harga harian saham anda - dicipta oleh J. Welles Wilder. Idea: stop loss kena disesuaikan dengan volatiliti sebenar saham, bukan peratusan generic.
Formula popular: Stop Loss = Entry Price - (2 x ATR)
Contoh: Saham X berharga RM5.00 dengan ATR 14-hari sebanyak RM0.12. Stop loss 2x ATR = RM5.00 - RM0.24 = RM4.76 (4.8% di bawah entry).
Untuk saham yang lebih volatil, guna multiplier lebih tinggi (3x ATR). Untuk saham lebih stabil, 1.5x sudah cukup. Menurut analisis LuxAlgo, 2-3x ATR adalah range yang biasa digunakan oleh trader profesional.
Bila guna: Trader yang faham technical analysis dan ada akses kepada charting platform (TradingView, ThinkOrSwim, Bursa Anywhere).
3. Support-Based Stop Loss (Structural)
Anda set stop loss tepat di bawah support level terdekat - paras harga di mana penjualan biasanya berhenti. Contoh: saham menahan di RM3.20 berkali-kali dalam dua bulan lepas. Anda beli pada RM3.35 dan set stop loss pada RM3.15 (sedikit di bawah support).
Kelebihan: Logical - jika harga pecah support, thesis teknikal anda dah invalid. Kelemahan: Stop loss distance boleh jadi terlalu rapat (entry 2% atas support) atau terlalu jauh (entry 15% atas support).
Bila guna: Trader yang ikut analisis teknikal, swing trader, dan momentum trader.
4. Time Stop
Anda set tarikh akhir - jika thesis tidak materialise dalam tempoh tertentu, anda keluar tanpa kira harga. Contoh: "Jika saham tidak naik atas RM4.00 dalam 6 minggu, saya akan keluar."
Bila guna: Trade yang berdasarkan catalyst tertentu (earnings, product launch, kontrak besar). Jika catalyst tak materialise, modal dah terkurung tanpa upside.
Trailing Stop: Lock In Profit Bila Saham Naik
Trailing stop adalah stop loss yang mengikut harga naik tetapi tidak turun. Contoh: anda beli pada RM3.00, set initial stop loss RM2.80. Harga naik ke RM3.50, trailing stop "tarik" naik ke RM3.30. Sekarang anda guaranteed at least 10% profit, atau breakeven kalau harga balik turun.
Chandelier Exit (oleh Charles Le Beau) adalah trailing stop berasaskan ATR yang sangat popular - guna 22-period high tolak 3x ATR.
Bahagian 2: Position Sizing - Berapa Saham yang Anda Patut Beli?
Sekarang anda dah tahu di mana stop loss. Soalan seterusnya: berapa banyak unit yang anda patut beli?
Ramai pelabur runcit Bursa Malaysia jawab dengan satu daripada dua cara salah:
- "Saya beli ikut duit ada" - kalau ada RM5,000, beli RM5,000 saham. (SALAH)
- "Saya beli round lot ikut sentimen" - confident sangat? 5 lot. Tak confident? 1 lot. (SALAH)
Yang betul: position sizing ditentukan oleh risk per trade dan stop loss distance - bukan oleh keyakinan emosi anda.
Formula Position Sizing
Position Size (jumlah unit) = Risk Capital / Risk per Unit
Di mana:
- Risk Capital = Maximum loss yang anda sanggup terima untuk trade ini (biasanya 1-2% daripada total portfolio)
- Risk per Unit = Entry Price - Stop Loss Price (per share)
The 1% Rule
Rule of thumb yang digunakan trader profesional: jangan risk lebih dari 1-2% portfolio pada satu trade. Ini bermakna walaupun anda kalah 10 trade berturut-turut (yang sangat jarang berlaku jika strategi anda mempunyai edge), portfolio anda turun maximum 10-20% sahaja - boleh recover.
Untuk pelabur runcit yang baru bermula dengan modal kecil (di bawah RM20,000), 1.5-2% mungkin lebih sesuai. Trader profesional dengan portfolio besar biasanya guna 0.5-1%.
Worked Example: Beli Saham Bursa Malaysia
Mari kita buat satu contoh penuh dengan angka realistik:
Setup:
- Portfolio anda: RM50,000
- Risk per trade: 1% = RM500 max loss
- Saham target: hypothetical Bursa-listed stock pada RM4.20
- Stop loss (support-based): RM3.95 (di bawah support 4.00)
- Risk per unit: RM4.20 - RM3.95 = RM0.25 per saham
Pengiraan position size:
Position Size = RM500 / RM0.25
= 2,000 unit saham
Jadi anda beli 2,000 unit (4 lot @ 500 setiap lot di Bursa Malaysia).
Modal yang digunakan: 2,000 x RM4.20 = RM8,400 (16.8% daripada portfolio)
Worst case: Jika stop loss di-trigger, anda kalah: 2,000 x RM0.25 = RM500 (tepat 1% portfolio).
Inilah keindahan position sizing: walaupun trade ini guna 16.8% modal anda, risk sebenar hanya 1%. Anda tidak akan kena pukul teruk walaupun trade ini gagal.
Apa Yang Berlaku Jika Stop Loss Lebih Jauh?
Mari kita ubah scenario sedikit. Bayangkan saham yang sama, tapi support level lebih jauh - stop loss di RM3.60 sebagai gantinya.
- Risk per unit: RM4.20 - RM3.60 = RM0.60 per saham
- Position size: RM500 / RM0.60 = ~833 unit (1-2 lot)
Stop loss yang lebih jauh = position size yang lebih kecil. Anda automatik beli kurang saham untuk maintain risk yang sama. Inilah disiplin yang menyelamatkan portfolio.
Apa Yang Berlaku Jika Saham Murah?
Saham penny (di bawah RM1.00) sering kelihatan "menarik" sebab "boleh beli banyak unit". Tapi kira betul-betul:
- Saham pada RM0.30, stop loss pada RM0.27 (10% di bawah)
- Risk per unit: RM0.03
- Position size: RM500 / RM0.03 = 16,666 unit (33 lot)
- Modal: 16,666 x RM0.30 = RM5,000 (10% portfolio)
Saham penny bukan automatically "lebih selamat" - position sizing kena sentiasa berdasarkan risk per unit, bukan harga unit.
Bahagian 3: Hubungan Matematik Stop Loss & Position Sizing
Inilah insight yang ramai pelabur runcit terlepas pandang - stop loss dan position sizing adalah dua bahagian persamaan yang sama:
Apabila anda fix risk per trade pada 1% (= RM500 pada portfolio RM50K), dua angka boleh berubah:
- Stop loss distance besar -> Position size kecil -> Modal yang digunakan kecil
- Stop loss distance kecil -> Position size besar -> Modal yang digunakan besar
Anda TIDAK BOLEH ubah position size tanpa mengubah stop loss, dan vice versa, selagi anda nak maintain risk tetap.
Apa Yang Berlaku Bila Pelabur Runcit Langgar Rule Ini?
Senario biasa: Pelabur nampak saham "panas". Confident sangat, dia letak 50% portfolio. Stop loss? "Saya tak set lah, saya hold long term."
Bila saham jatuh 30%, dia kalah 15% portfolio dalam SATU trade. Untuk recover dari -15%, dia perlu return positive 17.6%. Itu beberapa bulan atau setahun trading bagus dipadam oleh satu kesilapan.
Compare dengan disiplin 1% rule: Worst case satu trade kena -1%. Anda perlu return 1.01% untuk recover - itu mungkin dapat dalam satu hari pasaran bagus.
Bahagian 4: Pre-Trade Checklist
Sebelum tekan butang Buy mana-mana saham, jawab 8 soalan ini:
- Berapa modal trading saya secara total? (Total portfolio value)
- Berapa % saya willing risk pada trade ini? (Default 1%, max 2%)
- Apa entry price saya? (Limit order, bukan market di mana-mana harga)
- Di mana stop loss saya? (Fixed %, ATR, atau support-based)
- Berapa risk per unit? (Entry - Stop Loss per share)
- Berapa position size mengikut formula? (Risk Capital / Risk per Unit)
- Bulatkan ke lot terdekat (Bursa Malaysia: 100 unit/lot untuk most stocks)
- Apakah target profit (take profit)? (Risk-reward minimum 1:2)
Kalau anda tak boleh jawab kelapan-lapan soalan ini, anda tak sepatutnya beli. Period.
Untuk pelaksanaan order, mahersaham sudah ada panduan stop limit di platform M+ Online yang akan membimbing anda set stop loss order secara mekanikal selepas anda beli.
Bahagian 5: Common Mistakes Pelabur Runcit
Mistake 1: "Stop Loss Mental"
"Saya tahu di mana stop loss saya, tak perlu set order." SALAH. Otak emosi anda akan reka alasan untuk tidak jual. Set stop limit order sebenar di platform - automatik, tanpa kompromi.
Mistake 2: Move Stop Loss Bawah
Saham mendekat stop loss, anda "adjust" turun. Bukan analisa baharu - hanya kerana anda tak nak admit salah. Ini langgar disiplin paling asas. Jika stop loss salah, betulkan rule anda, bukan stop loss individual trade.
Mistake 3: Increase Position Selepas Loss (Martingale)
"Saya kalah RM500. Trade seterusnya saya double, dapat balik." Ini cara cepat untuk muflis. Kalau strategi anda losing, ubah strategi - bukan tambah leverage.
Mistake 4: Position Sizing Berdasarkan "Feeling"
"Trade ini saya confident, saya letak 30%." Confidence bukan strategi - data ialah strategi. Stick dengan 1% rule walaupun anda rasa 99% pasti. The market doesn't care about your confidence.
Mistake 5: Lupa Take Profit
Stop loss melindungi downside, tetapi anda perlu take profit target juga. Risk-reward minimum 1:2 - jika risk RM500, target untung sekurang-kurangnya RM1,000. Kalau setup tak boleh provide 1:2 atau lebih, jangan ambil trade itu.
Untuk lebih konteks tentang psikologi yang mempengaruhi pelabur, baca 13 Perangkap Emosi Yang Boleh Hancurkan Portfolio Anda - banyak mistakes di atas berpunca dari sini.
Bahagian 6: Tips Praktikal untuk Pelabur Bursa Malaysia
1. Sesuaikan Risk % dengan Pengalaman Anda
| Tahap | Risk per Trade | Catatan |
|---|---|---|
| Pemula (0-1 tahun) | 0.5-1% | Buat banyak trade kecil, kumpul data |
| Intermediate (1-3 tahun) | 1-1.5% | Bila edge dah terbukti |
| Berpengalaman (3+ tahun) | 1-2% | Setelah strategy validated dengan 100+ trades |
2. Hitung Pre-Trade dalam Excel atau Calculator
Jangan kira mental - guna formula spreadsheet atau position sizing calculator percuma dari Van Tharp Institute. Konsisten kira buatkan disiplin natural.
3. Track Setiap Trade dengan R-Multiple
Jangan record "untung RM200, untung RM150" - record dalam R. Trade 1: +2R, trade 2: -1R, trade 3: +3R. Ini bagi anda gambar expectancy strategi anda sebenar, bukan distorted oleh saiz modal.
4. Jangan Risk Lebih dari 6% Pada Saham Berkorelasi
Jika anda dah ada 3 trade aktif dalam sektor banking (semua positively correlated), total risk anda bukan 1% x 3 = 3%. Kalau sektor banking crash, kesemua tiga akan kena stop loss serentak. Treat sektor sebagai unit single - max 2-3% total exposure.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa beza stop loss dan cut loss?
Sama. "Cut loss" istilah biasa di kalangan pelabur runcit Bursa, "stop loss" istilah teknikal antarabangsa. Kedua-dua merujuk kepada tindakan menjual saham pada harga tertentu untuk hadkan kerugian.
Adakah saya wajib set stop loss order di platform, atau cukup ingat sahaja?
Wajib set order sebenar. Stop loss "dalam kepala" tidak berfungsi sebab apabila harga jatuh, emosi anda akan reka alasan untuk tidak jual. Set stop limit order automatik di platform broker anda.
Apa beza stop loss dan stop limit?
Stop loss order menjual pada market price selepas trigger - boleh kena slippage besar dalam saham illiquid. Stop limit order set both trigger dan limit price - lebih kawalan tapi mungkin tak triggered jika harga gap besar. Untuk Bursa Malaysia, stop limit lebih popular sebab volatiliti gap relatif kawalan.
Berapa peratus stop loss yang sesuai untuk pelabur runcit?
Tiada satu jawapan. Bergantung pada:
- Saham volatility (saham defensif: 5-10%, growth: 10-20%)
- Time horizon (intraday: 1-3%, swing: 5-15%, position: 15-25%)
- Trading style (technical: support-based, fundamental: % based) Yang penting: konsisten dengan rule anda, bukan tukar setiap trade.
Adakah position sizing 1% rule terlalu kecil untuk modal kecil seperti RM5,000?
Tidak. 1% dari RM5,000 = RM50 risk per trade. Ini memang nampak kecil, tapi inilah cara kekal di pasaran. Pemula yang risk 20% setiap trade pada modal RM5,000 akan habis modal dalam 5 trade kalah berturut. Mulakan dengan disiplin sejak hari pertama.
Boleh saya guna stop loss yang sama untuk semua saham?
Boleh, kalau anda guna percentage-based fixed stop. Tapi optimal: setiap saham ada volatility profile berbeza, jadi ATR-based stop atau support-based stop lebih sesuai. Jangan paksa stop loss 5% pada saham yang ATR 10% - anda akan kena stop out secara salah berkali-kali.
Macam mana kalau saham gap down melepasi stop loss?
Ini risiko sebenar - terutamanya selepas earnings announcement atau berita penting. Mitigasi:
- Jangan hold saham masa earnings kalau anda risk averse
- Saiz position lebih kecil bagi saham yang ada catalyst risk
- Guna stop limit (bukan stop loss market) untuk elak slippage liar - tapi terima risiko stop tak triggered
Adakah position sizing relevant untuk pelabur jangka panjang (buy & hold)?
Ya, walaupun lebih dari sudut portfolio allocation daripada per-trade risk. Pelabur jangka panjang sepatutnya tidak letak lebih dari 5-10% portfolio pada satu saham individu, tanpa kira berapa kuat thesis. Diversifikasi adalah position sizing untuk pelabur jangka panjang.
Kesimpulan
Stop loss menjawab soalan "di mana saya keluar jika salah?" dan position sizing menjawab "berapa banyak saya boleh risk pada satu trade?". Kedua-dua tools ini, bila digabungkan dengan rule 1-2% risk per trade, akan menjamin anda kekal di pasaran walaupun melalui losing streak yang teruk.
Pelabur runcit yang berjaya bukan yang pick saham paling betul - mereka adalah yang survive long enough untuk pick saham yang betul. Risk management adalah passport survival anda.
Sebelum anda buka trade seterusnya, hitung dahulu stop loss dan position size dengan formula yang dijelaskan di atas. Jadikan ia tabiat - dalam beberapa bulan, ia akan datang automatik.
Untuk mula menggunakan strategi ini dalam pelaburan saham anda, anda perlukan akaun trading yang membolehkan anda set stop limit order secara automatik.
Akaun CDS membolehkan anda melabur di Bursa Malaysia dan juga saham luar negara seperti pasaran US dan Hong Kong, dengan akses kepada stop limit order yang akan execute disiplin anda secara automatik - buka akaun CDS anda di sini.
Untuk asas pelaburan saham dari mula termasuk konsep risk management lebih mendalam, muat turun Ebook Asas Saham percuma yang akan bantu anda membina foundation yang kukuh sebelum melabur duit sebenar.
Bacaan Lanjut
- Pengenalan kepada Risk Management dalam Saham
- Belajar Dari The Man Who Broke the Bank of England: Kenapa Position Sizing Adalah 80% Daripada Strategi Trading
- Cara Nak Gunakan Stop Limit Mplus
- Trading Plan: 3 Perkara Wajib Faham Sebelum Trade
- Psikologi Pelaburan Saham: 13 Perangkap Emosi Yang Boleh Hancurkan Portfolio Anda
- Saham Untuk Pemula 2026: 7 Kriteria Pilih Saham Pertama di Bursa Malaysia