Tradingview Shariah Indicator

Loading...

Tradingview Shariah Indicator adalah tools yang sangat penting bagi seorang pelabur muslim, tak kiralah sama ada di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa.
Pelaburan saham merupakan pilihan pelaburan popular di kalangan pelabur. Bagaimanapun, bagi pelabur Islam, mencari saham yang patuh Syariah boleh menjadi cabaran. Syariah melarang pelaburan dalam syarikat yang terlibat dalam aktiviti seperti perjudian, arak, dan aktiviti haram lain.
Ramai orang yang ada gunakan Tradingview sebagai charting platform mereka. Dah alang-alang gunakan tradingview, bukankah bagus sekiranya di Tradingview sendiri kita dapat melihat saham mana yang patuh syariah?
Ini adalah salah satu extension yang ada dibangunkan oleh seorang Malaysian developer bernama Azriz Haziq.
Inovasi beliau sepatutnya dipuji kerana menghasilkan extension yang sangat membantu orang islam melabur, bukan sahaja di Bursa Malaysia tetapi juga di pasaran global.
Dia siap berikan nasihat di website beliau :

1. Pergi ke https://tsi.azrizhaziq.com/
2. Tekan simbol browser yang anda gunakan, extension ini boleh didapati untuk browser Edge, Chrome, Firefox dan Brave.

3. Sudah install, maka anda boleh lawati mana-mana page berkaitan seperti Symbol Page, Chart Page dan Screener Page



Tradingview Shariah Indicator ialah alat penapis dalam platform Tradingview yang membolehkan pelabur Islam mengenal pasti saham yang mematuhi undang-undang Syariah. Ia membantu menyaring kaunter yang tidak patuh Syariah secara automatik.
Anda boleh mengaktifkan Shariah Indicator melalui bahagian screener atau chart di Tradingview. Cari pilihan penapis Syariah dan aktifkannya untuk memaparkan hanya kaunter yang patuh Syariah.
Ya, Tradingview menyediakan penapis Syariah untuk pelbagai pasaran termasuk Bursa Malaysia dan juga pasaran antarabangsa. Ia merujuk kepada senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh badan berkaitan.
Pelabur Islam perlu memastikan pelaburan mereka mematuhi prinsip Syariah. Shariah Indicator memudahkan proses penyaringan supaya pelabur tidak perlu menyemak status patuh Syariah secara manual untuk setiap kaunter.
Tradingview Shariah Indicator adalah alat penting bagi pelabur Islam untuk memastikan pelaburan yang dibuat mematuhi prinsip Syariah. Dengan menggunakan penapis ini, proses pemilihan kaunter menjadi lebih mudah dan cekap.
Mulakan perjalanan pelaburan patuh Syariah anda dengan membuka akaun CDS hari ini. Dapatkan juga ebook percuma asas pelaburan kami untuk panduan lengkap pelaburan saham.