Tugas dan Tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah

Loading...

Dalam artikel terdahulu kami ada menerangkan maksud dan jenis kategori Ahli Lembaga Pengarah. Tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah bukanlah mudah.
Dia perlu berlaku jujur, amanah dan sentiasa mendahulukan kepentingan syarikat. Tugas mereka boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu menjalankan tanggungjawab fidusiari dan tanggungjawab statutori.
Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusiarinya dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah seperti yang terkandung dalam Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965.
Ada tiga jenis tanggungjawab fidusiari secara umum lain iaitu:

Seorang pengarah mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada pemegang saham syarikat. Untuk membuktikan bahawa tanggungjawab berkenaan telah dilaksanakan, sebarang keputusan yang dibuat oleh pengarah mestilah memenuhi ketiga-tiga tanggungjawab di atas; berterus-terang, menjaga dan taat.
Pengarah juga dikehendaki melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka dengan tahap yang lebih ketat berbanding dengan tanggungjawab di bawah kontrak. Keputusan yang memenuhi syarat di atas dikira telah memenuhi peraturan perniagaan (business judgment rule) dan akan membolehkan mahkamah melepaskan pengarah jika disaman oleh pemegang saham.
Tanggungjawab fidusiari boleh diturunkan (delegate) tetapi tidak boleh dilepaskan (abdicate).
Aktiviti berikut merupakan tanggungjawab statutori ALP :
Kesimpulan
Pengarah merupakan individu dan pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir syarikat. Bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang pegarah, seseorang individu mesti mempunyai kelayakan dan kredibiliti tertentu. Jika berlaku pertindihan kepentingan, pengarah perlu bertanggungjawab untuk menzahirkan kepentingan beliau. Kegagalan penzahiran ini boleh dikira sebagai kemungkiran tanggungjawab fidusiari sebagai seorang pengarah.
Dalam menjalankan kajian saham, ALP sangat penting dalam mengenal pasti potensi harga sesuatu saham. Maklumat ini boleh diperolehi melalui annual report syarikat. Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui Cara Mengkaji Annual Report.
Tugas utama ALP termasuk mengurus dan mentadbir syarikat dengan jujur dan amanah, mendahulukan kepentingan syarikat, serta memastikan pengurusan korporat yang baik diamalkan.
Tanggungjawab fidusiari bermaksud pengarah wajib bertindak demi kepentingan syarikat dan pemegang saham — jika berlaku pertindihan kepentingan, pengarah perlu menzahirkannya atau boleh dianggap sebagai kemungkiran tugas.
ALP menentukan hala tuju dan keputusan strategik syarikat — pelabur yang mengkaji latar belakang dan prestasi ALP melalui annual report dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih bermaklumat.
Maklumat boleh didapati melalui annual report syarikat yang merangkumi penyata kewangan, laporan pengarah, dan penyata tahunan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Nak mula belajar mengkaji syarikat dan annual report sebelum melabur? Buka akaun CDS anda melalui panduan pembukaan akaun CDS di sini untuk memulakan, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas analisis fundamental.
Bacaan lanjut: