Tutorial Cara Guna Aplikasi Mplus Global

Untuk artikel kali ini kita akan menunjukkan cara guna aplikasi Mplus Global satu persatu.
Aplikasi Mplus Global yang telah dilancarkan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur. Ini kerana akan datang, berkemungkinan besar Broker Malacca Securities akan sepenuhnya menggunakan aplikasi Mplus Global ini untuk menggantikan aplikasi MplusOnline yang kini digunakan untuk membeli saham di Bursa Malaysia.
Ini bermaksud, semua pembelian dan penjualan saham sama ada saham global dan juga saham Bursa Malaysia hanya didagangkan menggunakan platform Mplus Global sahaja.
Paparan Hadapan (Home)
Berikut adalah paparan hadapan untuk aplikasi Mplus Global.

Terdapat 6 segmen tab (kotak nombor 5) yang boleh dipilih daripada paparan hadapan ini iaitu :
- Watchlist
- Markets
- Trade
- News
- Live
- Me
Segmen ‘Me’
Daripada kotak bernombor 5, salah satu segmen yang ada (di sebelah paling kanan) adalah Me.
Bahagian ini menceritakan tentang beberapa perkara.

Atas sekali selepas “Hi” adalah ‘username‘ yang sama seperti Mplus Bursa jika pernah buka sebelum ini.
UID adalah no user, unik untuk setiap client.
Atas kanan, adalah simbol messages yang akan dapat dilihat di seluruh paparan kecuali dalam segmen Trade.

Dalam paparan messages anda boleh lihat notifikasi berkaitan Order anda, Price Alerts, News, Notifikasi Sistem dan Peringatan berkaitan Rewards yang ada.

Seterusnya, dalam segmen ‘me’ ini terdapat 10 fungsi yang boleh digunapakai iaitu :
- My Vouchers
- My Alerts
- Quote Marketplace
- Redemptions
- My Dealer’s Representative
- Invitation Code
- Customer Service
- Help Center
- App Feedback
- Seeting
Mari kita pergi lihat satu persatu fungsi untuk setiap item yang ada dalam segmen ‘me’ ini.
1. My Vouchers

My Vouchers akan menyenaraikan segala tawaran yang tuan/puan layak sekiranya ada. Dalam tu akan ada pecahan lagi seperti vouchers berdasarkan Trading, Market Data, Stock, Discount dan Cash.
2. My Alerts

My Alerts akan menyenaraikan Alert yang anda ada buat untuk mana-mana stock daripada mana-mana exchange.
Anda boleh set alert untuk saham dari mana-mana pasaran sekalipun.
3. Quote Marketplace

Quote Marketplace adalah adalah tempat membeli akses seperti 5level Market Depth sekiranya perlu.
4. Redemptions

Redemptions – sesetengah promosi Mplus akan memerlukan anda memasukkan kod untuk redeem pada bahagian ini.
5. My Dealer’s Representative

My Dealer’s Representative adalah bahagian di mana anda akan dapat lihat siapakah dealer atau remisier untuk akaun anda.
6. Invitation Code

Invitation Code adalah bahagian yang perlu dimasukkan awal-awal lagi sebelum mendaftar akaun. Sesudah akaun siap, tidak akan dapat masukkan lagi.
7. Customer Services

Ruangan Customer Service membolehkan anda menghubungi Mplus untuk isu-isu berkaitan saham atau app. Sekiranya masalah tersebut perlu diajukan kepada Dealer/Remisier, maka pihak Mplus akan memberitahu tuan/puan.
8. Help Centre

Help Center menyenaraikan panduan-panduan asas berkaitan penggunaan app Mplus Global.
9. App Feedback

App Feedback – anda boleh menghantar maklum balas atau features yang anda mahu Mplus tambah baik atau perbaiki sekiranya ada.
10. Setting

Settings – tetapan tambahan untuk Account & Security, Trade Preference, Clear Cache dan untuk Logout.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah aplikasi Mplus Global percuma untuk dimuat turun?
Ya, aplikasi Mplus Global boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store (iOS) dan Google Play Store (Android). Walau bagaimanapun, anda memerlukan akaun CDS yang aktif untuk mula berdagang.
Apakah fungsi utama yang terdapat dalam aplikasi Mplus Global?
Aplikasi Mplus Global menyediakan fungsi seperti jual beli saham, melihat carta harga, memantau portfolio pelaburan, melihat berita pasaran, serta mengakses maklumat kaunter saham di Bursa Malaysia dan pasaran global.
Bagaimana cara menukar tetapan bahasa dalam aplikasi Mplus Global?
Anda boleh menukar tetapan bahasa melalui tab 'Settings' di bahagian bawah aplikasi. Di sana terdapat pilihan untuk Account dan Security, Trade Preference serta tetapan lain termasuk pilihan bahasa.
Bolehkah saya berdagang saham luar negara melalui Mplus Global?
Ya, aplikasi Mplus Global membolehkan anda mengakses pasaran saham global selain Bursa Malaysia. Anda boleh melabur dalam saham dari bursa antarabangsa melalui satu platform yang sama.
Aplikasi Mplus Global adalah alat penting bagi setiap pelabur saham di Malaysia. Pastikan anda memahami setiap fungsi sebelum mula berdagang untuk pengalaman pelaburan yang lebih lancar.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.