Waktu Dagangan Pasaran US

Loading...

Perbezaan timezone antara negara Malaysia dan Amerika Syarikat menyebabkan waktu dagangan mereka tidak sama dengan kita. Ini merupakan antara perbezaan yang ada diantara pasaran Malaysia dan pasaran Amerika Syarikat atau United States of America (US). Jadi, pasaran disana buka pada pukul berapa?
Secara umumnya, pasaran di US mempunyai 3 pembahagian. Pre-market, Regular Trading Hours dan Post Market.
| Pre-Market | Regular Trading Hours | Post-Market |
| 4:00am – 9:30am | 9:30am – 4:00pm | 4:00pm – 8:00pm |
Namun, masa di atas ialah masa di Amerika Syarikat. Kita yang ingin berdagang pasaran US ketika berada di Malaysia pula bagaimana?
Perbezaan antara timezone kita dan mereka ialah 12 jam. Kita lebih cepat 12 jam berbanding mereka. Jadi, jadual di bawah ialah waktu dagangan pasaran US di Malaysia.
| Pre-Market | Regular Trading Hours | Post-Market |
| 4:00pm – 9:30pm | 9:30pm – 4:00am | 4:00am – 8:00am |
Apa pula maksud Pre-Market, Regular Trading Hours dan Post-Market
Ketika Pre-Market dan Post-Market, kita hanya boleh membuat pesanan (order buy and sell) tetapi transaksi hanya akan ‘matched’ ketika Regular Trading Hours sahaja.

Perbezaan timezone memberikan kelebihan dan kekurangan untuk pedagang saham. Ini menjadi satu kelebihan bagi mereka yang sibuk pada waktu siang untuk boleh berdagang pada waktu malam. Pembahagian masa yang efektif diperlukan untuk berdagang mengikut waktu dagangan pasaran US.
Waktu dagangan biasa (Regular Trading Hours) pasaran US bermula pada pukul 9:30 PM hingga 4:00 AM waktu Malaysia. Waktu ini boleh berubah mengikut Daylight Saving Time.
Anda boleh membuat pesanan (order buy and sell) pada bila-bila masa, tetapi transaksi hanya akan 'matched' ketika Regular Trading Hours pasaran US sahaja.
Anda perlu membuka akaun global terlebih dahulu. Buka akaun CDS untuk memulakan proses pendaftaran dan akses ke pasaran saham US.
Ya, muat turun ebook percuma asas saham untuk memahami asas pelaburan sebelum memulakan dagangan di pasaran US.
Bersedia untuk berdagang di pasaran saham US? Muat turun ebook percuma asas saham untuk panduan lengkap pelaburan. Kemudian buka akaun CDS dan mulakan dagangan saham US anda pada waktu malam ini.