Waktu Dagangan Untuk Bursa Malaysia

Semua pelabur atau pedagang di Bursa Malaysia perlu tahu waktu untuk urusniaga supaya tak terlepas peluang atau dapat memastikan order buy atau sell anda dapat berfungsi dengan baik.
Waktu dagangan dibahagikan kepada beberapa sesi seperti berikut:
- Sesi Pra-Pasaran (Pre-Open)
- Waktu: 8:30 pagi hingga 9:00 pagi
- Sesi ini adalah untuk memasukkan, mengubah, dan membatalkan pesanan sebelum pasaran dibuka.
- Sesi Pasaran Dibuka (Continuous Trading)
- Waktu: 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari
- Semasa sesi ini, semua pesanan akan dipadankan secara berterusan dan transaksi saham berlaku secara langsung.
- Sesi Rehat (Lunch Break)
- Waktu: 12:30 tengahari hingga 2:30 petang
- Tiada aktiviti perdagangan berlangsung semasa waktu rehat ini.
- Sesi Pasaran Dibuka Semula (Continuous Trading)
- Waktu: 2:30 petang hingga 4:45 petang
- Dagangan bersambung selepas rehat tengahari, di mana pesanan dan transaksi saham akan dipadankan sehingga pasaran ditutup.
- Sesi Pasca-Tutup (Pre-Close)
- Waktu: 4:45 petang hingga 4:50 petang
- Ini adalah sesi untuk memasukkan, mengubah, dan membatalkan pesanan sebelum pasaran ditutup sepenuhnya.
- Sesi Tutup Pasaran (Closing)
- Waktu: 4:50 petang hingga 5:00 petang
- Pesanan yang masih belum dilaksanakan akan dipadankan dalam sesi ini sebelum pasaran ditutup secara rasmi.
Transaksi yang berlaku pada waktu yang berbeza akan nampak berbeza pada platform. Boleh rujuk Simbol Dan Warna Dalam Platform Trading
Jika ditanya saya, apakah waktu terbaik untuk masuk atau beli saham? Saya lebih kepada swing atau hold lama, ada orang panggil positional trading juga. Jadi dalam hari trading, harga yang paling signifikan adalah harga closing.
Oleh sebab itu saya akan biasanya memilih untuk membeli saham pada pukul 4petang-5petang untuk market Bursa Malaysia sebab kebiasaannya harga pada waktu itu sudah stabil. Signal berdasarkan daily timeframe boleh diyakini tidak berubah kerana harga sudah stabil.
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah waktu dagangan Bursa Malaysia bermula dan berakhir?
Bursa Malaysia dibuka pada pukul 9:00 pagi dan ditutup pada pukul 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat. Terdapat dua sesi utama iaitu sesi pagi (9:00 pagi - 12:30 tengah hari) dan sesi petang (2:30 petang - 5:00 petang).
Apakah sesi pra-pembukaan (pre-opening) Bursa Malaysia?
Sesi pra-pembukaan berlaku sebelum pasaran dibuka secara rasmi. Pada waktu ini, pelabur boleh memasukkan pesanan beli atau jual tetapi tiada transaksi berlaku sehingga pasaran dibuka dan pesanan dipadankan.
Bolehkah saya membeli saham di luar waktu dagangan?
Anda tidak boleh membuat transaksi di luar waktu dagangan rasmi. Walau bagaimanapun, anda boleh memasukkan pesanan melalui platform trading dan pesanan tersebut akan diproses pada sesi dagangan seterusnya.
Apakah waktu terbaik untuk membeli saham di Bursa Malaysia?
Waktu terbaik bergantung kepada strategi pelaburan anda. Bagi pelabur swing atau positional trading, waktu menjelang penutupan pasaran (4:00 - 5:00 petang) sering dipilih kerana harga sudah stabil dan signal daily timeframe lebih boleh diyakini.
Memahami waktu dagangan Bursa Malaysia adalah langkah pertama penting sebelum anda mula melabur. Pastikan anda bersedia dengan ilmu dan akaun yang betul sebelum memulakan perjalanan pelaburan anda.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.