Tarikh-tarikh penting pemberian dividen supaya layak dapat

Loading...

Kebiasaannya setiap suku tahun syarikat akan memberikan sebahagian keuntungan mereka kepada pemegang saham dengan pemberian dividen.
Namun tidak semua syarikat berbuat demikian. Ia bergantung juga pada syarikat itu sendiri.
Disamping itu, pengarah syarikat akan pertimbangkan samada syarikat harus mengagihkan keuntungan kepada pelabur dengan membayar dividen atau dengan membeli semula saham syarikat.
Jika pengarah memutuskan untuk membayar dividen, terdapat beberapa tarikh penting yang perlu diberi perhatian.
Sebagai contoh, pengarah syarikat telah memutuskan untuk isytiharkan pemberian dividen.
Kemudian, syarikat perlu nyatakan tarikh pembayaran dan beberapa tarikh penting lain berkenaan dengan dividen tersebut.
Terdapat 3 tarikh penting terutamanya kepada pemegang saham iaitu ex-dividend date, entitlement date/date of record, dan payment date.
Adalah tarikh bagi menentukan sama ada anda (pemegang saham) layak atau tidak menerima dividen yang diisytiharkan.
Walaupun anda menjual saham pada atau selepas tarikh ini, anda layak mendapat dividen kerana masih menjadi pemegang rekod.
Manakala pemegang saham baru yang baru beli dan memiliki saham pada tarikh ini tidak dapat dividen kerana tidak memegang saham pada tarikh rekod (date of record).
Namun, jika anda menjual saham sebelum tarikh ini, anda juga tidak layak mendapat dividen.
Adalah tarikh dimana pelabur mestilah pemegang saham berdaftar supaya berhak mendapat dividen.
Semua pelabur yang merupakan pemegang saham rasmi sehingga pada tarikh ini akan menerima dividen yang telah diumumkan.
Pemegang saham ini dipanggil sebagai pemegang rekod.
Tarikh yang ditetapkan oleh pengarah syarikat dimana syarikat akan membuat bayaran dividen kepada pemegang rekod. Ia juga dikenali sebagai payable date.
Anda juga akan diberitahu melalui email atas bayaran dividen yang diberikan.
Biasanya, tarikh ini adalah seminggu atau 2 minggu selepas date of record.
Untuk lebih memahami tarikh-tarikh ini, lihat urutan tarikh berdasarkan contoh kalendar ini.

Empat tarikh penting ialah Declaration Date (tarikh pengumuman), Ex-Dividend Date (tarikh tanpa dividen), Date of Record (tarikh pemegang rekod), dan Payment Date (tarikh bayaran dividen).
Anda perlu membeli saham sebelum Ex-Dividend Date. Jika membeli pada atau selepas tarikh tersebut, anda tidak layak menerima dividen yang telah diumumkan.
Biasanya Payment Date adalah seminggu hingga dua minggu selepas Date of Record. Anda akan dimaklumkan melalui email mengenai bayaran dividen yang diberikan.
Ya, jika anda menjual saham pada atau selepas Ex-Dividend Date, anda masih layak tersenarai sebagai pemegang rekod dan akan menerima dividen pada Payment Date.
Memahami tarikh-tarikh dividen membantu anda merancang strategi pelaburan yang lebih bijak dan memaksimumkan pendapatan pasif daripada saham.
Buka akaun CDS hari ini untuk mula melabur dalam saham dividen di Bursa Malaysia dan jana pendapatan pasif.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk memahami strategi pelaburan dividen yang berkesan.
Bacaan lanjut: