Elemen Penting Dalam Analisa Kewangan: Aset

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Semoga korang semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Doakan juga agar team Mahersaham dipermudahkan urusan agar mudah bagi kami berkongsi ilmu saham kepada anda semua.
Baik, hari ini saya akan sambung perkongsian mengenai elemen penting dalam analisa kewangan bagi part 2.
Part 1 saya telah terangkan secara ringkas 5 elemen penting.
Untuk siri yang kali ini saya nak terangkan secara terperinci elemen yang pertama iaitu aset.
Aset (asset) merupakan wang tunai dan harta benda seperti tanah, rumah dan bangunan yang dimiliki oleh seseorang, sesebuah syarikat atau pertubuhan.
Ia adalah harta bernilai yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan agar mendapat income kepada perniagaan tersebut.
Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam analisa kewangan.
Sudah pasti istilah ini kurang familiar kepada mereka yang tidak belajar bidang accounting.
Jadi kepada mereka yang tidak belajar bidang accounting tetapi ingin melakukan analisa kewangan sebelum melabur dalam sesuatu syarikat, jom ramai-ramai kita belajar hari ini.
Semua pasti sudah tahu cash adalah wang tunai.
Tetapi apa pulak yang di maksudkan dengan cash equivalents?
Cash equivalents adalah benda yang hampir sama dengan nilai wang tunai.
Korang rasa apa tu?
Sesebuah syarikat ada duit lebihan maka duit tersebut akan di letakkan dalam marketable securities ataupun dalam money market.
Apa marketable securities dan money market ni?
Ia adalah aset yang dapat dicairkan menjadi tunai dengan cepat.
Lebih kepada nak simpan duit lebihan dalam satu tempat namun bila syarikat perlukan duit tersebut maka mereka akan keluarkan semula.
Main point adalah tak susah nak keluarkan semula duit yang disimpan.
Ia adalah akaun aset pada kunci kira-kira yang mewakili wang yang perlu dibayar kepada syarikat dalam jangka pendek.
Bagaimana ia berlaku?
Apabila syarikat membenarkan pembeli membeli barang atau perkhidmatan mereka secara kredit.
Contohnya, seorang pelanggan membeli produk daripada Syarikat ABC menggunakan kad kredit.
Walaupun pelanggan tersebut sudah mendapatkan produk tetapi dia belum membayarnya.
Maka bayaran atau duit pelanggan tadi akan masuk dalam accounts receivable.
Ringkasnya adalah jumlah keseluruhan yang telah ditagih (billed) syarikat kepada pelanggan untuk barang dan perkhidmatan yang telah mereka berikan tetapi belum menerima pembayaran.
Ia adalah jenis aset yang dihasilkan daripada perniagaan yang membuat pembayaran awal untuk barang atau perkhidmatan yang akan diterima pada masa akan datang.
Selagi kita belum terima barang atau perkhidmatan maka duit deposit (pembayaran awal) adalah milik kita.
Stok barang sesuatu syarikat.
Sebagai contoh syarikat Maher Niaga ada menjual beberapa produk Merchandise Mahersaham maka produk yang belum terjual adalah inventory syarikat tersebut.


Dapatkan Merchandise Mahersaham secara online di shoppe.
Ia merupakan aset jangka masa panjang (long term asset).
Contohnya mesin yang digunakan.
Ada mesin yang mempunyai jangka hayat (lifespan) sehingga 5-7 tahun.
Aset ialah sumber yang dimiliki oleh syarikat untuk menghasilkan pendapatan atau memudahkan urusan perniagaan. Aset terbahagi kepada current assets (aset semasa) dan non-current assets (aset jangka panjang).
Aset membantu pelabur menilai kekuatan kewangan sesebuah syarikat. Syarikat yang mempunyai aset kukuh biasanya lebih stabil dan mampu menjana pendapatan secara konsisten.
Current assets ialah aset yang boleh ditukar kepada wang tunai dalam tempoh setahun seperti inventori dan akaun belum terima. Non-current assets pula adalah aset jangka panjang seperti hartanah, loji, dan peralatan.
Pelabur boleh membandingkan jumlah aset dengan liabiliti syarikat untuk menilai kesihatan kewangan. Nisbah aset kepada liabiliti yang tinggi menunjukkan syarikat dalam kedudukan kewangan yang baik.
Ingin mendalami analisa kewangan untuk pelaburan saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan mulakan pelaburan anda dengan ilmu yang mantap. Muat turun juga ebook saham percuma kami untuk panduan lengkap.