Continuation Chart Pattern- Bullish

Loading...

Continuation chart pattern bullish bermaksud sesuatu pattern yang akan meneruskan trend bullish atau meneruskan pergerakan ke atas.
Terdapat 3 chart pattern iaitu:
Pergerakkan saham masih lagi dalam keadaan uptrend kemudian ada sedikit kejatuhan namun kejatuhan tersebut tidak mendadak.
Ada juga yang mengelar kejatuhan tersebut sebagai sideway.
Kenapa?
Kerana selepas ini ia akan breakout untuk meneruskan uptrend.
Macam mana nak detect falling edge?
Syarat falling wedge adalah:
Boleh rujuk gambar rajah di bawah.
Bagi sesiapa yang telah belajar teknik Elliot wave,dalam teknik tersebut ada menceritakan tentang falling edge dan ia digelar sebagai diagonal.
Falling wedge salah satu pattern yang memang padu
Kenapa?
Bila berlaku falling wedge, kesannya adalah berlaku uptrend dengan lebih laju.

Macam mana nak tahu pattern tu masih dalam keadaan uptrend?
Selagi mana harga saham tak pecah support sebelumnya.
Support terpulang kepada anda yang letak di bahagian mana.
Ada orang letak support yang terdekat (sebelum ini) ada pula yang letak bawah sikit ikut trading plan masing-masing.

Gambar rajah di atas merupakan contoh falling wedge continuation chart pattern.
Kalau korang tengok contoh di atas, memang padu la, sebatang candle morubozu panjang setelah breakout.
Mengikut kamus pennant adalah bendera segitiga panjang dan sempit.

Macam mana bentuk bullish penannt ni?
Bentuk bullish pennant hanya kecil sahaja dan candle dalam pennant hanya sedikit tak banyak. Berbeza dengan falling wedge.
Selain itu, ia juga berbentuk seperti symmetrical triangle atau semi triangle.

Berdasarkan gambar di atas korang boleh tengok yang bullish pennant ni dua trendline dia straight dan tidak selari.
Di dalam dia ada candle yang membentuk garis kecil 1,2,3,4 dan 5.
Berbeza dengan falling wedge yang di atas tadi kalau korang tengok dia punya garisan dua dua selari.
Adakah pada wave 3 ia akan tembus jadi breakout dalam Bullish pennant ni?
Haaa…biasanya dia akan breakout selepas 1,2,3,4 dan 5 ia akan zappp terus naik ke atas.
Boleh rujuk contoh di bawah.

Ini adalah antara pattern yang mudah untuk di cari.
Ia dalam keadaan sideway.
Awalnya ia telah membuat uptrend kemudian ia sideways seketika sebelum meneruskan lagi uptrend.

Kenapa sideway berlaku?
Biasanya sideway berlaku kerana ia nak mencari momentum untuk naik lebih jauh.
Bila sideways dah complete ia akan breakout.
Berapa lama?
Tiada siapa yang pasti.
Ada sideways yang lama, ada juga yang sekejap.

Korang boleh rujuk gambar rajah di atas untuk contoh bullish rectangle.
Continuation chart pattern ialah corak carta yang menunjukkan harga akan meneruskan trend sedia ada selepas fasa pengukuhan (consolidation). Ia memberi signal bahawa momentum asal masih kuat.
Bullish pennant terbentuk apabila harga naik dengan mendadak (tiang bendera) kemudian membuat consolidation dalam bentuk segi tiga kecil. Apabila harga breakout ke atas, ia mengesahkan continuation bullish.
Tempoh sideways dalam bullish rectangle berbeza-beza dan tiada jangka masa yang pasti. Ada yang berlaku dalam beberapa hari sahaja manakala ada yang mengambil masa berminggu-minggu sebelum breakout berlaku.
Ya, continuation pattern lebih berkesan apabila digabungkan dengan indikator teknikal lain seperti volume, RSI dan moving average untuk mengesahkan signal breakout dan mengurangkan risiko false breakout.
Berminat nak mula melabur saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini dan mulakan perjalanan pelaburan anda.
Baru nak belajar tentang saham? Dapatkan ebook asas saham percuma daripada Mahersaham sekarang!
Bacaan lanjut: