Apa Maksud Pricing Power?

Loading...

Pricing Power ialah keupayaan syarikat untuk menaikkan harga produk atau servis tanpa kehilangan pelanggan.
Contohnya:
Bila harga Milo naik, ramai tetap beli juga.
Tapi kalau harga kopi jenama tak terkenal naik, mungkin pelanggan lari ke pilihan lain.
Syarikat yang ada pricing power biasanya mempunyai:
✅Jenama yang kukuh,
✅Produk yang sukar diganti,
✅Atau pelanggan yang ‘setia’ dan sanggup bayar lebih.
Syarikat yang ada pricing power boleh kekalkan margin keuntungan walaupun kos meningkat. Dalam keadaan inflasi atau ketidaktentuan ekonomi, ini memberi mereka kelebihan besar berbanding pesaing lain.
Antara faedah pricing power:
Margin keuntungan stabil
Aliran tunai konsisten
Lebih tahan lama dalam jangka panjang
Pelabur lebih yakin
Saham Patuh Syariah Yang Ada Pricing PowerBerikut contoh syarikat patuh syariah yang menunjukkan ciri pricing power — berdasarkan produk, kedudukan pasaran dan jenama yang kuat:
🇲🇾 Di Malaysia:
✅ Nestlé Malaysia Berhad (NESTLE)
Produk seperti Milo, Maggi dan Nescafé sangat dikenali dan digunakan setiap hari. Bila harga naik sedikit, pengguna masih kekal setia.
✅ Fraser & Neave Holdings (F&N)
Jenama minuman seperti 100 Plus, Teh Seasons dan Fanta memberi kekuatan pasaran. Syarikat ini sudah lama bertapak dan produk mereka ada permintaan tetap.
✅ QL Resources Berhad (QL)
Syarikat agromakanan ini menghasilkan barangan makanan laut dan ayam proses. Mempunyai pasaran besar di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
✅ Mr D.I.Y. Group (MRDIY)
Walaupun menjual barang murah, Mr DIY memiliki kuasa jenama dan kedudukan dominan dalam sektor runcit ‘home improvement’. Pelanggan tetap datang walaupun harga berubah sedikit.
✅ Padini Holdings Berhad (PADINI)
Dalam sektor pakaian mampu milik, Padini mempunyai kekuatan jenama yang kukuh di Malaysia, khususnya untuk golongan pertengahan.
✅ Apple Inc. (AAPL)
Walaupun produknya mahal, iPhone dan Mac tetap laku. Apple mencipta ‘ekosistem’ yang buatkan pelanggan sukar beralih ke jenama lain. [Disahkan patuh syariah oleh beberapa penyedia saringan antarabangsa seperti Zoya, Islamicly]
✅ Adobe Inc. (ADBE)
Perisian seperti Photoshop, Illustrator, dan Premiere Pro digunakan secara meluas, terutama oleh profesional kreatif dan syarikat. Syarikat ini juga patuh syariah di bawah saringan antarabangsa.
Pricing power ialah keupayaan sesebuah syarikat untuk menaikkan harga produk atau perkhidmatan tanpa kehilangan pelanggan secara ketara. Syarikat yang mempunyai pricing power biasanya memiliki jenama kukuh, produk unik, atau kedudukan monopoli dalam pasaran.
Syarikat dengan pricing power mampu mengekalkan atau meningkatkan margin keuntungan walaupun kos bahan mentah naik atau ekonomi melembap. Ini menjadikan mereka lebih stabil dan berpotensi memberi pulangan konsisten kepada pelabur dalam jangka panjang.
Perhatikan sama ada syarikat boleh naikkan harga tanpa pelanggan beralih kepada pesaing. Tanda-tanda termasuk jenama yang dikenali ramai, produk yang sukar diganti, kos beralih yang tinggi untuk pelanggan, dan margin keuntungan yang stabil atau meningkat dari tahun ke tahun.
Contoh di Malaysia termasuk Nestle Malaysia dan Dutch Lady yang mempunyai jenama kukuh dalam sektor makanan dan minuman. Di peringkat antarabangsa, Apple dan Adobe juga dikenali mempunyai pricing power yang kuat kerana ekosistem produk mereka yang sukar ditinggalkan pelanggan.
Mahu mula melabur dalam syarikat yang mempunyai pricing power?
Buka akaun CDS melalui Daftar Akaun CDS Mplus untuk mula melabur di Bursa Malaysia.
Baru nak belajar saham? Download Ebook Asas Saham Percuma untuk fahami asas pelaburan.
Bacaan lanjut: