Apa Nak Buat Kalau Saham Jadi Tak Shariah

Loading...

Inilah keindahan Bursa Malaysia kepada semua terutama muslim kerana Saham Bursa Malaysia terdapatnya Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS).
Panel MPS akan bersidang 2 kali setahun iaitu pada bulan MEI dan NOVEMBER untuk mengaudit status shariah kesemua syarikat yang ada di Bursa Malaysia.
Jika dilihat ahli panel MPS SC ini hebat-hebat semuanya seperti Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ( Executive Chairman Amanie Group ), Associate Professor Dr. Aznan Hasan (Associate Professor IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) International Islamic University Malaysia) , Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Chief Executive Officer Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd.) dan lain-lain.
Rujukan di Member of Shariah Advisory Council
Jadi disini kita sebagai pelabur tidak perlu risau lagi bab halal sebab memang ada Badan Khas yang memantau setiap tahun.

Dalam kes ini, keuntungan yang dijana selepas tarikh status syariah baru berkuatkuasa perlu disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan.
Pada 30 NOVEMBER 2016 SAHAM A tersebut menjadi tidak patuh shariah. Nilai Saham pada masa itu adalah RM2,500. Jadi keuntungan sebanyak RM1,500 boleh simpan dan tidak perlu di bersihkan kerana keuntungan anda jana adalah semasa dalam tempoh saham itu dalam status PATUH SHARIAH.
Tetapi jika anda tidak jual pada 30 NOVEMBER 2016, pada 31 DISEMBER 2016 anda baru nak jual SAHAM A tersebut.
Nilai pegangan waktu itu adalah RM2,600. Jadi anda hanya boleh ambil RM2,500 sahaja. RM100 itu perlu dilupuskan kerana keuntungan RM100 itu di jana ketika SAHAM A telah menjadi TIDAK PATUH SHARIAH sejak 30 NOVEMBER 2016.
Jadi dengan kata lain anda perlu tahu tarikh pertukaran status shariah kepada tidak shariah sahaja.
Sekiranya modal yang dilabur belum mendatangkan keuntungan, saham masih boleh dipegang sehingga dapat memberi pulangan modal semula.

Contoh beli SAHAM B pada 10 JANUARI 2014 dengan nilai RM1,000.
Pada 30 NOVEMBER 2014 SAHAM B tersebut menjadi Tidak Patuh Shariah. Nilai Saham pada masa itu adalah RM800. Jadi saham tersebut boleh di PEGANG lagi sehingga sampai sama (break even) nilai asal iaitu RM1,000.
Kemudian contoh pada 31 JANUARI 2015 SAHAM B ini capai nilai RM1,000. Jadi anda boleh jual dan ambil semua pegangan itu kerana ia sama dengan nilai pokok asal walaupun saham ini diisytihar TIDAK PATUH SHARIAH pada 30 NOVEMBER 2014.
Andai kata saham syariah yang dibeli bertukar status kepada tak syariah, fahamkan 2 contoh yang telah diberikan. Rujuk atau berhubung terus dengan Pejabat Agama negeri masing-masing untuk tujuan pembersihan atau pelupusan keuntungan yang tidak patuh shariah tersebut.
Jika buka akaun CDS jenis Islamic tak perlu risau bab takut terbeli saham Tidak Patuh shariah kerana akaun jenis Islamic memang auto reject jika terbeli saham tidak patuh shariah.
Anda perlu merujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah (MPS). Jika saham tersebut rugi, anda boleh pegang sehingga break even dan kemudian jual. Jika untung, keuntungan yang diperoleh selepas pengumuman perlu dilupuskan melalui badan agama negeri.
Saham patuh Shariah biasanya ditandakan dengan simbol bulat di sebelah nama kaunter pada platform dagangan anda. Jika tiada simbol tersebut, saham itu tidak patuh Shariah.
Ya, akaun CDS jenis Islamic mempunyai fungsi auto reject yang secara automatik menghalang anda daripada membeli saham yang tidak patuh Shariah.
Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti biasanya bersidang 2 kali setahun, pada bulan Mei dan November, untuk mengemaskini senarai saham patuh Shariah di Bursa Malaysia.
Pelaburan saham yang berjaya bermula dengan ilmu dan akaun yang betul. Jangan tunggu lagi — ambil tindakan sekarang.
Buka Akaun CDS: Buka akaun CDS Mplus hari ini untuk mula melabur dalam saham patuh Shariah.
Muat Turun Ebook Percuma: Dapatkan ebook asas saham percuma dari Mahersaham untuk panduan lengkap pelaburan.