ASB: Agihan Pendapatan 4.25 Sen Seunit

Loading...

Hai dan Assalamualaikum. Tuan-tuan dan puan-puan…baru-baru ni pada 23 Disember 2020 telah keluar pengumuman pengagihan pendapatan oleh ASB iaitu Amanah Saham Bumiputera. Ia secara langsung telah di umumkan di Facebook PNB @PNBmy.official yang bermula pada 10.30 pagi semalam.
Pengumuman ini untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020. Berikut gambar di bawah adalah iklan pengumuman tersebut di Facebook. Pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz menerusi sidang media secara maya.

Menerusi pengumuman yang dibuat tersebut..Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 4.25 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Selain itu, pembayaran khas Ehsan 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Cara kira dividen ASB ialah total unit yang anda ada darab dengan 4.25sen. Dan.. untuk 0.75 hanya boleh darab kepada 30 ribu unit yang pertama sahaja.
Agihan pendapatan ini akan kekal kompetitif dalam iklim pelaburan semasa yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Walaupun Malaysia mengalami situasi ekonomi makro yang mencabar dan pasaran kewangan yang tidak menentu akibat daripada beberapa isu besar yang melanda dunia seperti COVID-19..namun, ASNB tetap mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berjumlah RM7.6 bilion untuk 10.2 juta pemegang unit.
ASB juga terus memberikan pengagihan kompetitif sebanyak 4.25 sen seunit.
Selain itu, prestasi ASB dilihat kekal kompetitif berbanding instrumen pelaburan berisiko rendah yang lain.
PNB akan terus memberikan tumpuan terhadap strategi pelaburan jangka panjang.
Strategi itu akan berdasarkan penilaian asas-asas dan pada masa yang sama akan kekal berhati-hati dalam menghadapi cabaran bagi tempoh jangka pendek hingga pertengahan demi menjana pendapatan yang padu untuk para pemegang unit amanahnya.
PNB juga akan kekal optimis terhadap masa depan dan institusi pengurusan dana itu akan terus melaksanakan usaha pempelbagaian selanjutnya bagi mengelak tumpuan berlebihan terhadap risiko.
Selain daripada itu, mereka juga akan terus berusaha bagi mempelbagaikan portfolio pelaburan.
Ia bertujuan agar dapat mewujudkan portfolio yang mampu mengharungi cabaran dalam semua keadaan ekonomi dan semasa.
Kesimpulannya, walaupun PNB menghadapi keadaan agak mencabar dengan situasi pandemik COVID-19 dan ekonomi dunia yang tidak stabil namun mereka tetap memberikan dividen walaupun ianya tidak banyak seperti tahun-tahun yang lalu.
Pengagihan pendapatan dan pembayaran khas Ehsan ini sedikit sebanyak menyumbang secara positif dalam mengurangkan impak kelembapan dalam ekuiti domestik dan ekonomi global.
Disamping itu juga, ASB terus menjadi pilihan tepat bagi individu yang mempunyai profil risiko rendah dan melabur untuk jangka panjang.
ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit berserta bonus Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit, menjadikan jumlah keseluruhan 5.00 sen seunit untuk pemegang unit ASB.
Ya, ASB sangat sesuai untuk pelabur baru kerana ia mempunyai profil risiko rendah, diuruskan secara profesional oleh PNB dan memberikan pulangan dividen yang konsisten setiap tahun.
Agihan pendapatan adalah pulangan tetap berdasarkan prestasi pelaburan ASB, manakala bonus Ehsan adalah pembayaran tambahan khas yang diberikan oleh PNB sebagai ganjaran kepada pemegang unit setia.
Ya, selain ASB anda juga boleh melabur terus dalam saham di Bursa Malaysia. Anda memerlukan akaun CDS untuk mula berdagang saham secara langsung di pasaran saham.
Selain ASB, anda juga boleh melabur terus dalam saham di Bursa Malaysia untuk pulangan yang lebih tinggi. Buka akaun CDS dengan Mahersaham hari ini untuk mula melabur dalam saham. Jika anda masih baru dalam dunia pelaburan, dapatkan ebook percuma Mahersaham sebagai panduan asas.