Average Price- Bagaimana ia Berlaku?

Loading...

Price averaging bermakna harga purata mengikut lot yang kita pegang. Korang rasa kenapa ia berlaku dan bagaimana ia berlaku dalam pelaburan di Bursa Malaysia?
Sudah semestinya ia berlaku apabila anda membeli kaunter yang sama namun pada harga yang berbeza.
Ia boleh berlaku sekiranya beli pada hari yang sama ataupun hari yang berlainan.
Tetapi kita kena ambil perhatian bahawa teknik price averaging sangat berisiko tinggi.
Kerana bagi mereka yang tak nak cut loss, mereka akan guna teknik price averaging sebab mereka yakin bahawa harga sesuatu saham boleh naik.
Oleh itu, price averaging hanya sesuai untuk saham-saham yang fundamental analysis syarikat tersebut baik.
Andai sesuatu saham itu hanya spekulasi semata-mata maka iya sangat berisiko tinggi.
•15 April 2020, beli 100 unit saham X pada harga RM2.01
•2 Julai 2020, beli 100 unit saham X pada harga RM2.79

Average price = [(Harga belian pertama x unit saham belian pertama) + (Harga belian seterusnaya x unit saham belian seterusnya)] / (unit saham belian pertama + unit saham belian seterusnya)
•Average price = [(2.01 x 100) + (2.79 + 100)] / (100 + 100)
•Average price = RM 2.40

Jika kita rujuk gambar rajah di atas, garisan biru merupakan average price untuk harga dua garisan merah.
Average up untuk maksimakan keuntungan. Kebiasaannya akan topup kurang daripada jumlah asal lot yang dibeli.
Korang rasakan kenapa topup kurang?
Kerana kebiasaannya bila harga saham dah naik, risiko akan lebih tinggi.
Jadi apa yang perlu kita buat adalah topup kurang daripada jumlah asal lot yang dibeli.
Entry pertama beli 100 unit. Entry kedua Cuma 50 unit sahaja
•EP 1 : 100 unit saham Y pada harga RM 1.00
•EP 2 : 50 unit saham Y pada harga RM 1.50
•Average Price : ( RM1 x 100 ) + ( RM1.50 x 50 ) / ( 100 + 50 )
= RM 1.17
Average down supaya mudah untuk breakeven (Point di mana tiada kerugian dan keuntungan yang minimum yang diperolehi oleh Trader) sekiranya harga jatuh dan berdasarkan kajian, kita yakin nilai sebenar saham adalah lebih tinggi.
Jadi apa yang perlu kita buat adalah topup lebih daripada jumlah asal lot yang dibeli.
Namun, strategi ini amat berisiko tinggi.
Pastikan bila nak average down, pilih kaunter-kaunter yang berkualiti bukan yang penny atau kaunter yang tiada fundamental analysis yang baik.
•EP 1 : 100 unit saham Z pada harga RM 1.00
•EP 2 : 200 unit saham Z pada harga RM 0.80
•Average Price : ( RM1 x 100 ) + ( RM0.80 x 200 ) / ( 100 + 200 )
= RM 0.87
Perbezaan apabila price averaging dan exclude averaging price

Sila ambil perhatian bahawa
1 lot = 100 unit

Korang faham tak macam mana dapat value unrealized profit sebanyak RM300?
Macam ni sebenarnya, harga saham terkini (belian terakhir) adalah 55 sen dan harga average buy adalah 52 sen.
Belian terakhir adalah sebanyak 100 lot.
Unrealized profit = (55 sen – 52 sen) x 10 000 unit = RM 300.
Harapnya korang faham, kalau kurang jelas boleh komen kat bawah.
Average price atau harga purata ialah harga keseluruhan yang dikira berdasarkan jumlah lot dan harga belian yang berbeza. Apabila anda membeli saham yang sama pada harga berbeza beberapa kali, sistem broker akan mengira harga purata keseluruhan pegangan anda secara automatik.
Average price dikira dengan menjumlahkan semua nilai belian dan membahagikannya dengan jumlah unit saham yang dipegang. Contohnya, jika anda beli 100 lot pada RM0.50 dan 100 lot lagi pada RM0.52, average price anda ialah RM0.51 kerana jumlah kos dibahagikan dengan jumlah unit keseluruhan.
Average down berlaku apabila anda membeli saham tambahan pada harga lebih rendah daripada belian asal, menyebabkan harga purata turun. Average up pula berlaku apabila anda membeli pada harga lebih tinggi, meningkatkan harga purata. Kedua-dua strategi mempunyai risiko dan kelebihan tersendiri bergantung pada analisis saham tersebut.
Unrealized profit atau loss dikira dengan menolak average price daripada harga semasa saham, kemudian didarab dengan jumlah unit yang dipegang. Jika harga semasa lebih tinggi daripada average price, anda mempunyai unrealized profit. Sebaliknya, jika lebih rendah, ia adalah unrealized loss.
Jom mulakan pelaburan saham anda dengan membuka akaun CDS sekarang untuk mula membeli saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan ebook asas saham secara percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.
Bacaan lanjut: