Bearish Candlestick

Loading...

Istilah bearish candlestick di ambil daripada nama haiwan ‘bear’ (beruang). Kalau korang perasan, macam mana bear attack?
Bear akan menyerang daripada atas ke bawah. Kondisi ini menjadi penyebab bearish candlestick juga dikenali sebagai penurunan harga.
Candlestick bearish yang berwarna merah bererti harga saham mengalami penurunan di mana ia terjadi kerana penjual lebih banyak daripada pembeli.
Market dalam keadaan downtrend kemudian apabila jumpa dengan candlestick bearish maka market akan meneruskan keadaan downtrend.

Market dalam keadaan uptrend kemudian apabila jumpa dengan candlestick bearish maka market akan bertukar kepada downtrend.


Awalnya market dalam keadaan uptrend, apabila bearish engulfing berlaku maka reversal pattern akan berlaku.
Di mana akan berlakunya, downtrend.
Apa kriteria bearish engulfing ni? Candle akan ‘makan’ candle sebelahnya?
Hahhhh? bagaimana tu?
Rujuk gambar rajah di atas.
Kondisi yang dimaksudkan adalah candlestick merah akan memakan kesemua candlestick hijau.
Boleh rujuk contoh dalam trading view di bawah.

Ini adalah signal yang kuat untuk bearish.
Lagi kecil body candlestick lagi kuat signal bearish.
Lagi panjang ekor candlestick lagi kuat signal bearish.
Apabila market tengah uptrend kemudian berjumpa dengan shooting star lepas itu confirm akan downtrend.

Apa petanda shooting star?
Body candlestick kecil tetapi ekor panjang.
Candlestick berada di puncak. Tak kisah warna merah atau hijau.
Faham tak?
Korang rujuk gambar di bawah ini.

Fokus kepada 3 candlestick yang berada dalam kotak merah dalam gambar rajah di bawah.
Apabila market tengah uptrend, candlestick pertama warna hijau.
Kemudian ada gap up dan ada candlestick kecik (tak kisah warna merah atau hijau) di atas.
Seterusnya candlestick ketiga berwarna merah.
Faham tak?
Korang rujuk gambar di bawah ini.

Bila jumpa tiga kondisi ini maka itu adalah evening star.

Sejarah nama candlestick Three Black Crows ini adalah apabila orang tersebut melihat 3 burung gagak jatuh satu persatu.
Apa kaitan dengan jenis candlestick ini?

Kondisi three black crows berlaku apabila market tengah uptrend kemudian hari selepas itu terjadi candlestick merah yang pertama.
Kemudian hari kedua candlestick kedua juga warna merah walaupun pada awalnya open price lagi tinggi daripada close semalamnya (harga di antara body candlestick merah yang pertama).
Di hari ketiga, candlestick ketiga juga terjadi seperti yang kedua. Di mana open price lagi tinggi daripada close semalamnya (harga di antara body candlestick merah yang kedua). Namun close price lagi rendah daripada hari sebelum-sebelum ini.
Dan ia meneruskan downtrend.

Dalam bahasa jepun, harami bermaksud mengandung.
Kalau korang lihat bentuk candlestick harami ini pun seperti bentuk perut yang tengah mengandung.
Candlestick yang kedua itu kecik sahaja. Ibarat perutlah.

Jadi bagaiman kondisi harami ini terjadi?
Awalnya market dalam keadaan uptrend kemudian keesokkannya terjadi candlestick merah yang kecik.
Di mana saiz body candlestick kedua di antara body candlestick yang pertama.
Open price dan close price candlestick kedua adalah di antara range body candlestick yang pertama.
Rujuk gambar rajah di atas.
Setelah itu jadilah downtrend.

Harapnya korang memahami ilmu mengenai bearish candlestick ini.
Agar lebih mudah bagi kita membuat trading plan.
Ingat ada banyak lagi jenis bearish candlestick.
Yang kita belajar hari ini ada 5 jenis bearish candlestick.
Semoga bermanfaat!!
Bearish candlestick adalah corak carta yang menunjukkan tekanan jualan yang kuat. Ia dinamakan sempena beruang (bear) kerana beruang menyerang dari atas ke bawah, sama seperti harga saham yang menurun. Apabila corak bearish candlestick terbentuk, ia memberi isyarat bahawa penjual menguasai pasaran dan harga mungkin akan jatuh.
Antara jenis bearish candlestick yang penting termasuk Shooting Star, Hanging Man, Bearish Engulfing, Evening Star, dan Bearish Harami. Setiap corak mempunyai bentuk dan ciri tersendiri yang memberikan isyarat berbeza tentang potensi penurunan harga saham.
Bearish candlestick membantu trader mengenal pasti potensi pembalikan harga daripada uptrend kepada downtrend. Dengan memahami corak-corak ini, trader boleh merancang strategi keluar (exit strategy) atau mengelak daripada membeli saham pada masa yang kurang sesuai, sekali gus mengurangkan risiko kerugian.
Tidak digalakkan. Bearish candlestick perlu disahkan dengan faktor lain seperti volume dagangan yang tinggi, kedudukan pada paras resistance, dan indikator teknikal tambahan seperti RSI atau MACD. Pengesahan ini penting untuk mengelakkan isyarat palsu (false signal) yang boleh menyebabkan kerugian.
Berminat nak mula melabur saham? Buka akaun CDS dengan Mahersaham untuk akses kepada platform dagangan yang lengkap.
Masih baru dalam dunia saham? Muat turun ebook percuma Mahersaham dan pelajari asas pelaburan saham dari awal.
Bacaan lanjut: