Reversal Chart Pattern

Loading...

Assalamualaikum, hai dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog Mahersaham hari ini.
Korang apa khabar? Semoga korang sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baik dari segi fizikal, emosi dan juga rohani.
Baik, hari ini kita akan belajar sedikit sebanyak mengenai chart pattern.
Jom mulakan!!!
Terdapat 3 jenis chart pattern yang wujud setakat ini iaitu:
Hari ini, kita akan fokus kepada reversal chart pattern.
Reversal chart pattern bermaksud perubahan trend harga saham daripada uptrend kepada downtrend dan sebaliknya.
Bagaimana ia berlaku?
Apabila kita menjumpai/melihat sesuatu pattern dekat chart itu semasa melakukan analisa teknikal, ada kemungkinan akan berlaku reversal dalam trend sesuatu pergerakan harga saham tersebut.
Sebagai contoh, mungkin kaunter tersebut sebelum ni tengah mengalami downtrend, kemudian keluar satu chart pattern
Maka daripada situ kita boleh expect daripada downtrend mungkin ia akan berlaku uptrend. Ini dipanggil situasi reverse.
Ataupun sebaliknya, mungkin sebelum ni kaunter tersebut sedang uptrend. Kemudian kita ternampak satu pattern jadi dia akan reverse menjadi downtrend
Jadi sebagai traders kita mestilah cekap dalam melihat chart pattern dan boleh identify chart pattern apa yang ada di dalam sesuatu chart itu dengan baik.
Justeru chart pattern merupakan petanda awal yang kita boleh identify sama ada harga saham uptrend ataupun downtrend.
Satu perkara penting yang kita kena ingat adalah chart pattern akan terhasil setelah breakout berlaku.
Selagi breakout belum berlaku maka, belum confirmlah sesuatu chart pattern tersebut.
Kemudian, bila kita dah lukis sesuatu chart pattern dan sudah breakout, kita sebenarnya boleh ukur target price kita.
Macam mana?
Jom kita rujuk contoh di bawah.
Terdapat dua jenis reversal chart pattern iaitu bullish dan juga bearish.
Sebaik sahaja complete chart pattern yang bakal terjadi maka harga saham akan menaik. Di mana orang selalu panggil sebagai breakout.
Contoh chart pattern untuk bullish adalah:
Bentuk rounding tidak semestinya betul-betul ikut lengkungan, cukup sekadar bentuk lebih kurang lengkungan.
Bentuk rounding bottom ini dikatakan sebagai salah satu chart pattern yang paling paduuu.
Sebab apa?
Bagi mereka yang pernah membaca/ belajar mengenai volume price analysis maka sudah tidak asing daripada 3 fasa yang selalu disebut iaitu fasa accumulation, fasa public participation dan fasa distribution.
Di mana di sepanjang bottom berlakunya fasa accumulation.
Fasa accumulation adalah fasa sideway di mana pada ketika ini golongan Smart Money atau Sindiket tengah mengumpul saham-saham tersebut.
Dan mereka akan kumpul sebanyak yang boleh.

Tadi saya ada bagi tahu yang kita boleh ukur target price kita setelah breakout kan.
Caranya mudah sahaja.
Rujuk gambar rajah di atas.
Kita ukur kedalaman rounding bottom sehingga breakout (bertanda X) kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout (bertanda Y).
Jika ketinggian X bersamaan dengan 30 sen maka tinggi Y juga bersamaan dengan 30 sen.
Ukuran tersebut adalah minimum target price.
Boleh jadi akan lebih tinggi.
Chart pattern ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahu kiri (left shoulder), kepala (head) dan bahu kanan (right shoulder) tetapi ia dalam keadaan yang terbalik.
Di mana kepala dan bahu (head and shoulder) berada di bawah.

Chart pattern ini sama juga seperti di atas, selepas breakout ia akan bullish.
Bagaimana pula ukuran untuk minimum target price pattern ini?.
Kita ukur kedalaman bahagian kepala sehingga neck line (bertanda X) kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout (bertanda Y).
Hahhh nilai itulah minimum target price.
Chart pattern ini membentuk seperti huruf W.
Mempunyai dua paras bottom yang sama atau yang menghampiri sama paras antara keduanya.
Selepas breakout ia akan bullish.

Kita ukur kedalaman bertanda X kemudian kita letak ukuran tersebut di atas breakout yang bertanda Y.
Hahhh nilai itulah minimum target price.
Spike V bottom menunjukkan bentuk yang tajam di bawah. Ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.

Situasi sebegini sukar untuk di perdagangkan dan cara yang terbaik keluar dahulu dari pasaran sebegini.
Jenis chart pattern sebegini kita tak dapat untuk ukur target price.
Bentuk wedge sama dengan diagonal. Selepas chart pattern rising wedge kebiasaannya harga saham akan menaik.

Bila complete chart pattern yang bakal terjadi maka harga saham akan jatuh.
Contoh chart pattern untuk bearish adalah:
Chart pattern ini sama seperti inverted head and shoulder terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahu kiri (left shoulder), kepala (head) dan bahu kanan (right shoulder).
Puncak kepala (head) hendaklah yang paling tinggi antara tiga bahagian ini.

Berbeza dengan inverted kerana selepas pecah support ia akan bearish.
Chart pattern ini membentuk seperti huruf M.
Mempunyai dua paras top yang sama atau yang menghampiri sama paras antara keduanya.
Selepas pecah supportt ia akan menunjukkan pergerakan harga yang menurun.

Spike V top menunjukkan bentuk yang tajam di atas.

Sama seperti V bottom, ia membentuk tanpa memberikan apa-apa isyarat.
Wedge terhasil apabila korang letak dua lines (line yang curam) dan lines tersebut membentuk pattern wedge seperti gambar di bawah.

Apabila harga pecah support, bermaksud harga cenderung untuk jatuh lebih rendah dan mencipta paras support baru.
Sebelum membeli sesuatu kaunter anda perlu fahamkan teknikal analisis supaya anda boleh tahu di mana harga yang anda patut masuk (beli) dan keluar (jual).
Reversal chart pattern adalah corak carta yang menandakan perubahan arah trend harga saham. Contohnya, jika harga sedang dalam uptrend, reversal pattern menunjukkan harga berkemungkinan akan bertukar kepada downtrend, dan sebaliknya. Ia merupakan salah satu alat penting dalam analisis teknikal untuk mengenal pasti titik perubahan trend.
Antara reversal chart pattern yang paling biasa termasuk Head and Shoulders, Double Top, Double Bottom, V Bottom, V Top, dan Rising Wedge. Setiap corak mempunyai bentuk dan isyarat tersendiri yang membantu trader mengenal pasti bila trend berkemungkinan akan berubah arah.
Untuk mengesahkan reversal pattern, tunggu sehingga harga memecahkan (breakout) paras support atau resistance yang penting. Perhatikan juga volume dagangan semasa breakout berlaku. Volume yang tinggi semasa breakout memberikan pengesahan yang lebih kuat bahawa reversal pattern tersebut adalah sah dan bukan isyarat palsu.
Ya, reversal chart pattern berguna untuk semua jenis pelabur. Pelabur jangka panjang boleh menggunakannya untuk mengenal pasti peluang masuk pada harga rendah apabila downtrend bertukar kepada uptrend, atau sebagai isyarat keluar apabila uptrend mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan. Gabungkan dengan analisis fundamental untuk keputusan yang lebih mantap.
Sedia untuk mula melabur dalam saham? Buka akaun CDS bersama Mahersaham dan dapatkan bimbingan pelaburan yang betul.
Baru pertama kali nak belajar saham? Dapatkan ebook percuma Mahersaham untuk memahami asas pelaburan saham dengan mudah.
Bacaan lanjut: