Teknik Dollar Cost Averaging dan Regular Savings Plan
<p>Dollar Cost Averaging (DCA) dan Regular Savings Plan (RSP) ni sebenarnya strategi TERBAIK untuk pelabur runcit macam kita yang nak bina kekayaan jangka panjang dengan konsisten. Tak perlu tunggu duit…</p>

Dollar Cost Averaging (DCA) dan Regular Savings Plan (RSP) ni sebenarnya strategi TERBAIK untuk pelabur runcit macam kita yang nak bina kekayaan jangka panjang dengan konsisten. Tak perlu tunggu duit banyak, tak perlu jadi pakar teknikal, dan yang paling penting – boleh TIDUR LENA walaupun market turun mendadak!
Apa Itu Dollar Cost Averaging?
DCA ni konsep simple je. Kita tetapkan satu jumlah duit yang sama, dan laburkan secara konsisten pada tempoh masa yang tetap – sama ada setiap minggu, bulan atau suku tahun.
Contoh: Katakan kita ada RM500 sebulan untuk melabur dalam saham KLCI-ETF. Tak kira harga unit tu RM1.00 ke RM1.20 atau turun jadi RM0.80, kita tetap laburkan RM500 tu setiap bulan.
Bila harga turun, kita dapat unit lebih banyak. Bila harga naik, kita dapat unit kurang sikit. Secara purata, harga seunit yang kita bayar akan lebih rendah berbanding orang yang cuba nak “time the market”.
INI FAKTA, BUKAN PENDAPAT!
Regular Savings Plan Pula?
RSP ni sebenarnya aplikasi DCA yang telah “diautomatikkan” oleh institusi kewangan. Bank atau syarikat pelaburan akan potong duit kita secara automatik setiap bulan dan laburkan duit tu dalam dana yang kita pilih.
Kenapa RSP ini SANGAT BERGUNA?
- Menghapuskan emosi dari pelaburan – Bila market crash, ramai yang panik jual. Bila market dah naik tinggi, ramai yang FOMO beli. RSP hapuskan emosi ni.
- Disiplin automatik – Duit dah dipotong awal-awal, jadi tak sempat nak belanja untuk benda lain.
- Tak perlu modal besar – Boleh mula dengan RM100-RM200 sebulan je.
- Kuasa pengkompaunan – Bila kita konsisten bertahun-tahun, hasilnya LUAR BIASA!
Dia tak kurang beza macam anda melabur dalam KWSP, sebab setiap bulan anda kena mencarum dan KWSP yang laburkan wang anda secara berterusan.
Kenapa Ramai Pelabur Gagal Dengan DCA/RSP?
Sebab TIDAK KONSISTEN! Bila market turun, mereka panik dan STOP contribution. Ini KESILAPAN TERBESAR. Ingat, bila market turun, itulah masa terbaik untuk kita dapat more units dengan harga murah!
Ramai juga yang tak sabar. DCA ni bukan strategi nak kaya cepat. Ini strategi nak bina kekayaan SECARA KONSISTEN dalam tempoh 10-20 tahun.
Kalau nak belajar teknik lain pun boleh juga, contohnya macam Buat untung dalam Saham dengan formula 5T
Tips Praktikal Untuk Mula DCA/RSP
- Pilih instrumen yang betul – ETF atau unit trust yang mempunyai track record baik dan fee rendah.
- Tetapkan jumlah yang realistik – Jangan sampai terbeban hingga terpaksa cancel contribution.
- Automatik semuanya – Letak arahan tetap di bank untuk kurangkan godaan stop contribution.
- Jangan tengok portfolio terlalu kerap – Check sekali setahun pun dah mencukupi.
- Bersabar dan biarkan kuasa pengkompaunan bekerja – Inilah rahsia sebenar kejayaan dalam pelaburan!
Bagi yang masih tak yakin, cuba kira sendiri hasil pelaburan RM500 sebulan selama 20 tahun dengan pulangan purata 7% setahun. Hasilnya hampir RM250,000 walaupun kita cuma laburkan total RM120,000!
Akhir kata, pelaburan berjaya bukan tentang IQ tinggi atau ilmu teknikal yang hebat. Ia tentang KONSISTENSI dan kawalan EMOSI. DCA dan RSP adalah cara terbaik untuk mencapai kedua-duanya.
Lagi Contoh Dalam Bentuk Gambarajah
Contoh-contoh ini diambil daripada laman web Investopedia


Ubahsuai Teknik
Teknik Dollar Cost Averaging atau regular savings plan adalah teknik supaya anda tak perlu kisah bila nak melabur dalam market, adakah timing anda betul atau tidak.
Namun demikian, sekiranya anda tahu market memang tengah teruk, cuma tak tahu sampai berapa lama, melaksanakan strategi ini TERUTAMANYA ketika market tengah teruk, akan lebih membuahkan hasil.
Saham adalah kebarangkalian, dengan anda menimba ilmu, anda akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk untung konsisten dalam pasaran saham. Berminat nak belajar, boleh ke Pembelajaran Bersama Mahersaham .