Screener Saham Untuk Cari Kaunter Berpotensi?

Loading...

Dalam pasaran saham Bursa Malaysia, terdapat lebih 1800 kaunter saham dan lebih 900 daripadanya merupakan kaunter patuh Syariah.
Agak mustahil untuk semak kaunter satu persatu melainkan anda adalah full time trader dan ada masa yang banyak untuk buat kajian saham.
Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan market screener iaitu pengimbas saham yang dapat membantu anda mencari dan menapis kaunter yang sesuai untuk dibeli.
Terdapat beberapa screener dalam pasaran, ada yang berbayar dan juga yang percuma. Memandangkan rakyat Malaysia suka benda percuma, kami kongsikan dulu market screener yang anda boleh guna tanpa sebarang bayaran. Antaranya ialah menggunakan software Microsoft Excel.
Untuk menggunakan screener ini, anda perlukan trading platform terlebih dahulu.
Jadi jika anda belum mempunyai akaun CDS, anda kena buat terlebih dahulu.
Sangat mudah, daftar akaun CDS secara online sahaja bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
Bagi membantu anda belajar mengenai screener saham menggunakan Microsoft Excel, kami telah sediakan video berdurasi 19 minit untuk anda jadikan rujukan.
https://www.youtube.com/watch?v=BrsRyHDmPQ0
Jika anda tidak ada sebarang skil dalam Microsoft Excel, video tutorial di atas pastinya memeningkan kepala anda.
Jika anda mempunyai atau berjaya mahirkan diri menggunakan teknik yang kita tunjukkan di atas sekalipun, hakikatnya anda akan menghadapi SATU LAGI MASALAH – bagaimana nak screen kaunter secara real time?
Takkanlah nak copy paste dan run excel untuk setiap page satu persatu?
Anda juga pastinya ada terdengar bahagian dalam video di mana kita telahpun beralih ke satu program – open source yang mana team Mahersaham dapat mengimbas kaunter-kaunter saham berpotensi dengan lebih pantas dan mudah.
untuk anda cari kaunter Intraday atau pun BTST (buy today sell tomorrow) dengan LEBIH MUDAH.

Kriteria yang pertama adalah Transaction Volume. Ia menunjukkan saham yang paling banyak didagangkan pada waktu itu dan itu merupakan saham yang aktif.
Pelajari juga Kaitan Volume & Price serta Bagaimana Menggunakan Volume Dalam Analisa Saham.
Dengan senarai volume paling aktif ini, anda dapat senarai saham yang panas di pasaran.
Anda boleh pilih beberapa dalam senarai volume ini dan lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat dan aktiviti syarikat, dan jika memuaskan, anda boleh letakkan ke dalam watchlist anda.
Kriteria kedua pula ialah Top Gainer % (Percentage). Ia menunjukkan saham yang meningkat harga dengan tinggi pada hari tersebut.
Penting juga untuk kita mendapat berapakah peratus kenaikan pada hari tersebut untuk menandakan sesuatu berlaku pada saham itu dan mungkin ia baik untuk dimasukkan ke dalam watchlist.
Anda boleh lihat kenaikan dalam satu hari boleh menjangkau 150% untuk warrant dan 20-30% untuk saham biasa.
Kebiasaannya untuk Top Volume dan Top Gainers % (Percentage) adalah saham saham murah yang mungkin berisiko tinggi. Jika anda ingin lihat kaunter blue chip dan stabil, anda perlu tukar kepada Top Gainers.
Di sini kita boleh melihat kenaikan dalam sen. Walaupun kenaikan peratusnya sikit, tapi kenaikan sen yang sikit pun sudah dianggap tinggi. Saham ini mahal kerana syarikatnya bagus dan kukuh.
Kriteria ketiga yang boleh kita gunakan adalah Buying On Weakness. Fungsi ini boleh digunakan dalam platform Excelforce seperti BIMB online dan Malacca Securities.
Fungsi Buying on Weakness adalah saham yang sedang mengalami penurunan tetapi kemasukan demand pembelian ie money flow yang positif. Saham ini turun tetapi money inflow tinggi menandakan banyak pembelian dilakukan walaupun harga turun.
Ini boleh juga dijadikan indicator yang baik untuk sesuatu saham naik semula. Rujuk rajah di bawah.
Biasanya saham dalam kategori ini adalah saham yang sedang dalam uptrend, atau trend menaik dan ia sedang jatuh mungkin disebabkan sentiment atau pengambilan untung sementara. Jadi kita boleh mengambil peluang ini untuk memilih saham yang berpotensi ini untuk dimasukkan ke dalam senarai watchlist kita.
Untuk mengurangkan risiko kerugian, pilih kaunter yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Kredit: TSI
Screener saham ialah alat yang menapis kaunter saham berdasarkan kriteria tertentu seperti harga, volum, PE ratio dan lain-lain — ia memudahkan anda mencari kaunter berpotensi daripada lebih 1800 kaunter di Bursa Malaysia.
Dengan lebih 1800 kaunter di Bursa Malaysia, mustahil untuk semak satu persatu — screener membantu anda menapis dan fokus pada kaunter yang memenuhi kriteria pelaburan anda sahaja.
Antara kriteria penting termasuk status patuh Syariah, syarikat yang konsisten mencatat keuntungan, mampu memberi dividen, dan beroperasi dalam industri yang kalis kemelesetan ekonomi.
Tidak, screener hanya mencadangkan kaunter berpotensi berdasarkan kriteria yang ditetapkan — anda masih perlu menjalankan analisis sendiri untuk menentukan kaunter terbaik untuk dibeli.
Dah jumpa kaunter berpotensi melalui screener? Langkah seterusnya ialah buka akaun CDS untuk mula melabur — ikuti panduan pembukaan akaun CDS di sini, dan muat turun ebook asas saham percuma untuk kuasai asas pelaburan saham.
Bacaan lanjut: