Bersederhana Dalam Emosi Ketika Trading

Loading...

Kalau kita untung, tak perlu nak bangga sangat dan kecoh,atau teruja lebih sebab merasakan kita penyebab utama keuntungan tersebut.
.
Kalau kita rugi pula,jangan terus kecewa,frust menonggeng sebaliknya belajarlah untuk terima kerugian dengan tenang dan perbaiki di mana silapnya.
.
Kalau memang kita dah follow plan kita, maka tak ada apa yang perlu dikesalkan.
.
Begitulah antara perkongsian saya kepada pelajar dari UiTM Kedah course Fin552 di mana akan ada semester mereka kena cover topik Investment Analysis and Portfolio, serta semester berikutnya adalah Futures and Options.
Dalam masa yang sama juga,saya ada berpesan, trading demo tak sama macam real trading. Sakit hilang duit itu real, kalau demo nanti takutnya dia didik untuk jadi tak serius.
.

Trading bukan game dalam erti kata kalau loss semua boleh restart balik. Kadang-kadang untuk sesetengah orang, habis duit bermaksud game over.
.
Trading juga bukan mudah,kalau orang tu genius, IQ tinggi, hebat akademik maka akan automatik jadi professional trader. Ada elemen psikologi juga di dalam trading.
.

Falsafah dalam trading atau investing sepatutnya adalah falsafah yang kita pegang juga dalam hidup kita.
.
Terima kasih puan Fauziah dan Dr Yanti atas jemputan.

.
Emosi yang tidak terkawal boleh menyebabkan keputusan terburu-buru seperti menjual ketika panik atau membeli ketika terlalu teruja. Trader yang berjaya mengamalkan kesederhanaan dalam emosi untuk membuat keputusan yang rasional.
Terlalu gembira boleh menyebabkan overconfidence yang membawa kepada keputusan berisiko tinggi. Trader perlu kekal rendah diri dan sedar bahawa keuntungan bukan sepenuhnya hasil kebijaksanaan sendiri.
Jangan terlalu kecewa atau frust. Sebaliknya, jadikan kerugian sebagai peluang pembelajaran. Analisis kesilapan yang dilakukan dan perbaiki strategi untuk dagangan seterusnya.
Sangat penting. Trading bukan hanya tentang analisis teknikal atau fundamental, malah elemen psikologi memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan seseorang trader.
Kesederhanaan dalam emosi adalah falsafah penting bukan sahaja dalam trading tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Buka akaun CDS anda hari ini melalui panduan langkah demi langkah di sini untuk mula melabur dalam pasaran saham.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari awal.