Apa itu breakout? Tips beli saham breakout.

Loading...

Apa itu breakout??
Sebelum kita teruskan dengan mengenali apa itu breakout seeloknya kita recap sedikit mengenai candlestick, chart dan juga support & resistance.
Korang boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk kenal pasti kedudukan Open , High, Low, Close, Shadow / Wick / Ekor dan body.


Seperti yang kita tahu candlestick ada dua jenis iaitu candlestick bullish (hijau) dan candlestick bearish (merah).
Ia berlaku apabila harga pembukaan (open price) lagi rendah daripada harga penutup (close price).
Saya ambil contoh satu kaunter ni (rujuk gambar di bawah).
Sebelum itu, sedikit info mengenai apa yang ada di dalam kotak merah :
O: Open price
H: High price
L: Low price
C: Close price

Sekarang korang fokus pada pembentukkan candlestick yang berada di dalam kotak hitam.
Pada 10 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga RM10.32 ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga RM 11.20 (gambar sebelah kanan).
Disebabkan close price lagi tinggi daripada open price maka terbentuklah candlestick bullish.
Ia terjadi apabila harga pembukaan (open price) lagi tinggi daripada harga penutup (close price).
Saya ambil contoh kaunter yang lain pula (rujuk gambar di bawah).

Kali ini korang fokus pula pada pembentukkan candlestick di dalam kotak berwarna hitam.
Pada 19 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga 0.205 sen ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga 0.180 sen (gambar sebelah kanan).
Disebabkan close price lagi rendah daripada open price maka terbentuklah candlestick bearish.
Mudah bukan untuk mengetahui pembentukkan candlestick ini.
Ia merupakan gabungan candlestick. Chart inilah yang kita selalu lihat kalau nak buat teknikal analisis.
Boleh rujuk gambar di bawah.


Dalam saham Support adalah paras harga terendah sebagai sokongan sekiranya berlaku kejatuhan harga yang boleh menyebabkan kerugian.
Manakala Resistence pula adalah paras harga tertinggi yang cenderung sesuatu saham tersebut naik bagi membuat ‘profit taking’.
Korang boleh baca cara fahamkan konsep support dan resistance dengan mudah dan cara lukis dan tentukan support resistance agar lebih memahami apa itu support dan resistance.
Kalau korang rujuk gambar rajah di bawah, maksud mudah breakout adalah apabila pecah paras resistance / support, dan kekal berada di atas / bawah paras tersebut.

Apabila breakout berlaku, harga cenderung untuk naik sangat laju dan mencipta paras Resistence yang baru.
Salah satu cara trader ‘Take Profit’ adalah apabila berlakunya Breakout ini.

Persoalan sekarang, adakah setiap kali breakout berlaku terus kita nak beli saham tersebut? Tetapi kena ingat juga tentang wujudnya false breakout.
Apa pulak false breakout ni? Breakout yang macam mana??
False breakout adalah apabila pecah paras resistance tetapi tidak kekal berada di atas sebaliknya jatuh ke bawah, lebih bawah dari pecah paras resistance sebelum ini.
Teruskan bacaan kalau korang nak tahu tips untuk beli saham breakout.

Seperti yang kita tahu candlestick Morubozu ada dua jenis iaitu:
Candlestick Morubozu Bullish menunjukkan signal yang baik untuk kita perhatikan.

Maksud disebalik pembentukan Candlestick Morubozu Bullish ini adalah harga saham ditutup (close) lebih tinggi dari harga buka (open) dimana ianya menunjukkan ramai buyer sedang berkumpul atau beratur pada harga close.
Ini menunjukkan pembelian yang sangat banyak dan momentum menunjukkan kemungkinan harga akan naik lagi pada keesokkan harinya.

Apa yang anda wajib tahu berkaitan volume ini adalah cara baca volume.
Jadinya macam korang nak tahu waktu itu ada volume pembelian yang besar?
Mudah sahaja, caranya adalah korang lihat pada bar hijau yang telah saya bulatkan seperti dalam rajah.
Berdasarkan rajah di atas, ia menunjukkan kenaikan volume hijau yang bermaksud terdapat banyak pembelian yang masuk pada masa tersebut.
Maka harga juga akan cenderung untuk naik. Manakala bar merah bermaksud kemasukan seller/pelabur yang nak menjual.
Jadi untuk mengesan volume pembelian lihat pada bar warna hijau .
Untuk tambahan maklumat berkaitan volume ini, anda perlu tahu kaitan antara pergerakan harga dengan volume.

Gap Up adalah harga Open lagi tinggi dari harga Close semalamnya.
Ianya terjadi disebabkan berlakunya permintaan yang tinggi dari hari sebelumnya oleh buyer.
Apabila permintaan yang tinggi datang dari pembeli (buyer), maka Gap Up akan berlaku.
Manakala jika banyak aktiviti penjualan (seller), maka Gap Down akan berlaku.
Gap Up dan Gap Down ini merupakan salah satu signal akan berlakunya perubahan Trend.
Secara mudahnya Gap up – trend berubah kepada Uptrend. Dan Gap down – trend berubah kepada downtrend.
Semoga bermanfaat!!
Breakout berlaku apabila harga saham melepasi paras resistance atau support yang penting dengan disertai volume yang tinggi. Ia menunjukkan momentum kuat dan sering menjadi isyarat untuk entry bagi trader teknikal.
Breakout sebenar biasanya disertai volume yang jauh lebih tinggi daripada purata, candlestick yang kuat (full body, kurang shadow), dan gap up. False breakout pula biasanya berlaku dengan volume rendah dan harga cepat kembali ke bawah paras resistance.
Support dan resistance adalah paras harga penting yang menjadi asas kepada breakout. Apabila harga berjaya melepasi resistance dengan kuat, resistance lama bertukar menjadi support baru — ini dipanggil role reversal dan ia penting untuk menentukan cutloss level.
Ya, strategi breakout sangat sesuai untuk saham di Bursa Malaysia terutamanya kaunter-kaunter yang mempunyai volume tinggi. Pastikan anda semak carta harian, kenal pasti paras resistance, dan tunggu confirmation dengan volume sebelum entry.
Memahami konsep breakout adalah langkah penting untuk meningkatkan kemahiran trading anda — gabungkan dengan pengetahuan candlestick dan volume untuk keputusan entry yang lebih tepat.
Muat turun ebook asas pelaburan percuma kami untuk belajar asas-asas pelaburan saham dari awal.
Sudah bersedia untuk mula trading? Buka akaun CDS anda untuk mula beli saham di Bursa Malaysia.