Macam mana keadaan pasaran sekarang ni? Macam mana nak tahu?

Pasaran di sesebuah negara boleh diukur dengan Indeks Pasaran negara tersebut.
Di Malaysia, indeks yang melambangkan pasaran Malaysia kesuluruhannya ialah Indeks KLCI.
Sebelum kita pergi ke indeks KLCI, tahu kan apa maksud saham? Kalau tak tahu, baik kita baca dulu apa itu saham.
Ok, sekarang ni, apa pula maksud indeks?
Indeks ialah pergerakan gabungan pengiraan level harga beberapa syarikat yang termasuk dalam sesuatu kumpulan.
Kita ambil indeks KLCI sebagai contoh. Indeks KLCI ialah satu kumpulan yang menggabungan 30 syarikat terbesar yang terdapat di Bursa Malaysia.
30 syarikat terbesar
- AIRPORT
- AXIATA(S)
- CIMB
- DIALOG(S)
- DIGI(S)
- GENM
- GENTING
- HAPSENG
- HARTA(S)
- HLBANK
- HLFG(S)
- IHH(S)
- IOICORP(S)
- KLCC(S)
- KLK(S)
- MAXIS(S)
- MAYBANK
- MISC(S)
- NESTLE(S)
- PBBANK
- PCHEM(S)
- PETDAG(S)
- PETGAS(S)
- PMETAL(S)
- PPB(S)
- RHBBANK
- SIME(S)
- SIMEPLT(S)
- TENAGA(S)
- TM(S)
(S yang berada dalam kurungan itu menandakan syarikat itu patuh syariah)
Indeks ini digunakan sebagai indikator untuk menilai prestasi syarikat-syarikat secara keseluruhannya.
Secara kasarnya, jika kita hendak tahu bagaimana keadaan pasaran pada waktu ini, kita boleh terus merujuk indeks KLCI ini kerana ia melambangkan keadaan pasaran di Bursa Malaysia.
Kalau di Amerika, indeks ‘KLCI’nya dikenali sebagai ‘Dow Jones Industrial (DJI)’, di Jerman dikenali sebagai ‘DAX’, di Jepun pula dikenali sebagai ‘Nikkei’. Jadi sama juga seperti di Malaysia, secara kasarnya, jika kita nak tahu macam mana keadaan pasaran di Amerika, rujuk saja DJI, dan kalau kita nak tahu keadaan pasaran di Jerman, rujuk sahaja indeks DAX, dan begitulah seterusmya.
Di Malaysia, terdapat juga beberapa indeks yang lain selain indeks KLCI, masing-masing mewakili gabungan syarikat yang tertentu.
Jom kenali indeks-indeks yang terdapat di Malaysia
- KLCI : Mewakili 30 syarikat terbesar di Malaysia
- Mid 70 : Mewakili 70 syarikat terbesar di Malaysi selepas 30 syarikat indeks KLCI.
- Top 100 : Mewakili gabungan antara indeks KLCI dan indeks Mid 70.
- Hijrah Syariah : Mewakili 30 syarikat terbesar yang patuh syariah
- EMAS : Mewakili gabungan antara indeks Top 100 dan juga Indeks Small Cap
- ACE : Mewakili syarikat yang terdapat di ACE market.
Lebih mudah jika anda rujuk gambar yang disertakan ini.

Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu Indeks KLCI?
KLCI (Kuala Lumpur Composite Index) adalah indeks utama Bursa Malaysia yang mewakili prestasi 30 syarikat terbesar berdasarkan permodalan pasaran. Ia menjadi penanda aras untuk mengukur kesihatan pasaran saham Malaysia secara keseluruhan.
Apa perbezaan antara KLCI dan EMAS Index?
KLCI hanya mewakili 30 syarikat terbesar, manakala EMAS Index lebih luas kerana ia merangkumi gabungan Top 100 dan Small Cap. EMAS memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keseluruhan pasaran Bursa Malaysia.
Bagaimana KLCI mempengaruhi portfolio saham saya?
Apabila KLCI naik, ia menunjukkan sentimen pasaran positif dan kebanyakan saham cenderung turut naik. Sebaliknya, apabila KLCI turun, kebanyakan saham juga terkesan. Namun, saham individu masih boleh bergerak berbeza daripada indeks.
Apa itu Hijrah Syariah Index?
Hijrah Syariah Index mewakili 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia yang patuh syariah. Ia menjadi rujukan penting untuk pelabur Muslim yang ingin melabur dalam saham yang mematuhi prinsip pelaburan Islam.
Memahami indeks pasaran seperti KLCI adalah langkah penting untuk memantau keadaan pasaran saham Malaysia dan membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.
Sila daftar akaun CDS melalui Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Dapatkan Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham termasuk cara membaca indeks pasaran.
Bacaan lanjut: