Lengkap! Belajar saham dari zero

Loading...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahniah!!
Korang dah selangkah untuk memahami ilmu saham.

Sebelum korang melabur dalam bursa Malaysia atau mengikuti perkembangan terkini mengenai pelaburan saham sudah semestinya ilmu itu penting.
Ibarat korang nak masak ikan masak merah, jika tanpa ilmu sudah pasti hasilnya akan berbeza dengan dari tujuan asal korang.
Boleh jadi tanpa ilmu yang betul, tujuan asal korang hendak memasak ikan masak merah tetapi akhirnya menjadi ikan masak sambal atau ikan masak kicap.
Lapar pula bila cerita pasal lauk ikan ni.
Sama juga dengan saham, kita memerlukan ilmu yang betul.
Macam mana nak tahu ilmu tersebut betul atau tidak?
Hahh ramai orang yang tersilap dengan part ini.
Terkadang kita merasakan pandangan mereka yang popular adalah yang betul sedangkan tidak.
Bila kita nak belajar sesuatu, kita kenalah cari guru.
Guru yang betul.
Saya nak tanya korang.
Kalau korang nak belajar mengenai ekonomi siapa yang korang akan rujuk?
Sudah semestinya mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang tersebutkan.
Bagaimana pulak jika korang mempunyai soalan agama?
Mestilah korang merujuk para ustaz ustazah dan para asatizah kan.
Begitu juga dengan saham, korang kenalah merujuk mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Mereka yang mempunyai lesen untuk mengajar saham atau mereka yang mempunyai sijil-sijil berkaitan.
Kini ramai yang mula terdedah dengan pelaburan saham tetapi masih bingung bagaimana nak join komuniti dan platform yang sesuai untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan mengenai saham.
Ada juga yang hilang minat disebabkan tidak jumpa guru atau komuniti yang boleh membantu dan berinteraksi sekiranya ada sebarang persoalan mengenai saham.
Jadi apa langkah pertama yang boleh dibuat?
Kami di Mahersaham menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk korang belajar saham.
Bermula dengan e-book percuma keluaran Mahersaham.
Sangat sesuai bagi mereka yang newbie dalam saham.
Korang akan belajar saham bermula dengan jenis pelaburan yang wujud di Malaysia.
Selain itu korang juga akan kenal apa itu bursa Malaysia, jenis saham sehinggalah cara untuk analisa saham dari segi fundamental dan teknikal.
Lengkap untuk mereka yang newbie!
Korang hanya perlu download dan baca sahaja, tidak perlu keluarkan duit untuk e-book ini.
PERCUMA sahaja.
Belajar saham dengan membaca pun boleh.
Korang kurang gemar membaca?
Jangan risau.
Kami tahu ada sebahagian daripada kita lebih gemar untuk menonton.
Mahersaham juga menyediakan video pembelajaran untuk korang.
Apa yang menarik adalah video ini korang boleh nonton secara PERCUMA.
Macam mana?
Korang hanya perlu masuk dalam website app.mahersaham.com dan cari video pembelajaran.
Korang bukan student atau klien Mahersaham?
Takut tak boleh access?
Jangan risau tuan-tuan dan puan-puan boleh access tapi pastikan korang sign up dahulu. Free je.

Login melalui platform Facebook pun boleh tau.
Senang je.

Bila dah login, korang klik courses dan tadaaaa!!!

Itu adalah antara video yang korang boleh access secara percuma.
Cukup tak?
Tak cukup lagi, nak dengar lebih banyak video mengenai saham?
Korang boleh follow media sosial Mahersaham.
Pelbagai video pembelajaran telah kami post.
Tak percaya?
Korang klik dahulu link tersebut.
HAhhh lagi satu bila dah ada ilmu bolehlah korang mula melabur.
Pastikan dah ada akaun CDS tau.
Kalau korang belum ada, boleh klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.
Langkah pertama ialah memahami asas pasaran saham termasuk apa itu Bursa Malaysia, cara buka akaun CDS, dan perbezaan antara trading dan pelaburan. Mulakan dengan membaca bahan pembelajaran dan menonton video tutorial daripada sumber yang dipercayai.
Akaun CDS (Central Depository System) ialah akaun yang diperlukan untuk menyimpan saham yang anda beli di Bursa Malaysia. Tanpa akaun CDS, anda tidak boleh membeli atau menjual saham secara sah di pasaran saham Malaysia.
Anda boleh mula melabur dengan serendah RM100. Minimum pembelian di Bursa Malaysia ialah 100 unit saham (1 lot). Harga setiap lot bergantung kepada harga saham yang anda pilih.
Analisis fundamental menilai kesihatan kewangan dan potensi pertumbuhan syarikat melalui laporan kewangan, manakala analisis teknikal mengkaji corak carta harga dan volume dagangan untuk meramal pergerakan harga saham pada masa hadapan.
Begitu mudah untuk kita belajar saham buat masa ini. Mahersaham dah sediakan bahan pembelajaran lengkap untuk anda. Semuanya terpulang kepada kesungguhan anda untuk menimba ilmu pelaburan.
Ambil langkah pertama sekarang! Buka akaun CDS dengan Mahersaham dan muat turun ebook percuma saham untuk panduan A-Z pelaburan saham dari kosong.